kitab solat bulan ramadhan
شهر رمضان
Bab Beribadah Pada Bulan Ramadhan
Bāb fī Qiyām Shahr Ramaḍān
باب فِي قِيَامِ شَهْرِ رَمَضَانَ.
1371 - al-Hasan bin ‘Ali dan Muhammad bin al-Mutawakkil menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ma‘mar –dalam riwayat al-Hasan: dan Malik bin Anas– mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Abu Salamah bahawa Abu Hurayrah berkata, Rasulullah ﷺ menganjurkan qiamullail pada bulan Ramadhan, tetapi baginda tidak pernah mewajibkannya. Baginda pernah bersabda, “Siapa yang melaksanakan qiamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan reda Allah, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” Saat Rasulullah ﷺ wafat begitulah hukum qiamullail (pada bulan Ramadhan). Demikian pula pada masa pemerintahan Abu Bakar dan awal pemerintahan ‘Umar. Komentar Abu Dawud: Demikianlah Uqayl, Yunus dan Abu Yunus meriwayatkannya (dengan lafaz), “Siapa yang melaksanakan qiamullail pada bulan Ramadhan.” Sementara Uqayl juga meriwayatkan (dengan lafaz), “Siapa yang berpuasa dan melaksanakan qiamullail pada bulan Ramadhan.”
١٣٧١ - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِي وَمُحَمَّدُ بْنُ الْمُتَوَكِّلِ، قَالَا: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ - قَالَ الْحَسَنُ فِي حَدِيثِهِ وَمَالِكُ بْنُ أَنَسٍ - ، عَن الزُّهْرِيِّ، عَن أَبِي سَلَمَةَ، عَن أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يُرَغِّبُ فِي قِيَامِ رَمَضَانَ مِنْ غَيْرِ أَنْ يَأْمُرَهُمْ بِعَزِيمَةٍ ثُمَّ يَقُولُ: «مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ». فَتُوُفِّي رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَالأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ ثُمَّ كَانَ الأَمْرُ عَلَى ذَلِكَ فِي خِلاَفَةِ أَبِي بَكْرٍ - رضى الله عنه - وَصَدْرًا مِنْ خِلاَفَةِ عُمَرَ رضى الله عنه. قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَكَذَا رَوَاهُ عُقَيْلٌ وَيُونُسُ وَأَبُو أُوَيْسٍ: «مَنْ قَامَ رَمَضَانَ». وَرَوَى عُقَيْلٌ: «مَنْ صَامَ رَمَضَانَ وَقَامَهُ».
1372 - Makhlad bin Khalid dan Ibn Abu Khalaf menyampaikan hadis yang semakna kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah, beliau mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Siapa yang puasa pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan reda Allah, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni. Siapa yang melaksanakan qiamullail pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan hanya mengharapkan reda Allah, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.” Komentar Abu Dawud: Demikianlah Yahya bin Abu Katsir dan Muhammad bin ‘Amr riwayatkan daripada Abu Salamah.
١٣٧٢ - حَدَّثَنَا مَخْلَدُ بْنُ خَالِدٍ وَابْنُ أَبِي خَلَفٍ - الْمَعْنَى - ، قَالَا: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَن الزُّهْرِيِّ، عَن أَبِي سَلَمَةَ، عَن أَبِي هُرَيْرَةَ يَبْلُغُ بِهِ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم-: «مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ». قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَكَذَا رَوَاهُ يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ، عَن أَبِي سَلَمَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو، عَن أَبِي سَلَمَةَ.
1373 - al-Qa‘nabi menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Ibn Syihab, daripada ‘Urwah bin al-Zubayr, daripada ‘A’isyah, isteri Nabi ﷺ, bahawa Nabi ﷺ melaksanakan solat (qiamullail) di masjid. Para sahabat pun turut melaksanakan solat. Kemudian baginda melaksanakan solat pada malam berikutnya dan para sahabat bertambah banyak. Kemudian mereka berkumpul pada malam ketiganya, namun Rasulullah ﷺ tidak keluar menemui mereka. Keesokan harinya, baginda bersabda, “Sungguh, saya tahu apa yang kalian lakukan. Tidak ada yang menghalangiku keluar menemui kalian, melainkan kerana saya khuatir solat qiamullail itu akan diwajibkan untuk kalian.” Itu terjadi pada bulan Ramadhan.
