kitab perubatan

أَوَّلُ كِتَابِ الطِّبِّ

Bab Keharusan Berubat

Bāb fī al-Rajul Yatadāwā

باب فِي الرَّجُلِ يَتَدَاوَى

3855 - Hafsh bin ‘Umar al-Namari menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Ziyad bin ‘Ilaqah, bahawa Usamah bin Syarik berkata, Saya menemui Nabi ﷺ. Saat itu para sahabat (di hadapan baginda duduk tenang) seolah-olah burung boleh bertenggek di atas kepala mereka. Saya mengucapkan salam lalu duduk. Kemudian, datang sekumpulan orang Arab Pedalaman dari daerah sekian. Mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, apakah kami (boleh) berubat?” Baginda menjawab, “Berubatlah, kerana sesungguhnya Allah Ta’ala tidak pernah menciptakan penyakit melainkan Dia juga menciptakan ubat untuknya. Kecuali untuk satu penyakit, iaitu tua.”

٣٨٥٥ - حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ النَّمَرِي، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ زِيَادِ بْنِ عِلَاقَةَ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ شَرِيكٍ قَالَ أَتَيْتُ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - وَأَصْحَابُهُ كَأَنَّمَا عَلَى رُءُوسِهِمُ الطَّيْرُ فَسَلَّمْتُ ثُمَّ قَعَدْتُ فَجَاءَ الأَعْرَابُ مِنْ هَا هُنَا وَهَا هُنَا فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَتَدَاوَى فَقَالَ: «تَدَاوَوْا فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَمْ يَضَعْ دَاءً إِلاَّ وَضَعَ لَهُ دَوَاءً غَيْرَ دَاءٍ وَاحِدٍ الْهَرَمُ».

Bab Menjaga Pemakanan

Bāb fī al-Ḥimyah

باب فِي الْحِمْيَةِ

3856 - Harun bin Abdullah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Dawud dan Abu Amir – lafaz milik Abu Amir – menyampaikan kepada kami, daripada Fulayh bin Sulayman, daripada Ayyub bin Abdul Rahman bin Sha’sha’ah al-Anshari, daripada Ya‘qub bin Abu Ya‘qub, bahawa Ummu al-Mundzir binti Qays al-Anshariyyah [al-‘Adawiyyah][111] berkata, Rasulullah ﷺ datang menemuiku bersama Ali yang baru saja sembuh dari sakit. Saat itu, kami memiliki setangkai kurma yang digantung. Rasulullah ﷺ bangkit dan memakannya. Ali pun bangkit dan hendak memakannya. Akan tetapi, Rasulullah ﷺ berkata kepada Ali, “Jangan. Kamu baru saja sembuh dari sakit.” Ali pun mengurungkan niatnya. Saya juga membuat adunan gandum dan sayur, lalu menyajikannya. Rasulullah berkata, “Wahai Ali, ambillah ini. Ini lebih bermanfaat bagimu.”

٣٨٥٦ - حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا أَبُو دَاوُدَ وَأَبُو عَامِرٍ - وَهَذَا لَفْظُ أَبِي عَامِرٍ - عَنْ فُلَيْحِ بْنِ سُلَيْمَانَ عَنْ أَيُّوبَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ صَعْصَعَةَ الأَنْصَارِي عَنْ يَعْقُوبَ بْنِ أَبِي يَعْقُوبَ عَنْ أُمِّ الْمُنْذِرِ بِنْتِ قَيْسٍ الأَنْصَارِيَّةِ قَالَتْ دَخَلَ عَلَىَّ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَمَعَهُ عَلِي عَلَيْهِ السَّلَامُ وَعَلِي نَاقِهٌ وَلَنَا دَوَالِي مُعَلَّقَةٌ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَأْكُلُ مِنْهَا وَقَامَ عَلِي لِيَأْكُلَ فَطَفِقَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ لِعَلِي: «مَهْ إِنَّكَ نَاقِهٌ». حَتَّى كَفَّ عَلِي عَلَيْهِ السَّلَامُ. قَالَتْ وَصَنَعْتُ شَعِيرًا وَسِلْقًا فَجِئْتُ بِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «يَا عَلِي أَصِبْ مِنْ هَذَا فَهُوَ أَنْفَعُ لَكَ». قَالَ أَبُو دَاوُدَ قَالَ هَارُونُ الْعَدَوِيَّةِ.

