kitab peperangan akhir zaman

أول كِتابِ المَلَاحِمِ

Bab Hadis Berkaitan Satu Kurun Ialah 100 Tahun

Bāb Mā Yudhkar fī Qarn al-Mīʾah

باب مَا يُذْكَرُ فِي قَرْنِ الْمِائَةِ

4291 - Sulayman bin Dawud al-Mahri menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, beliau berkata, Sa‘id bin Abu Ayyub mengkhabarkan kepada saya, daripada Syarahil bin Yazid al-Ma’afiri, daripada Abu Alqamah, daripada Abu Hurayrah sebagaimana yang kuketahui, daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda, “Sesungguhnya Allah mengutus bagi umat ini seseorang yang akan memperbaharui agamanya setiap seratus tahun.” Komentar Abu Dawud: Hadis ini diriwayatkan oleh Abdul Rahman bin Syurayh al-Iskandarani. Dalam riwayatnya, sanad berhenti pada Syarahil.

٤٢٩١ - حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِي أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي أَيُّوبَ عَنْ شَرَاحِيلَ بْنِ يَزِيدَ الْمَعَافِرِي عَنْ أَبِي عَلْقَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فِيمَا أَعْلَمُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «إِنَّ اللَّهَ يَبْعَثُ لِهَذِهِ الأُمَّةِ عَلَى رَأْسِ كُلِّ مِائَةِ سَنَةٍ مَنْ يُجَدِّدُ لَهَا دِينَهَا». قَالَ أَبُو دَاوُدَ رَوَاهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ شُرَيْحٍ الإِسْكَنْدَرَانِي لَمْ يَجُزْ بِهِ شَرَاحِيلَ.

Bab Perang Akhir Zaman Rom

Bāb Mā Yudhkar min Malāḥim al-Rūm

باب مَا يُذْكَرُ مِنْ مَلَاحِمِ الرُّومِ

4292 - Al-Nufayli menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Isa bin Yunus menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Awza‘i menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hassan bin Athiyyah berkata, Makhul dan Ibn Abu Zakaria datang menemui Khalid bin Ma’dan. Saya juga pergi bersama mereka. Khalid menyampaikan kepada kami, daripada Jubayr bin Nufayr tentang gencatan senjata. Jubayr berkata, “Mari kita pergi menemui Dzu Mikhbar, salah seorang sahabat Nabi ﷺ.” Kami menemuinya, Jubayr lantas bertanya kepadanya tentang gencatan senjata. Dzu Mikhbar berkata, “Saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Kalian akan melakukan perjanjian damai dengan orang-orang Rom. Lalu kalian akan berperang bersama Rom melawan musuh (lain) yang berada di belakang kalian. Kalian akan menang, memperoleh harta rampasan, dan selamat. Setelah itu, kalian akan pulang hingga sampai di padang gembala Dzu Talul. Lalu seseorang dari kaum Nasrani mengangkat salib dan berkata, “Hidup salib.” Seorang lelaki dari kaum Muslimin marah dan menghancurkan salib tersebut. Sejak saat itu orang-orang Rom melanggar perjanjian damai, lalu mereka berkumpul untuk berperang.”

٤٢٩٢ - حَدَّثَنَا النُّفَيْلِي، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِي عَنْ حَسَّانَ بْنِ عَطِيَّةَ قَالَ مَالَ مَكْحُولٌ وَابْنُ أَبِي زَكَرِيَّا إِلَى خَالِدِ بْنِ مَعْدَانَ وَمِلْتُ مَعَهُمْ فَحَدَّثَنَا عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنِ الْهُدْنَةِ قَالَ: قَالَ جُبَيْرٌ انْطَلِقْ بِنَا إِلَى ذِي مِخْبَرٍ - رَجُلٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - - فَأَتَيْنَاهُ فَسَأَلَهُ جُبَيْرٌ عَنِ الْهُدْنَةِ فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ: «سَتُصَالِحُونَ الرُّومَ صُلْحًا آمِنًا فَتَغْزُونَ أَنْتُمْ وَهُمْ عَدُوًّا مِنْ وَرَائِكُمْ فَتُنْصَرُونَ وَتَغْنَمُونَ وَتَسْلَمُونَ ثُمَّ تَرْجِعُونَ حَتَّى تَنْزِلُوا بِمَرْجٍ ذِي تُلُولٍ فَيَرْفَعُ رَجُلٌ مِنْ أَهْلِ النَّصْرَانِيَّةِ الصَّلِيبَ فَيَقُولُ غَلَبَ الصَّلِيبُ فَيَغْضَبُ رَجُلٌ مِنَ الْمُسْلِمِينَ فَيَدُقُّهُ فَعِنْدَ ذَلِكَ تَغْدِرُ الرُّومُ وَتَجْمَعُ لِلْمَلْحَمَةِ».

