kitab jihad
أوَّلُ كِنَابِ الجِهَادِ
Bab Tentang Hijrah dan Kediaman Orang-Orang Arab Pedalaman
Bāb Mā Jāʾa fī al-Hijrah wa Suknā al-Badw
باب مَا جَاءَ فِي الْهِجْرَةِ وَسُكْنَى الْبَدْوِ
2477 - Muammal bin al-Fadhl menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Walid bin Muslim menyampaikan kepada kami, daripada al-Awza‘i, daripada al-Zuhri, daripada ‘Atha’ bin Yazid, daripada Abu Sa‘id al-Khudri, bahawa seorang Arab Pedalaman bertanya kepada Nabi ﷺ mengenai hijrah. Baginda bersabda, “Semoga Allah merahmatimu! Sungguh, hijrah adalah persoalan yang berat. Apakah kamu memiliki unta?” Orang itu menjawab, “Ya.” Rasulullah berkata, “Apakah kamu membayarkan zakatnya?” Orang itu menjawab, “Ya.” Baginda bersabda, “Kalau begitu, bekerjalah, (di mana pun kamu berada) meski di seberang lautan sekalipun, sesungguhnya Allah tidak akan menyia-nyiakan amalanmu sedikit pun.”
٢٤٧٧ - حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ الْفَضْلِ، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ - يَعْنِي ابْنَ مُسْلِمٍ - عَنِ الأَوْزَاعِي عَنِ الزُّهْرِي عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِي أَنَّ أَعْرَابِيًّا سَأَلَ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - عَنِ الْهِجْرَةِ فَقَالَ: «وَيْحَكَ إِنَّ شَأْنَ الْهِجْرَةِ شَدِيدٌ فَهَلْ لَكَ مِنْ إِبِلٍ». قَالَ نَعَمْ. قَالَ: «فَهَلْ تُؤَدِّي صَدَقَتَهَا». قَالَ نَعَمْ. قَالَ: «فَاعْمَلْ مِنْ وَرَاءِ الْبِحَارِ فَإِنَّ اللَّهَ لَنْ يَتِرَكَ مِنْ عَمَلِكَ شَيْئًا».
2478 - ‘Utsman dan Abu Bakar – dua anak Ibn Syaybah – menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Syarik menyampaikan kepada kami, daripada al-Miqdam bin Syurayh, bahawa bapanya berkata, Saya bertanya kepada ‘A’isyah mengenai (seseorang) yang keluar menuju pedalaman. ‘A’isyah berkata, “Rasulullah ﷺ pernah keluar ke pedalaman menuju sebuah pegunungan yang mengalirkan air. Suatu ketika baginda pergi ke pedalaman. Baginda mengirimkan seekor unta liar dari unta-unta zakat kepadaku. Baginda bersabda, “Wahai ‘A’isyah, berinteraksilah dengan dia dengan lembut, sesungguhnya kelembutan tidaklah diterapkan kepada sesuatu kecuali ia akan menghiasinya. Tidaklah kelembutan itu dicabut dari sesuatu, kecuali ia akan menjadi jelik.”
٢٤٦٨ - حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ وَعُثْمَانُ ابْنَا أَبِي شَيْبَةَ قَالَا: حَدَّثَنَا شَرِيكٌ عَنِ الْمِقْدَامِ بْنِ شُرَيْحٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ - رضى الله عنها - عَنِ الْبَدَاوَةِ فَقَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَبْدُو إِلَى هَذِهِ التِّلَاعِ وَإِنَّهُ أَرَادَ الْبَدَاوَةَ مَرَّةً فَأَرْسَلَ إِلَىَّ نَاقَةً مُحَرَّمَةً مِنْ إِبِلِ الصَّدَقَةِ فَقَالَ لِي: «يَا عَائِشَةُ ارْفُقِي فَإِنَّ الرِّفْقَ لَمْ يَكُنْ فِي شَيْءٍ قَطُّ إِلاَّ زَانَهُ وَلَا نُزِعَ مِنْ شَيْءٍ قَطُّ إِلاَّ شَانَهُ».
Bab Tentang Hijrah, Apakah sudah Terputus?
Bāb fī al-Hijrah Hal Inqaṭaʿat
باب فِي الْهِجْرَةِ هَلِ انْقَطَعَتْ
2479 - Ibrahim bin Musa al-Razi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Isa mengkhabarkan kepada kami, daripada Hariz bin ‘Utsman, daripada Abdul Rahman bin Abu Awf, daripada Abu Hindun, bahawa Mu‘awiyah berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Hijrah tidak putus hingga taubat terputus; dan taubat tidak akan terputus hingga matahari terbit dari barat.”
٢٤٧٩ - حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى الرَّازِي أَخْبَرَنَا عِيسَى عَنْ حَرِيزِ بْنِ عُثْمَانَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي عَوْفٍ عَنْ أَبِي هِنْدٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ: «لَا تَنْقَطِعُ الْهِجْرَةُ حَتَّى تَنْقَطِعَ التَّوْبَةُ وَلَا تَنْقَطِعُ التَّوْبَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا».
2480 - ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Jarir menyampaikan kepada kami, daripada Manshur, daripada Mujahid, daripada Thawus, daripada Ibn Abbas, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda pada hari Pembebasan Kota Mekah, “Tidak ada lagi hijrah (dari kota Mekah), tetapi (hijrah kerana) jihad (tetap ada) dan niat (untuk meninggalkan negeri kafir). Jika kalian diminta keluar (untuk berjihad), keluarlah.”
٢٤٨٠ - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَوْمَ الْفَتْحِ فَتْحِ مَكَّةَ: «لَا هِجْرَةَ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا».
2481 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya menyampaikan kepada kami, daripada Isma‘il bin Abu Khalid, Amir menyampaikan kepada kami, beliau berkata, seorang lelaki datang menemui Abdullah bin ‘Amr, ketika itu dia sedang berada di antara kaumnya. Lelaki itu duduk bersamanya dan berkata, “Khabarkan kepadaku sesuatu yang kamu dengar dari Rasulullah.” Abdullah bin ‘Amr menjawab, “Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Seorang Muslim adalah orang yang kaum Muslim selamat dari perkataannya dan perbuatannya. Orang yang berhijrah adalah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah.”
٢٤٨١ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ إِسْمَاعِيلَ بْنِ أَبِي خَالِدٍ، حَدَّثَنَا عَامِرٌ قَالَ أَتَى رَجُلٌ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو وَعِنْدَهُ الْقَوْمُ حَتَّى جَلَسَ عِنْدَهُ فَقَالَ أَخْبِرْنِي بِشَيْءٍ سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم. فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ: «الْمُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ الْمُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ وَالْمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ».