kitab al-sunnah[133]

أوَّل كِتَابِ السنة

133

Maksud al-Sunnah di sisi ahli Hadis, terutamanya dalam konteks sebegini, merujuk kepada akidah ahli al-Sunnah yang diselisihi oleh ahli bidaah.

Bab Penjelasan Tentang Akidah Sunnah

Bāb Sharḥ al-Sunnah

باب شَرْحِ السُّنَّةِ

4596 - Wahb bin Baqiyyah menyampaikan kepada kami, daripada Khalid, daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Agama Yahudi terpecah menjadi 71 atau 72 golongan. Agama Nasrani terpecah menjadi 71 atau 72 golongan. Umatku akan terpecah menjadi 73 golongan.”

٤٥٩٦ - حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ عَنْ خَالِدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «افْتَرَقَتِ الْيَهُودُ عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَتَفَرَّقَتِ النَّصَارَى عَلَى إِحْدَى أَوْ ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً وَتَفْتَرِقُ أُمَّتِي عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ فِرْقَةً».

133

Maksud al-Sunnah di sisi ahli Hadis, terutamanya dalam konteks sebegini, merujuk kepada akidah ahli al-Sunnah yang diselisihi oleh ahli bidaah.

4597 - Ahmad bin Hanbal dan Muhammad bin Yahya menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Abu al-Mughirah menyampaikan kepada kami, daripada Shafwan; Dalam sanad lain, ‘Amr bin ‘Utsman menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Baqiyyah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Shafwan menyampaikan kepada saya secara makna, beliau berkata, Azhar bin Abdullah al-Harazi menyampaikan kepada saya, daripada Abu Amir al-Hawzani, bahawa Mu‘awiyah bin Abu Sufyan berdiri di hadapan kami dan berkata, Ketahuilah sungguh, Rasulullah ﷺ pernah berdiri di hadapan kami dan bersabda, “Ketahuilah sungguh orang-orang Ahli Kitab sebelum kalian telah terpecah menjadi 72 golongan. Sedangkan agama ini akan terpecah menjadi 73 golongan 72 di antaranya akan masuk neraka dan satu golongan masuk syurga, iaitu al-jama’ah.” Tetapi Ibn Yahya dan ‘Amr dalam riwayat mereka menambahkan lafaz “...dan sungguh, daripada umatku akan keluar golongan-golongan yang mengikuti hawa nafsu (bidaah), di mana bidaah itu seperti penyakit anjing gila yang menjalar ke tubuh seseorang.” ‘Amr menyebutkan lafaz, “Seperti penyakit anjing gila yang menjalar ke tubuh seseorang dan menyerang semua urat nadi dan persendian.”

٤٥٩٧ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى قَالَا: حَدَّثَنَا أَبُو الْمُغِيرَةِ، حَدَّثَنَا صَفْوَانُ (ح) وَحَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ، حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ قَالَ حَدَّثَنِي صَفْوَانُ نَحْوَهُ قَالَ حَدَّثَنِي أَزْهَرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْحَرَازِي عَنْ أَبِي عَامِرٍ الْهَوْزَنِي عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ أَنَّهُ قَامَ فِينَا فَقَالَ أَلَا إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَامَ فِينَا فَقَالَ: «أَلَا إِنَّ مَنْ قَبْلَكُمْ مِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ افْتَرَقُوا عَلَى ثِنْتَيْنِ وَسَبْعِينَ مِلَّةً وَإِنَّ هَذِهِ الْمِلَّةَ سَتَفْتَرِقُ عَلَى ثَلَاثٍ وَسَبْعِينَ ثِنْتَانِ وَسَبْعُونَ فِي النَّارِ وَوَاحِدَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَهِي الْجَمَاعَةُ». زَادَ ابْنُ يَحْيَى وَعَمْرٌو فِي حَدِيثَيْهِمَا: «وَإِنَّهُ سَيَخْرُجُ مِنْ أُمَّتِي أَقْوَامٌ تَجَارَى بِهِمْ تِلْكَ الأَهْوَاءُ كَمَا يَتَجَارَى الْكَلْبُ لِصَاحِبِهِ». وَقَالَ عَمْرٌو: «الْكَلْبُ بِصَاحِبِهِ لَا يَبْقَى مِنْهُ عِرْقٌ وَلَا مَفْصِلٌ إِلاَّ دَخَلَهُ».

Bab Larangan Berdebat dan Larangan Mencari-cari Kemusykilan Dalam Quran

Bāb al-Nahy ʿal-Jidāl wa Ittibāʿ Mutashābihi al-Qurʾān

باب النَّهْيِ عَنِ الْجِدَالِ وَاتِّبَاعِ مُتَشَابِهِ الْقُرْآنِ

4598 - Al-Qa‘nabi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yazid bin Ibrahim al-Tustari menyampaikan kepada kami, daripada Abdullah bin Abu Mulaykah, daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada ‘A’isyah, bahawa ketika Rasulullah ﷺ membaca ayat, “Dialah yang menurunkan Kitab (al-Quran) kepadamu (Muhammad). Di antaranya ada ayal-ayat yang muhkamat…,” sampai, “...orang yang berakal,” (QS. 3:7). Baginda bersabda, “Jika kalian melihat orang-orang yang mencari kemusykilan dalam al-Quran, mereka itulah yang disebut oleh Allah sebagai orang-orang yang dalam hati mereka ada kecenderungan kepada kesesatan. Oleh kerana itu berhati-hatilah terhadap mereka.”

٤٥٩٨ - حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِي، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ التُّسْتَرِي عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ عَائِشَةَ رضى الله عنها قَالَتْ قَرَأَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - هَذِهِ الآيَةَ (هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتَابَ مِنْهُ آيَاتٌ مُحْكَمَاتٌ) إِلَى (أُولُو الأَلْبَابِ) قَالَتْ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «فَإِذَا رَأَيْتُمُ الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ مَا تَشَابَهَ مِنْهُ فَأُولَئِكَ الَّذِينَ سَمَّى اللَّهُ فَاحْذَرُوهُمْ».

Bab Menjauhi dan Membenci Ahli Bidaah

Bāb Mujānabat Ahl al-Ahwāʾ wa Bughḍihim

باب مُجَانَبَةِ أَهْلِ الأَهْوَاءِ وَبُغْضِهِمْ

4599 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Khalid bin Abdullah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yazid bin Abu Ziyad menyampaikan kepada kami, daripada Mujahid, daripada seorang lelaki, daripada Abu Dzar, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Amalan yang paling utama adalah mencintai (sesuatu) kerana Allah dan membenci sesuatu kerana Allah.”

٤٥٩٩ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي زِيَادٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ رَجُلٍ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «أَفْضَلُ الأَعْمَالِ الْحُبُّ فِي اللَّهِ وَالْبُغْضُ فِي اللَّهِ».

4600 - Ibn al-Sarh menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, beliau berkata, Yunus mengkhabarkan kepada kami, daripada Ibn Syihab, daripada Abdul Rahman bin Abdullah bin Ka‘b bin Malik, bahawa Abdullah bin Ka‘b bin Malik – anak lelaki Ka‘b yang menjadi pemandunya ketika dia buta berkata, Saya mendengar Ka‘b bin Malik berkata, ...Rasulullah ﷺ pernah melarang kaum Muslimin untuk berbicara dengan kami bertiga (yang tidak ikut dalam Perang Tabuk tanpa uzur). Dek kerana terasa terlalu lama kesunyian, saya memanjat dinding kebun Abu Qatadah, saudara sepupuku. Lalu saya mengucapkan salam kepadanya, namun demi Allah, dia tidak menjawab salamku!... Selanjutnya Ibn al-Sarh menyebutkan hadis tentang turunnya ayat yang menyatakan diterimanya taubat Ka‘b.

٤٦٠٠ - حَدَّثَنَا ابْنُ السَّرْحِ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنَا يُونُسُ عَنِ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ فَأَخْبَرَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ كَعْبٍ - وَكَانَ قَائِدَ كَعْبٍ مِنْ بَنِيهِ حِينَ عَمِي - قَالَ سَمِعْتُ كَعْبَ بْنَ مَالِكٍ - وَذَكَرَ ابْنُ السَّرْحِ قِصَّةَ تَخَلُّفِهِ عَنِ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - فِي غَزْوَةِ تَبُوكَ - قَالَ وَنَهَى رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - الْمُسْلِمِينَ عَنْ كَلَامِنَا أَيُّهَا الثَّلَاثَةُ حَتَّى إِذَا طَالَ عَلَىَّ تَسَوَّرْتُ جِدَارَ حَائِطِ أَبِي قَتَادَةَ وَهُوَ ابْنُ عَمِّي فَسَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَوَاللَّهِ مَا رَدَّ عَلَىَّ السَّلَامَ. ثُمَّ سَاقَ خَبَرَ تَنْزِيلِ تَوْبَتِهِ.

Sunan Abu Dawud