kitab imam mahdi
أوَّلُ كِتَابِ المَهْدِيِّ
Bab Perang Akhir Zaman
Bāb al-Malāḥim
بابُ المَلاحِمِ
4279 - ‘Amr bin ‘Utsman menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Marwan bin Mu‘awiyah menyampaikan kepada kami, daripada Isma‘il bin Abu Khalid, daripada bapanya, bahawa Jabir bin Samurah berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Agama ini tetap akan tegak berdiri hingga kalian memiliki dua belas khalifah. Semuanya didukung oleh seluruh umat.” Lalu saya mendengar perkataan Nabi ﷺ yang tidak kufahami. Saya bertanya kepada bapaku, “Apa maksud yang baginda katakan?” Bapaku menjawab, “(Baginda mengatakan), semuanya dari Quraisy.”
٤٢٧٩ - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ، حَدَّثَنَا مَرْوَانُ بْنُ مُعَاوِيَةَ عَنْ إِسْمَاعِيلَ - يَعْنِي ابْنَ أَبِي خَالِدٍ - عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ: «لَا يَزَالُ هَذَا الدِّينُ قَائِمًا حَتَّى يَكُونَ عَلَيْكُمُ اثْنَا عَشَرَ خَلِيفَةً كُلُّهُمْ تَجْتَمِعُ عَلَيْهِ الأُمَّةُ». فَسَمِعْتُ كَلَامًا مِنَ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - لَمْ أَفْهَمْهُ قُلْتُ لأَبِي مَا يَقُولُ قَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ».
4280 - Musa bin Isma‘il menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Wuhayb menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Dawud menyampaikan kepada kami, daripada Amir, bahawa Jabir bin Samurah berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Agama ini akan tetap mulia hingga dua belas khalifah”. Orang-orang pun bertakbir dan bergegar. Lalu baginda mengatakan sesuatu dengan suara perlahan. Saya bertanya kepada bapaku, “Wahai bapaku, apa yang baginda katakan?” Bapaku menjawab, “(Baginda mengatakan), mereka semua orang Quraisy.”
٤٢٨٠ - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، حَدَّثَنَا دَاوُدُ عَنْ عَامِرٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ: «لَا يَزَالُ هَذَا الدِّينُ عَزِيزًا إِلَى اثْنَيْ عَشَرَ خَلِيفَةً». قَالَ فَكَبَّرَ النَّاسُ وَضَجُّوا ثُمَّ قَالَ كَلِمَةً خَفِيَّةً قُلْتُ لأَبِي يَا أَبَةِ مَا قَالَ: قَالَ: «كُلُّهُمْ مِنْ قُرَيْشٍ».
4281 - Ibn Nufayl menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Zuhayr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ziyad bin Khaytsamah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Aswad bin Sa‘id al-Hamdani menyampaikan kepada kami, daripada Jabir bin Samurah dengan matan serupa hadis sebelumnya. Perawi menambahkan: Setelah baginda pulang ke rumah, orang-orang Quraisy menemui baginda dan bertanya, “Lalu apa yang terjadi setelah itu?” Baginda menjawab, “Setelah itu terjadi al-haraj (pembunuhan).”
٤٢٨١ - حَدَّثَنَا ابْنُ نُفَيْلٍ، حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، حَدَّثَنَا زِيَادُ بْنُ خَيْثَمَةَ، حَدَّثَنَا الأَسْوَدُ بْنُ سَعِيدٍ الْهَمْدَانِي عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ بِهَذَا الْحَدِيثِ زَادَ فَلَمَّا رَجَعَ إِلَى مَنْزِلِهِ أَتَتْهُ قُرَيْشٌ فَقَالُوا ثُمَّ يَكُونُ مَاذَا قَالَ: «ثُمَّ يَكُونُ الْهَرْجُ».
