kitab faraid
أوَّل كِنَابِ الفرائض
Bab Mengajarkan Ilmu Faraid
Bāb Mā Jāʾa fi Taʿlīm al-Farāʾiḍ
باب مَا جَاءَ فِي تَعْلِيمِ الْفَرَائِضِ
2885 - Ahmad bin ‘Amr bin al-Sarh menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, beliau berkata, Abdul Rahman bin Ziyad menyampaikan kepada saya, daripada Abdul Rahman bin Rafi‘ al-Tanukhi, daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Inti ilmu (syariat) ada tiga, adapun selainnya merupakan tambahan. Ketiga ilmu itu adalah ilmu al-Qur’an, ilmu al-Sunnah, dan ilmu faraid yang adil.”
٢٨٨٥ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ السَّرْحِ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَافِعٍ التَّنُوخِي عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «الْعِلْمُ ثَلَاثَةٌ وَمَا سِوَى ذَلِكَ فَهُوَ فَضْلٌ آيَةٌ مُحْكَمَةٌ أَوْ سُنَّةٌ قَائِمَةٌ أَوْ فَرِيضَةٌ عَادِلَةٌ».
Bab Tentang Kalalah
Bāb fī al-Kalālah
باب فِي الْكَلَالَةِ
2886 - Ahmad bin Hanbal menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya mendengar Ibn al-Munkadir berkata bahawa mendengar Jabir berkata, Saya pernah jatuh sakit, lalu Nabi ﷺ datang menjengukku bersama Abu Bakar dengan berjalan kaki. Saat itu, saya pengsan sehingga tidak mampu berbicara dengan baginda. Kemudian, baginda berwuduk dan memercikkan air wuduknya ke arahku, saya pun sedar semula. Saya bertanya, “Wahai Rasulullah, apa yang harus kuperbuat dengan hartaku, sedangkan saya hanya memiliki beberapa orang saudari?” Jabir melanjutkan: Setelah itu, turunlah ayat tentang waris, “Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah).” (QS. 4:176).”
٢٨٨٦ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ الْمُنْكَدِرِ أَنَّهُ سَمِعَ جَابِرًا يَقُولُ مَرِضْتُ فَأَتَانِي النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - يَعُودُنِي هُوَ وَأَبُو بَكْرٍ مَاشِيَيْنِ وَقَدْ أُغْمِي عَلَىَّ فَلَمْ أُكَلِّمْهُ فَتَوَضَّأَ وَصَبَّهُ عَلَىَّ فَأَفَقْتُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ أَصْنَعُ فِي مَالِي وَلِي أَخَوَاتٌ قَالَ فَنَزَلَتْ آيَةُ الْمَوَارِيثِ ﴿يَسۡتَفۡتُونَكَ قُلِ ٱللَّهُ يُفۡتِيكُمۡ فِي ٱلۡكَلَٰلَةِۚ﴾.
Bab Orang yang Meninggal Dunia dan Tidak Memiliki Anak, tetapi Memiliki Beberapa Saudara Perempuan
Bāb Man Kāna Laysa lahu Walad wa lahu Akhawāt
باب مَنْ كَانَ لَيْسَ لَهُ وَلَدٌ وَلَهُ أَخَوَاتٌ
2887 - ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Katsir bin Hisyam menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hisyam al-Dastawa’i menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zubayr, bahawa Jabir berkata, “Saya pernah sakit (hingga tidak sadarkan diri). Saya ada tujuh orang saudari. Kemudian Rasulullah ﷺ menjenguk dan meniup wajahku hingga saya siuman. Saya berkata, “Wahai Rasulullah, bolehkah saya mewasiatkan sepertiga hartaku untuk para saudariku?” Baginda menjawab, “Berbuat baiklah (terhadap para saudarimu).” Saya bertanya, “Bagaimana jika setengahnya?” Baginda menjawab, “Berbuat baiklah (terhadap para saudarimu).” Lalu baginda keluar dan meninggalkanku. Selang beberapa waktu, baginda (kembali lagi dan) berkata, “Wahai Jabir, menurut perkiraanku kamu belum akan meninggal (dalam waktu dekat) kerana penyakitmu ini. Sungguh, Allah telah menurunkan firman-Nya yang menerangkan bahagian warisan untuk para saudarimu, iaitu dua pertiga.” Jabir berkata, Ayat ini turun berkenaan denganku, “Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah).”
٢٨٨٧ - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ هِشَامٍ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ - يَعْنِي الدَّسْتَوَائِي - عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ اشْتَكَيْتُ وَعِنْدِي سَبْعُ أَخَوَاتٍ فَدَخَلَ عَلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَنَفَخَ فِي وَجْهِي فَأَفَقْتُ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَلَا أُوصِي لأَخَوَاتِي بِالثُّلُثِ قَالَ: «أَحْسِنْ». قُلْتُ الشَّطْرَ قَالَ: «أَحْسِنْ». ثُمَّ خَرَجَ وَتَرَكَنِي فَقَالَ: «يَا جَابِرُ لَا أُرَاكَ مَيِّتًا مِنْ وَجَعِكَ هَذَا وَإِنَّ اللَّهَ قَدْ أَنْزَلَ فَبَيَّنَ الَّذِي لأَخَوَاتِكَ فَجَعَلَ لَهُنَّ الثُّلُثَيْنِ». قَالَ فَكَانَ جَابِرٌ يَقُولُ أُنْزِلَتْ هَذِهِ الآيَةُ فِي ﴿يَسۡتَفۡتُونَكَ قُلِ ٱللَّهُ يُفۡتِيكُمۡ فِي ٱلۡكَلَٰلَةِۚ﴾.
2888 - Muslim bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, bahawa al-Bara’ bin Azib berkata, “Ayat yang terakhir turun berkaitan dengan masalah kalalah adalah, “Mereka meminta fatwa kepadamu (tentang kalalah).”
٢٨٨٨-حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ آخِرُ آيَةٍ نَزَلَتْ فِي الْكَلَالَةِ ﴿يَسۡتَفۡتُونَكَ قُلِ ٱللَّهُ يُفۡتِيكُمۡ فِي ٱلۡكَلَٰلَةِۚ﴾.
2889 - Manshur bin Abu Muzahim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Bakar menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, bahawa al-Bara bin Azib berkata, Seorang lelaki menemui Nabi ﷺ seraya berkata, “Wahai Rasulullah, mereka meminta fatwa kepadamu tentang kalalah. Apakah kalalah itu?” Baginda menjawab, “Jawapannya ada dalam ayat (al-Nisa ayat 176) yang turun pada musim panas.” Saya (Abu Bakar) berkata kepada Abu Ishaq, “Kalalah adalah orang yang meninggal dunia tanpa meninggalkan anak ataupun orang tua.” Abu Ishaq menjawab, “Ya, sebahagian orang berpendapat seperti itu.”
٢٨٨٩ - حَدَّثَنَا مَنْصُورُ بْنُ أَبِي مُزَاحِمٍ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنِ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ يَسْتَفْتُونَكَ فِي الْكَلَالَةِ فَمَا الْكَلَالَةُ قَالَ: «تُجْزِيكَ آيَةُ الصَّيْفِ». فَقُلْتُ لأَبِي إِسْحَاقَ هُوَ مَنْ مَاتَ وَلَمْ يَدَعْ وَلَدًا وَلَا وَالِدًا قَالَ كَذَلِكَ ظَنُّوا أَنَّهُ كَذَلِكَ.