4293 - Mu’ammal bin al-Fadhl al-Harrani menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Walid bin Muslim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu ‘Amr menyampaikan kepada kami, daripada Hassan bin Athiyyah dengan matan serupa hadis sebelumnya. Beliau menambahkan, “Kaum Muslimin mengambil senjata mereka dan berperang. Kemudian Allah memuliakan kaum Muslimin dengan memberikan kesyahidan kepada mereka.” Komentar Abu Dawud: Hanya saja, al-Walid menganggap riwayat ini dari Jubayr, daripada Dzu Mikhbar, daripada Nabi ﷺ. Hadis ini juga diriwayatkan oleh Rawh, Yahya bin Hamzah dan Bisyr bin Bakr, daripada al-Awza‘i sebagaimana yang diriwayatkan ‘Isa.

٤٢٩٣ - حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ الْفَضْلِ الْحَرَّانِي، حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ بْنُ مُسْلِمٍ، حَدَّثَنَا أَبُو عَمْرٍو عَنْ حَسَّانَ بْنِ عَطِيَّةَ بِهَذَا الْحَدِيثِ زَادَ فِيهِ: «وَيَثُورُ الْمُسْلِمُونَ إِلَى أَسْلِحَتِهِمْ فَيَقْتَتِلُونَ فَيُكْرِمُ اللَّهُ تِلْكَ الْعِصَابَةَ بِالشَّهَادَةِ». قَالَ أَبُو دَاوُدَ إِلاَّ أَنَّ الْوَلِيدَ جَعَلَ الْحَدِيثَ عَنْ جُبَيْرٍ عَنْ ذِي مِخْبَرٍ عَنِ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم-. قَالَ أَبُو دَاوُدَ وَرَوَاهُ رَوْحٌ وَيَحْيَى بْنُ حَمْزَةَ وَبِشْرُ بْنُ بَكْرٍ عَنِ الأَوْزَاعِي كَمَا قَالَ عِيسَى.

Bab Tanda-Tanda Peperangan Akhir Zaman

Bāb fī Amārāt al-Malāḥim

باب فِي أَمَارَاتِ الْمَلَاحِمِ

4294 - Abbas al-Anbari menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hasyim bin al-Qasim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Rahman bin Tsabit bin Tsawban menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada Makhul, daripada Jubayr bin Nufayr, daripada Malik bin Yukhamir, daripada Mu‘adz bin Jabal, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Ketika Baitul Maqdis telah dihuni banyak orang, itu adalah pertanda Yatsrib akan menjadi sepi ditinggal penghuninya. Ketika Yatsrib menjadi sepi, itu adalah pertanda akan terjadi peperangan. Terjadinya peperangan adalah pertanda akan terjadi penaklukan Konstantinopel. Penaklukan Konstantinopel adalah pertanda bahawa Dajal akan segera keluar.” Lalu baginda memukulkan tangannya ke paha atau bahu orang yang baginda ajak bicara. Baginda bersabda, “Ini adalah benar sebagaimana kamu benar-benar di sini,” merujuk kepada Mu‘adz bin Jabal.

٤٢٩٤ - حَدَّثَنَا عَبَّاسٌ الْعَنْبَرِي، حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ الْقَاسِمِ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ ثَابِتِ بْنِ ثَوْبَانَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ مَكْحُولٍ عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنْ مَالِكِ بْنِ يُخَامِرَ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ». ثُمَّ ضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَى فَخِذِ الَّذِي حَدَّثَ - أَوْ مَنْكِبِهِ - ثُمَّ قَالَ إِنَّ هَذَا لَحَقٌّ كَمَا أَنَّكَ هَا هُنَا أَوْ كَمَا أَنَّكَ قَاعِدٌ. يَعْنِي مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ.

Bab Peperangan yang Berangkaian

Bāb fī Tawātur al-Malāḥim

باب فِي تَوَاتُرِ الْمَلَاحِمِ

4295 - Abdullah bin Muhammad al-Nufayli menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Isa bin Yunus menyampaikan kepada kami, daripada Abu Bakar bin Abu Maryam, daripada al-Walid bin Sufyan al-Ghassani, daripada Yazid bin Qutayb al-Sakuni, daripada Abu Bahriyah, daripada Mu‘adz bin Jabal, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Perang besar, Penaklukan Konstantinopel, dan keluarnya Dajal akan terjadi dalam masa 7 bulan.”

٤٢٩٥ - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِي، حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَبِي مَرْيَمَ عَنِ الْوَلِيدِ بْنِ سُفْيَانَ الْغَسَّانِي عَنْ يَزِيدَ بْنِ قُتَيْبٍ السَّكُونِي عَنْ أَبِي بَحْرِيَّةَ عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «الْمَلْحَمَةُ الْكُبْرَى وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ وَخُرُوجُ الدَّجَّالِ فِي سَبْعَةِ أَشْهُرٍ».

Sunan Abu Dawud