kitab korban
أَوَّلُ كِتَابِ الضَحَايَا
Permulaan Kitab Korban
Awwal Kitāb al-Ḍaḥāyā
أوَّلُ كتابِ الضَّحَايَاِ
2788 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yazid menyampaikan kepada kami; dalam sanad lain, Humayd bin Mas’adah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Bisyr menyampaikan kepada kami, daripada Abdullah bin ‘Awn, daripada Abu Ramlah Amir, bahawa Mikhnaf bin Sulaym berkata, Ketika kami sedang wuquf bersama Rasulullah ﷺ di Arafah, baginda bersabda, “Wahai umat manusia, sesungguhnya diwajibkan atas setiap keluarga setiap tahun untuk menyembelih korban dan ‘atirah. Tahukah kalian apa itu ‘atirah? ‘Atirah ialah yang sering disebut orang orang sebagai Rajabiyyah[64][64].”
Komentar Abu Dawud: Pensyariatan ‘atîrah ini sudah dihapus. Hadis ini termasuk hadis yang sudah dihapus hukumnya.”
٢٧٨٨ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ (ح) وَحَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ، حَدَّثَنَا بِشْرٌ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَوْنٍ عَنْ عَامِرٍ أَبِي رَمْلَةَ قَالَ أَخْبَرَنَا مِخْنَفُ بْنُ سُلَيْمٍ قَالَ وَنَحْنُ وُقُوفٌ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - بِعَرَفَاتٍ قَالَ: «يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ عَلَى كُلِّ أَهْلِ بَيْتٍ فِي كُلِّ عَامٍ أُضْحِيَةً وَعَتِيرَةً أَتَدْرُونَ مَا الْعَتِيرَةُ هَذِهِ الَّتِي يَقُولُ النَّاسُ الرَّجَبِيَّةُ». قَالَ أَبُو دَاوُدَ الْعَتِيرَةُ مَنْسُوخَةٌ هَذَا خَبَرٌ مَنْسُوخٌ.
Upacara penyembelihan pada bulan Rejab.
2789 - Harun bin Abdullah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdullah bin Yazid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sa‘id bin Abu Ayyub menyampaikan kepada saya, beliau berkata, ‘Ayyash bin Abbas al-Qitbani menyampaikan kepada saya, daripada ‘Isa bin Hilal al-Shadafi, daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-Ash, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Saya diperintahkan Allah untuk menjadikan hari korban ini sebagai hari raya bagi umatku.”
Seorang lelaki berkata, “Bagaimana jika saya hanya memiliki haiwan ternak betina (yang boleh dipinjamkan kepada seseorang untuk memanfaatkan susunya), apakah saya harus berkorban dengannya?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Tidak perlu, cukup bagimu memendekkan rambut, memotong kuku, memotong misai, dan mencukur bulu kemaluan. Itulah korban yang sempurna darimu menurut Allah.”
٢٧٨٩ - حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي أَيُّوبَ حَدَّثَنِي عَيَّاشُ بْنُ عَبَّاسٍ الْقِتْبَانِي عَنْ عِيسَى بْنِ هِلَالٍ الصَّدَفِي عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «أُمِرْتُ بِيَوْمِ الأَضْحَى عِيدًا جَعَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لِهَذِهِ الأُمَّةِ». قَالَ الرَّجُلُ أَرَأَيْتَ إِنْ لَمْ أَجِدْ إِلاَّ أُضْحِيَةً أُنْثَى أَفَأُضَحِّي بِهَا قَالَ: «لَا وَلَكِنْ تَأْخُذُ مِنْ شَعْرِكَ وَأَظْفَارِكَ وَتَقُصُّ شَارِبَكَ وَتَحْلِقُ عَانَتَكَ فَتِلْكَ تَمَامُ أُضْحِيَتِكَ عِنْدَ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ».
Bab Berkorban Bagi Pihak Orang yang Sudah Meninggal
Bāb al-Uḍḥiyat ʿan al-Mayyit
باب الأُضْحِيَةِ عَنِ الْمَيِّتِ
2790 - ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syarik menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Hasna’, daripada al-Hakam, bahawa Hanasy berkata, Saya melihat Ali berkorban dengan dua ekor kambing biri-biri jantan. Saya bertanya kepadanya, “Untuk apa kamu mengorbankan dua haiwan korban?” Ali menjawab, “Rasulullah ﷺ telah berwasiat kepada saya agar saya mengorbankan haiwan korban untuk baginda. Sekarang ini, saya sedang sembelihan haiwan korban untuk baginda.”
٢٧٩٠ - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا شَرِيكٌ عَنْ أَبِي الْحَسْنَاءِ عَنِ الْحَكَمِ عَنْ حَنَشٍ قَالَ رَأَيْتُ عَلِيًّا يُضَحِّي بِكَبْشَيْنِ فَقُلْتُ مَا هَذَا فَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَوْصَانِي أَنْ أُضَحِّي عَنْهُ فَأَنَا أُضَحِّي عَنْهُ.