4282 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Umar bin ‘Ubayd menyampaikan kepada mereka; dalam sanad lain, Muhammad bin al-Ala’ menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Bakar bin ‘Ayyash menyampaikan kepada kami; dalam sanad lain, Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan; dalam sanad lain, Ahmad bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah bin Musa, daripada Za’idah; dalam sanad lain, Ahmad bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah bin Musa, daripada Fithr dengan matan semakna hadis sebelumnya. Semuanya meriwayatkan daripada Ashim, daripada Zir, daripada Abdullah, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Seandainya tidak tersisa dari dunia ini kecuali satu hari – Za’idah menyebutkan dalam riwayatnya, “...nescaya Allah akan memanjangkan hari itu hingga – Allah akan mengutus seseorang dari keturunanku atau, yang namanya sama dengan namaku dan nama bapanya sama dengan nama bapaku.” Dalam riwayatnya, Fithr menambahkan, “Dia akan memenuhi dunia dengan keadilan, setelah sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman.” Di dalam hadis Sufyan disebutkan, “Dunia tidak akan musnah – atau tidak akan hancur – hingga seorang lelaki dari ahli baitku menguasai orang-orang Arab. Namanya sama dengan namaku.” Komentar Abu Dawud: Lafaz ‘Umar dan Abu Bakar semakna dengan riwayat Sufyan. (Abu Bakar tidak mengatakan ‘orang-orang Arab’).”
٤٢٨٢ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ أَنَّ عُمَرَ بْنَ عُبَيْدٍ حَدَّثَهُمْ (ح) وَحَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ - يَعْنِي ابْنَ عَيَّاشٍ (ح) وَحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ (ح) وَحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى أَخْبَرَنَا زَائِدَةُ (ح) وَحَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى عَنْ فِطْرٍ - الْمَعْنَى وَاحِدٌ - كُلُّهُمْ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ زِرٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنِ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدُّنْيَا إِلاَّ يَوْمٌ». قَالَ زَائِدَةُ فِي حَدِيثِهِ: «لَطَوَّلَ اللَّهُ ذَلِكَ الْيَوْمَ». ثُمَّ اتَّفَقُوا: «حَتَّى يَبْعَثَ فِيهِ رَجُلاً مِنِّي». أَوْ: «مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي وَاسْمُ أَبِيهِ اسْمَ أَبِي». زَادَ فِي حَدِيثِ فِطْرٍ: «يَمْلأُ الأَرْضَ قِسْطًا وَعَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ ظُلْمًا وَجَوْرًا». وَقَالَ فِي حَدِيثِ سُفْيَانَ: «لَا تَذْهَبُ أَوْ لَا تَنْقَضِي الدُّنْيَا حَتَّى يَمْلِكَ الْعَرَبَ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يُوَاطِئُ اسْمُهُ اسْمِي». قَالَ أَبُو دَاوُدَ لَفْظُ عُمَرَ وَأَبِي بَكْرٍ بِمَعْنَى سُفْيَانَ.
4283 - ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Fadhl bin Dukayn menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Fithr menyampaikan kepada kami, daripada al-Qasim bin Abu Bazzah, daripada Abu al-Thufayl, daripada Ali, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Seandainya hanya tersisa satu hari dari kehidupan ini, nescaya Allah akan mengutus seorang lelaki dari ahli baitku yang akan memenuhi kehidupan ini dengan keadilan, setelah sebelumnya dipenuhi dengan kezaliman.”
٤٢٨٣ - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ دُكَيْنٍ، حَدَّثَنَا فِطْرٌ عَنِ الْقَاسِمِ بْنِ أَبِي بَزَّةَ عَنْ أَبِي الطُّفَيْلِ عَنْ عَلِي - رضى الله تعالى عنه - عَنِ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «لَوْ لَمْ يَبْقَ مِنَ الدَّهْرِ إِلاَّ يَوْمٌ لَبَعَثَ اللَّهُ رَجُلاً مِنْ أَهْلِ بَيْتِي يَمْلأُهَا عَدْلاً كَمَا مُلِئَتْ جَوْرًا».