kitab minuman

أَوَّلُ كِتَابِ الأَشْرِبَةِ

Bab Pengharaman Arak

Bāb fī Taḥrīm al-Khamr

باب فِي تَحْرِيمِ الْخَمْرِ

3669 - Ahmad bin Hanbal menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Isma‘il bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Hayyan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Sya‘bi menyampaikan kepada saya, daripada Ibn ‘Umar, bahawa ‘Umar berkata, Ada lima jenis arak yang diharamkan ketika turun ayat pengharaman arak, iaitu (arak) yang terbuat dari anggur, kurma, madu, tepung gandum, dan biji gandum. Arak adalah segala sesuatu yang menutupi akal. Ada tiga hal yang saya berharap Nabi ﷺ menjelaskannya kepada kami sebelum baginda wafat, iaitu (masalah warisan) datuk, kalalah, dan beberapa masalah tentang riba.”

٣٦٦٩ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا أَبُو حَيَّانَ حَدَّثَنِي الشَّعْبِي عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنْ عُمَرَ قَالَ نَزَلَ تَحْرِيمُ الْخَمْرِ يَوْمَ نَزَلَ وَهِي مِنْ خَمْسَةِ أَشْيَاءَ مِنَ الْعِنَبِ وَالتَّمْرِ وَالْعَسَلِ وَالْحِنْطَةِ وَالشَّعِيرِ وَالْخَمْرُ مَا خَامَرَ الْعَقْلَ وَثَلَاثٌ وَدِدْتُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - لَمْ يُفَارِقْنَا حَتَّى يَعْهَدَ إِلَيْنَا فِيهِنَّ عَهْدًا نَنْتَهِي إِلَيْهِ الْجَدُّ وَالْكَلَالَةُ وَأَبْوَابٌ مِنْ أَبْوَابِ الرِّبَا.

3670 - Abbad bin Musa al-Khuttali menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Isma‘il bin Ja‘far mengkhabarkan kepada kami, daripada Isra’il, daripada Abu Ishaq, daripada ‘Amr, daripada ‘Umar bin Khaththab, bahawa ketika ayat pengharaman arak diturunkan, ‘Umar. berkata, “Ya Allah, berikanlah kepada kami penjelasan tentang arak dengan penjelasan yang sejelas-jelasnya.” Kemudian, turunlah ayat dalam surah al-Baqarah, “Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang arak dan judi. Katakanlah, “Pada keduanya terdapat dosa besar,” (QS. 2:219). ‘Umar lalu dipanggil dan ayat tersebut dibacakan kepadanya. ‘Umar pun berkata, “Ya Allah, berikanlah kepada kami penjelasan tentang arak dengan penjelasan yang sejelas-jelasnya.” Kemudian, turunlah ayat dalam surah al-Nisa, “Wahai orang yang beriman, jangan kalian mendekati solat ketika kalian dalam keadaan mabuk,” (QS. 4:43). Ketika solat akan dilaksanakan, jurubicara Rasulullah ﷺ berseru, “Ingatlah, jangan sekali-kali orang yang mabuk mendekati solat.” ‘Umar pun dipanggil dan dibacakanlah ayat tersebut kepadanya. Setelah itu, ‘Umar berkata, “Ya Allah, berikanlah kepada kami penjelasan tentang arak dengan penjelasan yang sejelas-jelasnya.” Kemudian turunlah ayat, “Maka tidakkah kalian mahu berhenti?” (QS. 5:91). ‘Umar pun berkata, “Kami berhenti.”

٣٦٧٠ - حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ مُوسَى الْخُتَّلِي أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ - يَعْنِي ابْنَ جَعْفَرٍ - عَنْ إِسْرَائِيلَ عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ عَنْ عَمْرٍو عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ لَمَّا نَزَلَ تَحْرِيمُ الْخَمْرِ قَالَ عُمَرُ اللَّهُمَّ بَيِّنْ لَنَا فِي الْخَمْرِ بَيَانًا شِفَاءً فَنَزَلَتِ الآيَةُ الَّتِي فِي الْبَقَرَةِ ﴿۞ يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٞ كَبِيرٞ الآيَةَ قَالَ فَدُعِي عُمَرُ فَقُرِئَتْ عَلَيْهِ قَالَ اللَّهُمَّ بَيِّنْ لَنَا فِي الْخَمْرِ بَيَانًا شِفَاءً فَنَزَلَتِ الآيَةُ الَّتِي فِي النِّسَاءِ ﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَٰرَىٰ فَكَانَ مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - إِذَا أُقِيمَتِ الصَّلَاةُ يُنَادِي أَلَا لَا يَقْرَبَنَّ الصَّلَاةَ سَكْرَانُ فَدُعِي عُمَرُ فَقُرِئَتْ عَلَيْهِ فَقَالَ اللَّهُمَّ بَيِّنْ لَنَا فِي الْخَمْرِ بَيَانًا شِفَاءً فَنَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ ﴿فَهَلۡ أَنتُم مُّنتَهُونَ قَالَ عُمَرُ انْتَهَيْنَا.

