kitab nikah

أَوَّلُ كِتَابِ النكاح

Bab Anjuran Menikah

Bāb al-Taḥrīḍ ʿalā al-Nikāḥ

باب التَّحْرِيضِ عَلَى النِّكَاحِ

2046 - ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Jarir menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Ibrahim, bahawa Alqamah menceritakan: Saya pernah berjalan bersama Abdullah bin Mas‘ud di Mina. Ketika itu ‘Utsman menemuinya dan meminta untuk bercakap dengan Abdullah secara peribadi. Apabila ‘Utsman tahu bahawa Abdullah tidak mempunyai keinginan untuk menikah, dia berkata kepadaku, “Ke sinilah wahai Alqamah.” Saya pun datang mendekatinya. ‘Utsman berkata kepada Abdullah, “Ketahuilah wahai Abu Abdul Rahman, kami akan menikahkanmu dengan seorang perempuan yang masih perawan. Semoga dia dapat mengembalikan semangat dan kekuatan darah mudamu kerana sesungguhnya semua itu dapat menyegarkan badan.” Abdullah berkata, “Jika kamu berkata seperti itu sesungguhnya saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa di antara kalian yang sudah mampu memberi nafkah (zahir dan batin), menikahlah. Sebab pernikahan dapat menjaga pandangan dan menjaga kemaluan. Siapa di antara kalian yang belum mampu, hendaklah dia berpuasa. Sesungguhnya puasa adalah perisai baginya (dari berbuat maksiat).”

٢٠٤٦ - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنِ الأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ قَالَ إِنِّي لأَمْشِي مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ بِمِنًى إِذْ لَقِيَهُ عُثْمَانُ فَاسْتَخْلَاهُ فَلَمَّا رَأَى عَبْدُ اللَّهِ أَنْ لَيْسَتْ لَهُ حَاجَةٌ قَالَ لِي تَعَالَ يَا عَلْقَمَةُ فَجِئْتُ فَقَالَ لَهُ عُثْمَانُ أَلَا نُزَوِّجُكَ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ بِجَارِيَةٍ بِكْرٍ لَعَلَّهُ يَرْجِعُ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ مَا كُنْتَ تَعْهَدُ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ لَئِنْ قُلْتَ ذَاكَ لَقَدْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ: «مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ فَلْيَتَزَوَّجْ فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ وَمَنْ لَمْ يَسْتَطِعْ مِنْكُمْ فَعَلَيْهِ بِالصَّوْمِ فَإِنَّهُ لَهُ وِجَاءٌ».

Bab Anjuran Memilih Pasangan Kerana Agamanya

Bāb Mā Yuʾmar bihi min Tazwīj Dhāt al-Dīn

باب مَا يُؤْمَرُ بِهِ مِنْ تَزْوِيجِ ذَاتِ الدِّينِ

2047 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada saya, beliau berkata, ‘Ubaydullah menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Sa‘id bin Abu Sa‘id menyampaikan kepada saya, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Perempuan dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kemuliaan keturunannya, kecantikannya, dan agamanya. Oleh kerana itu, pilihlah yang kuat agamanya maka kamu akan beruntung.”

٢٠٤٧ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى - يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ - حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «تُنْكَحُ النِّسَاءُ لأَرْبَعٍ لِمَالِهَا وَلِحَسَبِهَا وَلِجَمَالِهَا وَلِدِينِهَا فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ».

Bab Anjuran Menikahi Gadis Perawan

Bāb fī Tazwīj al-Abkār

باب فِي تَزْوِيجِ الأَبْكَارِ

2048 - Ahmad bin Hanbal menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Mu‘awiyah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-A‘masy mengkhabarkan kepada kami, daripada Salim bin Abu Ja’d, bahawa Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah ﷺ pernah bertanya kepadaku, “Apakah kamu sudah menikah?” Saya menjawab, “Sudah.” Baginda bertanya lagi, “Kamu menikahi seorang perawan atau seorang janda?” Saya menjawab, “Seorang janda.” Kemudian, baginda bersabda, “Jika kamu menikahi seorang perawan, kamu boleh bermain-main dengannya dan dia boleh bermain-main denganmu.”

