kitab ilmu
أَوَّلُ كِتَابِ العِلْمِ
Bab Berkenaan Kemuliaan Ilmu
Bāb fī Faḍl al-ʿIlm
بابٌ في فَضْلِ العِلْمِ
3641 - Musaddad bin Musarhad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdullah bin Dawud menyampaikan kepada kami, daripada Ashim bin Raja’ bin Haywah, daripada Dawud bin Jamil, bahawa Katsir bin Qays berkata, Saya pernah duduk bersama Abu al-Darda di Masjid Damsyik. Tiba-tiba ada seorang lelaki datang kepada Abu al-Darda’ seraya berkata, “Wahai Abu al-Darda’, saya datang kepadamu dari kota Rasulullah ﷺ (Madinah) untuk bertanyakan sebuah hadis yang saya dengar, bahawa kamu meriwayatkannya dari Rasulullah ﷺ. Saya tidak memiliki kepentingan (yang lain).” Abu al-Darda’ berkata, “Sungguh, saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa yang menempuh sebuah jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah memudahkan baginya jalan menuju syurga. Sungguh, para malaikat merendahkan sayap-sayapnya sebagai bentuk keredaan kepada penuntut ilmu. Sungguh, para penghuni langit dan bumi memohonkan ampunan untuk orang yang berilmu (ulama), bahkan ikan paus yang ada di tengah lautan. Keutamaan ahli ilmu (ulama) dibandingkan orang yang ahli ibadah seperti keutamaan bulan malam purnama dibandingkan bintang-bintang yang lain. Para ulama adalah pewaris para nabi. Para nabi itu tidak mewariskan dinar dan dirham (harta), tetapi mereka mewariskan ilmu. Kerana itulah, siapa yang mengambil ilmu, sungguh dia telah mendapat bahagian yang banyak.”
٣٦٤١ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدُ بْنُ مُسَرْهَدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دَاوُدَ سَمِعْتُ عَاصِمَ بْنَ رَجَاءِ بْنِ حَيْوَةَ يُحَدِّثُ عَنْ دَاوُدَ بْنِ جَمِيلٍ عَنْ كَثِيرِ بْنِ قَيْسٍ قَالَ كُنْتُ جَالِسًا مَعَ أَبِي الدَّرْدَاءِ فِي مَسْجِدِ دِمَشْقَ فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ يَا أَبَا الدَّرْدَاءِ إِنِّي جِئْتُكَ مِنْ مَدِينَةِ الرَّسُولِ - صلى الله عليه وسلم - لِحَدِيثٍ بَلَغَنِي أَنَّكَ تُحَدِّثُهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مَا جِئْتُ لِحَاجَةٍ. قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ: «مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا سَلَكَ اللَّهُ بِهِ طَرِيقًا مِنْ طُرُقِ الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ الْعَالِمَ لَيَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَوَاتِ وَمَنْ فِي الأَرْضِ وَالْحِيتَانُ فِي جَوْفِ الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ لَيْلَةَ الْبَدْرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ وَإِنَّ الْعُلَمَاءَ وَرَثَةُ الأَنْبِيَاءِ وَإِنَّ الأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ».
3642 - Muhammad bin al-Wazir al-Dimasyqi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Walid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya bertemu dengan Syabib bin Syaybah, lalu dia menyampaikannya kepada saya daripada ‘Utsman bin Abu Sa‘udah, daripada Abu al-Darda’, daripada Nabi ﷺ dengan matan semakna hadis sebelumnya.
٣٦٤٢ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْوَزِيرِ الدِّمَشْقِي، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ قَالَ لَقِيتُ شَبِيبَ بْنَ شَيْبَةَ فَحَدَّثَنِي بِهِ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ أَبِي سَوْدَةَ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ - يَعْنِي عَنِ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - - بِمَعْنَاهُ.
3643 - Ahmad bin Yunus menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Za’idah menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang menempuh jalan untuk menuntut ilmu, nescaya Allah akan memudahkan baginya untuk menempuh jalan menuju syurga. Siapa yang amalnya melambatkannya, nasabnya tidak akan mempercepatkannya.”
٣٦٤٣ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا زَائِدَةُ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «مَا مِنْ رَجُلٍ يَسْلُكُ طَرِيقًا يَطْلُبُ فِيهِ عِلْمًا إِلاَّ سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقَ الْجَنَّةِ وَمَنْ أَبْطَأَ بِهِ عَمَلُهُ لَمْ يُسْرِعْ بِهِ نَسَبُهُ».
Bab Riwayat Daripada Ahli Kitab
Bāb Riwāyat Ḥadīth Ahl al-Kitāb
باب رِوَايَةِ حَدِيثِ أَهْلِ الْكِتَابِ
3644 - Ahmad bin Muhammad bin Tsabit al-Marwazi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Ibn Abu Namlah al-Anshari, bahawa ketika bapanya sedang duduk di samping Rasulullah ﷺ, di samping baginda juga ada seorang lelaki Yahudi. Tiba-tiba ada jenazah melintas, lalu lelaki Yahudi itu berkata, “Wahai Muhammad, apakah jenazah ini berbicara (di kubur)?” Nabi menjawab, “Wallahu a‘lam.” Lelaki Yahudi itu berkata, “Sungguh, jenazah itu dapat berbicara.” Lalu Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika Ahli Kitab menyampaikan suatu perkara, jangan kalian membenarkannya dan jangan pula mengingkarinya, tetapi ucapkanlah, “Kami beriman kepada Allah dan semua para rasul-Nya.” Supaya jika yang disampaikannya itu adalah kebatilan, kalian tidak mengatakan ia benar. Jika yang disampaikannya merupakan kebenaran, kalian tidak mengatakan ia dusta.”
٣٦٤٤ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ ثَابِتٍ الْمَرْوَزِي، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنِ الزُّهْرِي أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي نَمْلَةَ الأَنْصَارِي عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ بَيْنَمَا هُوَ جَالِسٌ عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَعِنْدَهُ رَجُلٌ مِنَ الْيَهُودِ مُرَّ بِجَنَازَةٍ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ هَلْ تَتَكَلَّمُ هَذِهِ الْجَنَازَةُ فَقَالَ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم-: «اللَّهُ أَعْلَمُ». فَقَالَ الْيَهُودِي إِنَّهَا تَتَكَلَّمُ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «مَا حَدَّثَكُمْ أَهْلُ الْكِتَابِ فَلَا تُصَدِّقُوهُمْ وَلَا تُكَذِّبُوهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ فَإِنْ كَانَ بَاطِلاً لَمْ تُصَدِّقُوهُ وَإِنْ كَانَ حَقًّا لَمْ تُكَذِّبُوهُ».
3645 - Ahmad bin Yunus menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Abu al-Zinad menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada Kharijah bin Zayd bin Tsabit, bahawa Zayd bin Tsabit bekata: Rasulullah ﷺ memerintahkan saya (untuk belajar tulisan orang-orang Yahudi). Saya pun mempelajarinya untuk baginda. Baginda bersabda, “Demi Allah, saya tidak percaya jika menjadikan orang Yahudi sebagai jurutulisku.” Saya pun mempelajarinya. Setelah setengah bulan, saya menguasai bahasa Yahudi. Saya pun menjadi jurutulis untuk baginda ketika baginda hendak menulis; dan saya akan membacakan untuk baginda jika ada tulisan untuk baginda.
٣٦٤٥ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ خَارِجَةَ - يَعْنِي ابْنَ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ - قَالَ: قَالَ زَيْدُ بْنُ ثَابِتٍ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَتَعَلَّمْتُ لَهُ كِتَابَ يَهُودَ وَقَالَ: «إِنِّي وَاللَّهِ مَا آمَنُ يَهُودَ عَلَى كِتَابِي». فَتَعَلَّمْتُهُ فَلَمْ يَمُرَّ بِي إِلاَّ نِصْفُ شَهْرٍ حَتَّى حَذَقْتُهُ فَكُنْتُ أَكْتُبُ لَهُ إِذَا كَتَبَ وَأَقْرَأُ لَهُ إِذَا كُتِبَ إِلَيْهِ.