3671 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya menyampaikan kepada kami, daripada Sufyan, ‘Atha’ bin al-Sa’ib menyampaikan kepada kami, daripada Abu Abdul Rahman al-Sulami, daripada Ali bin Abu Thalib, bahawa seorang lelaki Ansar mengundang Ali dan Abdul Rahman bin Awf. Lelaki itu menyuguhkan arak kepada keduanya, hal itu terjadi sebelum arak diharamkan. Setelah itu, Ali mengimamkan mereka solat Maghrib, dia membaca surah al-Kafirun, tetapi dia tersilap ketika membacanya. Lalu turunlah ayat, “Wahai orang yang beriman, jangan kalian mendekati solat ketika kalian dalam keadaan mabuk sampai kalian sedar apa yang kalian ucapkan,” (QS. 4:43).

٣٦٧١ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ، حَدَّثَنَا عَطَاءُ بْنُ السَّائِبِ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ السُّلَمِي عَنْ عَلِي بْنِ أَبِي طَالِبٍ عَلَيْهِ السَّلَامُ أَنَّ رَجُلاً مِنَ الأَنْصَارِ دَعَاهُ وَعَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ عَوْفٍ فَسَقَاهُمَا قَبْلَ أَنْ تُحَرَّمَ الْخَمْرُ فَأَمَّهُمْ عَلِي فِي الْمَغْرِبِ فَقَرَأَ ﴿قُلۡ يَٰٓأَيُّهَا ٱلۡكَٰفِرُونَ ١ فَخَلَطَ فِيهَا فَنَزَلَتْ ﴿لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَٰرَىٰ حَتَّىٰ تَعۡلَمُواْ مَا تَقُولُونَ.

3672 - Ahmad bin Muhammad al-Marwazi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ali bin Husayn menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada Yazid al-Nahwi, daripada Ikrimah, bahawa Ibn Abbas berkata, “Ayat, “Wahai orang yang beriman, jangan kalian mendekati solat ketika kalian dalam keadaan mabuk sampai kalian sedar apa yang kalian ucapkan,” (QS. 4:43) dan ayat ‘Mereka menanyakan kepadamu (Muhammad) tentang arak dan judi Katakanlah, “Pada keduanya terdapat dosa besar dan manfaat bagi manusia,” (QS. 2:219) telah dimansuhkan oleh ayat, “Sesungguhnya minuman keras, berjudi, (berkorban untuk) berhala…,” (QS. 5:90)

٣٦٧٢ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَرْوَزِي، حَدَّثَنَا عَلِي بْنُ حُسَيْنٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ يَزِيدَ النَّحْوِي عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ ﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَقۡرَبُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَأَنتُمۡ سُكَٰرَىٰ وَ ﴿۞ يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡخَمۡرِ وَٱلۡمَيۡسِرِۖ قُلۡ فِيهِمَآ إِثۡمٞ كَبِيرٞ وَمَنَٰفِعُ لِلنَّاسِ نَسَخَتْهُمَا الَّتِي فِي الْمَائِدَةِ ﴿إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَيۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ الآيَةَ.

3673 - Sulayman bin Harb menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, daripada Tsabit, bahawa Anas berkata, Saat arak diharamkan, saya adalah penghidang minuman untuk orang ramai di rumah Abu Thalhah. Arak kami saat itu terbuat dari kurma mentah. Seseorang masuk menemui kami seraya berkata, “Sungguh, arak telah diharamkan.” Lalu juru bicara Rasulullah menyampaikan seruan (bahawa arak telah diharamkan). Kami pun berkata, “Ini adalah juru bicara Rasulullah ﷺ.”

٣٦٧٣ - حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ كُنْتُ سَاقِي الْقَوْمِ حَيْثُ حُرِّمَتِ الْخَمْرُ فِي مَنْزِلِ أَبِي طَلْحَةَ وَمَا شَرَابُنَا يَوْمَئِذٍ إِلاَّ الْفَضِيخُ فَدَخَلَ عَلَيْنَا رَجُلٌ فَقَالَ إِنَّ الْخَمْرَ قَدْ حُرِّمَتْ وَنَادَى مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَقُلْنَا هَذَا مُنَادِي رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-.

Sunan Abu Dawud