Bab Seseorang Yang Memotong Rambutnya Ketika Memasuki Hari Kesepuluh Bulan Zulhijah Dan Dia Ingin Berkorban
Bāb al-Rajul Yaʾkhuz min Shaʿrihi fi al-ʿAshr Wahuwa Yurīd An Yuḍaḥḥī
باب الرَّجُلُ يَأْخُذُ مِنْ شَعْرِهِ فِي الْعَشْرِ وَهُوَ يُرِيدُ أَنْ يُضَحِّي
2791 - ‘Ubaydullah bin Mu‘adz menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Bapa saya menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin ‘Amr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Amr bin Muslim al-Laytsi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya mendengar Sa‘id bin al-Musayyab berkata, Saya mendengar Ummu Salamah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa yang telah berniat untuk berkorban, ketika anak bulan Zulhijah sudah tampak, dia tidak boleh mencukur rambut dan memotong kuku hingga dia menyembelih haiwan.” Komentar Abu Dawud: Para perawi hadis ini menyelisihi riwayat Malik dan Muhammad bin ‘Amr tentang perawi ‘Amr bin Muslim. Sebahagian dari mereka menyebut ‘Umar bin Muslim, sedangkan sebahagian yang lain menyebut ‘Amr bin Muslim. Yang benar, beliau adalah ‘Amr bin Muslim bin Ukaymah al-Laytsi al-Junda‘i.
٢٧٩١ - حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو، حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مُسْلِمٍ اللَّيْثِي قَالَ سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ الْمُسَيَّبِ يَقُولُ سَمِعْتُ أُمَّ سَلَمَةَ تَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «مَنْ كَانَ لَهُ ذِبْحٌ يَذْبَحُهُ فَإِذَا أَهَلَّ هِلَالُ ذِي الْحِجَّةِ فَلَا يَأْخُذَنَّ مِنْ شَعْرِهِ وَلَا مِنْ أَظْفَارِهِ شَيْئًا حَتَّى يُضَحِّي». قَالَ أَبُو دَاوُدَ اخْتَلَفُوا عَلَى مَالِكٍ وَعَلَى مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو فِي عَمْرِو بْنِ مُسْلِمٍ قَالَ بَعْضُهُمْ عُمَرُ وَأَكْثَرُهُمْ قَالَ عَمْرٌو. قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَهُوَ عَمْرُو بْنُ مُسْلِمِ بْنِ أُكَيْمَةَ اللَّيْثِي الْجُنْدَعِي.
Bab Haiwan Korban Yang Digalakkan
Bāb Mā Yustaḥabb min al-Ḍaḥāyā
باب مَا يُسْتَحَبُّ مِنَ الضَّحَايَا
2792 - Ahmad bin Shalih menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdullah bin Wahb menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Haywah mengkhabarkan kepada saya, beliau berkata, Abu Shakhr menyampaikan kepada saya, daripada Ibn Qushayth, daripada Urwah bin al-Zubayr, daripada ‘A’isyah, bahawa Rasulullah ﷺ memerintahkan sahabat untuk menyiapkan kambing biri-biri jantan yang memiliki tanduk, kaki berwarna hitam, sekitar matanya berwarna hitam dan perutnya berwarna hitam. Haiwan korban yang diminta pun dicarikan, lalu ditunjukkan kepada baginda. Baginda bersabda, “Wahai ‘A’isyah, ambilkan pisau.” Baginda kemudian melanjutkan, “Asahlah pisau itu dengan batu.” ‘A’isyah pun melakukan perintah baginda. Baginda mengambil pisau dan mendekati biri-biri itu, lalu bersiap menyembelihnya sambil berdoa, “Dengan nama Allah. Ya Allah, terimalah korban dari Muhammad, keluarga Muhammad, dan dari umat Muhammad.” Baginda lalu menyembelih biri-biri itu.
٢٧٩٢ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي حَيْوَةُ حَدَّثَنِي أَبُو صَخْرٍ عَنِ ابْنِ قُسَيْطٍ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ فَأُتِي بِهِ فَضَحَّى بِهِ فَقَالَ: «يَا عَائِشَةُ هَلُمِّي الْمُدْيَةَ». ثُمَّ قَالَ: «اشْحَذِيهَا بِحَجَرٍ». فَفَعَلَتْ فَأَخَذَهَا وَأَخَذَ الْكَبْشَ فَأَضْجَعَهُ وَذَبَحَهُ وَقَالَ: «بِسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ». ثُمَّ ضَحَّى بِهِ - صلى الله عليه وسلم-.