kitab cukai
أوَّلُ كِتَابِ الخراج
Bab Kewajipan Seorang Imam Terhadap Rakyatnya
Bāb Mā Yalzam al-Imām min Ḥaqq al-Raʿiyyah
باب مَا يَلْزَمُ الإِمَامَ مِنْ حَقِّ الرَّعِيَّةِ
2928 - Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Abdullah bin Dinar, daripada Abdullah bin ‘Umar, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Ingatlah! Setiap kalian adalah pemimpin, dan setiap kalian bertanggungjawab atas kepemimpinannya; Khalifah adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas rakyatnya, seorang lelaki adalah pemimpin keluarganya dan bertanggungjawab atas keluarganya; seorang isteri adalah pemimpin bagi anak dan orang-orang dalam rumah suaminya, dan dia bertanggungjawab atas mereka; seorang pembantu adalah pemimpin atas harta majikannya, dan dia bertanggungjawab atasnya. Ingatlah! Setiap kalian adalah pemimpin dan bertanggungjawab atas kepemimpinannya.”
٢٩٢٨ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «أَلَا كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ فَالأَمِيرُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ عَلَيْهِمْ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُمْ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ وَهِي مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ وَالَعَبْدُ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ».
Bab Hadis Tentang Meminta Kekuasaan
Bāb Mā Jāʾa fī Ṭalab al-Imārah
باب مَا جَاءَ فِي طَلَبِ الإِمَارَةِ
2929 - Muhammad bin al-Shabbah al-Bazzaz menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Husyaym menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yunus dan Manshur mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Hasan, bahawa Abdul Rahman bin Samurah berkata, Rasulullah ﷺ berkata kepada saya, “Wahai Abdul Rahman bin Samurah, janganlah kamu meminta kekuasaan. Kerana jika kamu diberi kekuasaan setelah memintanya, kamu akan dibiarkan (tanpa pertolongan dari Allah). Namun, bila kamu diberi kekuasaan tanpa memintanya, nescaya Allah akan menolongmu menjalankan kekuasaan itu.”
٢٩٢٩ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنَا يُونُسُ وَمَنْصُورٌ عَنِ الْحَسَنِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ: قَالَ لِي النَّبِي - صلى الله عليه وسلم-: «يَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ سَمُرَةَ لَا تَسْأَلِ الإِمَارَةَ فَإِنَّكَ إِذَا أُعْطِيتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ فِيهَا إِلَى نَفْسِكَ وَإِنْ أُعْطِيتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهَا».
2930 - Wahb bin Baqiyyah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Khalid menyampaikan kepada kami, daripada Isma‘il bin Abu Khalid, daripada saudaranya, daripada Bisyr bin Qurrah al-Kalbi, daripada Abu Burdah, bahawa Abu Musa berkata, “Saya dan dua orang lelaki kabilah saya berangkat menemui Nabi ﷺ. Salah satu dari keduanya membaca syahadat dan berkata, “Kami sengaja datang agar kamu menempatkan kami pada jabatan tertentu.” Lelaki yang satunya juga mengatakan hal serupa. Baginda bersabda, “Sungguh, orang yang paling berkhianat kepada kami adalah orang yang meminta kekuasaan.” Kemudian, Abu Musa meminta maaf kepada Nabi ﷺ seraya berkata, “Saya tidak tahu maksud kedatangan mereka berdua. Sampai akhir hayatnya, baginda tidak pernah mengangkat mereka berdua menduduki jabatan tertentu.”
٢٩٣٠ - حَدَّثَنَا وَهْبُ بْنُ بَقِيَّةَ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ عَنْ أَخِيهِ عَنْ بِشْرِ بْنِ قُرَّةَ الْكَلْبِي عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ انْطَلَقْتُ مَعَ رَجُلَيْنِ إِلَى النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - فَتَشَهَّدَ أَحَدُهُمَا ثُمَّ قَالَ جِئْنَا لِتَسْتَعِينَ بِنَا عَلَى عَمَلِكَ. وَقَالَ الآخَرُ مِثْلَ قَوْلِ صَاحِبِهِ. فَقَالَ: «إِنَّ أَخْوَنَكُمْ عِنْدَنَا مَنْ طَلَبَهُ». فَاعْتَذَرَ أَبُو مُوسَى إِلَى النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - وَقَالَ لَمْ أَعْلَمْ لِمَا جَاءَا لَهُ. فَلَمْ يَسْتَعِنْ بِهِمَا عَلَى شَيْءٍ حَتَّى مَاتَ.
Bab Hukum Melantik Seorang Cacat Penglihatan Sebagai Pemimpin
Bāb fī al-Ḍarīr Yuwallā
باب فِي الضَّرِيرِ يُوَلَّى
2931 - Muhammad bin Abdullah al-Mukharrimi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Rahman bin Mahdi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Imran al-Qaththan menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Anas, bahawa Nabi ﷺ pernah mengangkat Ibn Ummu Maktum sebagai pengganti baginda di kota Madinah (saat baginda berperang) sebanyak dua kali.
٢٩٣١ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْمُخَرِّمِي، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِي، حَدَّثَنَا عِمْرَانُ الْقَطَّانُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - اسْتَخْلَفَ ابْنَ أُمِّ مَكْتُومٍ عَلَى الْمَدِينَةِ مَرَّتَيْنِ.
Bab Melantik Menteri
Bāb fī Ittikhādh al-Wazīr
باب فِي اتِّخَاذِ الْوَزِيرِ
2932 - Musa bin Amir al-Murri menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Walid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Zuhayr bin Muhammad menyampaikan kepada kami, daripada Abdul Rahman bin al-Qasim, daripada bapanya, daripada ‘A’isyah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika Allah menginginkan kebaikan kepada seorang penguasa, nescaya Dia akan mengangkat para menteri yang jujur sebagai pendampingnya, iaitu menteri yang mengingatkan penguasa saat dia lupa (aturan Allah) dan membantunya saat dia ingat. Sebaliknya, jika Allah menginginkan hal lain (keburukan) bagi penguasa, nescaya Dia akan mengangkat menteri yang buruk sebagai pendampingnya, iaitu menteri yang tidak mengingatkan penguasa saat dia lupa (aturan Allah) dan tidak membantunya saat dia ingat.”
٢٩٣٢ - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ عَامِرٍ الْمُرِّي، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ، حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِالأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ صِدْقٍ إِنْ نَسِي ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وَإِذَا أَرَادَ بِهِ غَيرَ ذَلِكَ جَعَلَ لَهُ وَزِيرَ سُوءٍ، إِنْ نَسِيَ لَمْ يُذَكِّرهُ، وَإِنْ ذَكَرَ لَمْ يُعِنْهُ».