٢٠٤٨ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ، حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ أَخْبَرَنَا الأَعْمَشُ عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الْجَعْدِ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ: قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «أَتَزَوَّجْتَ». قُلْتُ نَعَمْ. قَالَ: «بِكْرًا أَمْ ثَيِّبًا». فَقُلْتُ ثَيِّبًا. قَالَ: «أَفَلَا بِكْرٌ تُلَاعِبُهَا وَتُلَاعِبُكَ».

Bab Anjuran Untuk Tidak Menikahi Perempuan Mandul

Bāb al-Nahy ʿan Tazwīj Man Lam Yalid min al-Nisāʾ

باب النَّهْيِ عَنْ تَزْوِيجِ مَنْ لَمْ يَلِدْ مِنَ النِّسَاءِ

2049 - Abu Dawud: Husayn bin Hurayts al-Marwazi mengirimkan surat kepada saya, beliau berkata, al-Fadhl bin Musa menyampaikan kepada kami, daripada al-Husayn bin Waqid, daripada ‘Umarah bin Abu Hafshah, daripada Ikrimah, daripada Ibn Abbas, bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi ﷺ dan berkata, “Wahai Rasulullah, isteriku tidak menolak tangan siapa pun yang ingin memegangnya.” Baginda menjawab, “Ceraikanlah dia.” Lelaki itu berkata, “Saya takut saya akan merindukannya.” Kemudian, baginda bersabda, “Kalau begitu, tetaplah bersamanya.”

٢٠٤٩ - قَالَ أَبُو دَاوُدَ كَتَبَ إِلَىَّ حُسَيْنُ بْنُ حُرَيْثٍ الْمَرْوَزِي، حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى عَنِ الْحُسَيْنِ بْنِ وَاقِدٍ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ أَبِي حَفْصَةَ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ إِنَّ امْرَأَتِي لَا تَمْنَعُ يَدَ لَامِسٍ. قَالَ: «غَرِّبْهَا». قَالَ أَخَافُ أَنْ تَتْبَعَهَا نَفْسِي. قَالَ: «فَاسْتَمْتِعْ بِهَا».

2050 - Ahmad bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yazid bin Harun menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Mustalim bin Sa‘id, anak saudara perempuan Manshur bin Zazan mengkhabarkan kepada kami, daripada Manshur bin Zazan mengkhabarkan kepada kami, daripada Mu‘awiyah bin Qurrah, daripada Ma’qil bin Yasar, bahawa seorang lelaki datang menemui Nabi ﷺ, lalu menceritakan, “Saya bertemu dengan seorang perempuan yang mempunyai paras cantik dan keturunan yang bagus, tetapi dia tidak dapat melahirkan anak. Apakah saya patut menikahinya?” Baginda menjawab, “Tidak.” Pada hari berikutnya lelaki tersebut datang lagi dan menanyakan hal yang sama, baginda tetap melarangnya. Pada hari berikutnya lelaki itu menanyakan hal yang sama untuk ketiga kalinya, kemudian baginda bersabda, “Nikahilah perempuan yang penyayang dan boleh melahirkan. Sebab saya ingin berbangga dengan jumlah kalian.”

٢٠٥٠ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا مُسْتَلِمُ بْنُ سَعِيدِ ابْنُ أُخْتِ مَنْصُورِ بْنِ زَاذَانَ عَنْ مَنْصُورٍ - يَعْنِي ابْنَ زَاذَانَ - عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ قُرَّةَ عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَسَارٍ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - فَقَالَ إِنِّي أَصَبْتُ امْرَأَةً ذَاتَ حَسَبٍ وَجَمَالٍ وَإِنَّهَا لَا تَلِدُ أَفَأَتَزَوَّجُهَا قَالَ: «لَا». ثُمَّ أَتَاهُ الثَّانِيَةَ فَنَهَاهُ ثُمَّ أَتَاهُ الثَّالِثَةَ فَقَالَ: «تَزَوَّجُوا الْوَدُودَ الْوَلُودَ فَإِنِّي مُكَاثِرٌ بِكُمُ الأُمَمَ».

Sunan Abu Dawud