111

Tambahan riwayat Abu Dawud al-Thayalisi.

Bab Berkenan Bekam

Bāb fī al-Ḥijāmah

باب فِي الْحِجَامَةِ

3857 - Musa bin Isma‘il menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hammad menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika ada sesuatu yang baik dari perubatan yang kalian lakukan, maka ia adalah bekam.”

٣٨٥٧ - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «إِنْ كَانَ فِي شَيْءٍ مِمَّا تَدَاوَيْتُمْ بِهِ خَيْرٌ فَالْحِجَامَةُ».

3858 - Muhammad bin al-Wazir al-Dimasyqi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya bin Hassan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Rahman bin Abu al-Mawali menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Fa’id maula ‘Ubaydullah bin Ali bin Abu Rafi‘ menyampaikan kepada kami, daripada tuannya, ‘Ubaydullah bin Ali bin Abu Rafi‘, bahawa neneknya, Salma, seorang pembantu Rasulullah ﷺ, berkata, Tidaklah seseorang datang mengadu kepada Rasulullah ﷺ tentang sakit di kepalanya, kecuali baginda bersabda, “Berbekamlah.” Jika dia mengeluh sakit di kakinya, baginda bersabda, “Oleskan inai pada kakinya.”

٣٨٥٨ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْوَزِيرِ الدِّمَشْقِي، حَدَّثَنَا يَحْيَى - يَعْنِي ابْنَ حَسَّانَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ أَبِي الْمَوَالِي، حَدَّثَنَا فَائِدٌ مَوْلَى عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَلِي بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ مَوْلَاهُ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَلِي بْنِ أَبِي رَافِعٍ عَنْ جَدَّتِهِ سَلْمَى خَادِمِ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - قَالَتْ مَا كَانَ أَحَدٌ يَشْتَكِي إِلَى رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَجَعًا فِي رَأْسِهِ إِلاَّ قَالَ: «احْتَجِمْ». وَلَا وَجَعًا فِي رِجْلَيْهِ إِلاَّ قَالَ: «اخْضِبْهُمَا».

Bab Bahagian yang Dibekam

Bāb fī Mawḍiʿ al-Ḥijāmah

باب فِي مَوْضِعِ الْحِجَامَةِ

3859 - Abdul Rahman bin Ibrahim al-Dimasyqi dan Katsir bin ‘Ubayd menyampaikan kepada kami, mereka berkata, al-Walid menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Tsawban, daripada bapanya, daripada Abu Kabsyah al-Anmari. Katsir mengatakan, bahawa Abu Kabsyah menyampaikan kepadanya: Sesungguhnya Nabi ﷺ melakukan bekam pada bahagian kepala dan di antara kedua bahu baginda. Baginda bersabda, “Siapa yang telah mengalirkan darah seperti ini, dia tidak akan terkena mudarat (penyakit) meskipun tidak melakukan pengubatan (yang lain) untuk penyakit (yang lain).”

٣٨٥٩ - حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدِّمَشْقِي وَكَثِيرُ بْنُ عُبَيْدٍ قَالَا: حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنِ ابْنِ ثَوْبَانَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي كَبْشَةَ الأَنْمَارِي - قَالَ كَثِيرٌ إِنَّهُ حَدَّثَهُ - أَنَّ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - كَانَ يَحْتَجِمُ عَلَى هَامَتِهِ وَبَيْنَ كَتِفَيْهِ وَهُوَ يَقُولُ: «مَنْ أَهْرَاقَ مِنْ هَذِهِ الدِّمَاءِ فَلَا يَضُرُّهُ أَنْ لَا يَتَدَاوَى بِشَيْءٍ لِشَيْءٍ».

Sunan Abu Dawud