kitab makanan
أَوَّلُ كِتَابِ الأطْعِمَةِ
Bab Berkenaan Memenuhi Undangan
Bāb Mā Jāʾa fī Ijābat al-Daʿwah
باب مَا جَاءَ فِي إِجَابَةِ الدَّعْوَة
3736 - Al-Qa‘nabi menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Nafi‘, daripada Abdullah bin ‘Umar, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Jika seseorang di antara kalian diundang untuk menghadiri walimah, hendaklah dia memenuhi undangan tersebut.”
٣٧٣٦ - حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِي عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «إِذَا دُعِي أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا».
3737 - Makhlad bin Khalid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda... dengan matan yang semakna hadis sebelumnya. Namun, dalam riwayat ini ditambahkan kalimat, “Jika orang yang diundang tidak berpuasa, hendaklah dia makan, jika dia berpuasa, hendaklah dia mendoakan (orang yang mengundangnya).”
٣٧٣٧ - حَدَّثَنَا مَخْلَدُ بْنُ خَالِدٍ، حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - بِمَعْنَاهُ زَادَ: «فَإِنْ كَانَ مُفْطِرًا فَلْيَطْعَمْ وَإِنْ كَانَ صَائِمًا فَلْيَدْعُ».
3738 - Al-Hasan bin Ali menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika seseorang dari kalian mengundang saudaranya, hendaklah (saudara yang diundang tersebut) memenuhinya, baik itu walimah ataupun acara lain yang semisal dengannya.”
٣٧٣٨ - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِي، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «إِذَا دَعَا أَحَدُكُمْ أَخَاهُ فَلْيُجِبْ عُرْسًا كَانَ أَوْ نَحْوَهُ».
3739 - Ibn al-Mushaffa menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Baqiyyah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Zubaydi menyampaikan kepada kami, daripada Nafi dengan lanjutan sanad dan matan yang semakna dengan riwayat Ayyub.
٣٧٣٩ - حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُصَفَّى، حَدَّثَنَا بَقِيَّةُ، حَدَّثَنَا الزُّبَيْدِي عَنْ نَافِعٍ بِإِسْنَادِ أَيُّوبَ وَمَعْنَاهُ.
3740 - Muhammad bin Katsir menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan mengkhabarkan kepada kami, daripada Abu al-Zubayr, daripada Jabir, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa yang diundang, hendaklah dia memenuhinya. Jika ingin makan, dia boleh makan, jika tidak, dia boleh meninggalkan (hidangan makanan yang disediakan).”
٣٧٤٠ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «مَنْ دُعِي فَلْيُجِبْ فَإِنْ شَاءَ طَعِمَ وَإِنْ شَاءَ تَرَكَ».