١٣٧٣ - حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ، عَن مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ، عَن ابْنِ شِهَابٍ، عَن عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ، عَن عَائِشَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - أَنَّ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - صَلَّى فِي الْمَسْجِدِ فَصَلَّى بِصَلاَتِهِ نَاسٌ ثُمَّ صَلَّى مِنَ الْقَابِلَةِ فَكَثُرَ النَّاسُ ثُمَّ اجْتَمَعُوا مِنَ اللَّيْلَةِ الثَّالِثَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ إِلَيْهِمْ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَلَمَّا أَصْبَحَ قَالَ: «قَدْ رَأَيْتُ الَّذِي صَنَعْتُمْ فَلَمْ يَمْنَعْنِي مِنَ الْخُرُوجِ إِلَيْكُمْ إِلاَّ أَنِّي خَشِيتُ أَنْ يُفْرَضَ عَلَيْكُمْ». وَذَلِكَ فِي رَمَضَانَ.
1374 - Hannad bin al-Sari menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdah menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin ‘Amr, daripada Muhammad bin Ibrahim, daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman bahawa ‘A’isyah berkata, Pada bulan Ramadhan, para sahabat melaksanakan qiamullail di masjid dengan sendiri-sendiri (tidak berjemaah). Lalu Rasulullah ﷺ memerintahkan kepada saya (untuk menghamparkan tikar), saya pun menghamparkan tikar untuk baginda dan baginda melaksanakan solat di atasnya....” seperti kisah dalam hadis sebelumnya. ‘A’isyah melanjutkan: Nabi ﷺ bersabda, “Wahai sekalian manusia, demi Allah, malam ini saya tidak tertidur, alhamdulillah. Saya pun tahu apa yang kalian lakukan.”
١٣٧٤ - حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، حَدَّثَنَا عَبْدَةُ، عَن مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو، عَن مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَن أَبِي سَلَمَةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَن عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ النَّاسُ يُصَلُّونَ فِي الْمَسْجِدِ فِي رَمَضَانَ أَوْزَاعًا فَأَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَضَرَبْتُ لَهُ حَصِيرًا فَصَلَّى عَلَيْهِ بِهَذِهِ الْقِصَّةِ قَالَتْ فِيهِ قَالَ - تَعْنِي النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - - : «أَيُّهَا النَّاسُ أَمَا وَاللَّهِ مَا بِتُّ لَيْلَتِي هَذِهِ بِحَمْدِ اللَّهِ غَافِلاً وَلاَ خَفِي عَلَيَّ مَكَانُكُمْ».
1375 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yazid bin Zuray‘ menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Dawud bin Abu Hindun mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Walid bin Abdul Rahman, daripada Jubayr bin Nufayr bahawa Abu Dzar berkata, Kami berpuasa bersama Rasulullah ﷺ pada bulan Ramadhan. Baginda tidak pernah melaksanakan qiamullail bersama kami sampai (bulan Ramadhan) berbaki tujuh hari. Lalu baginda melaksanakan solat bersama kami hingga sepertiga malam berlalu. Tatkala hari keenam (terakhir Ramadhan), baginda tidak melaksanakan solat qiamullail bersama kami. Kemudian pada hari kelima, baginda solat bersama kami hingga setengah malam berlalu. Saya berkata, “Wahai Rasulullah, kalau sekiranya kamu solat malam bersama kami malam ini.” Baginda bersabda, “Sungguh, apabila seseorang telah melaksanakan solat malam secara berjemaah bersama imam hingga selesai, beliau akan dicatat telah melaksanakan solat sepanjang malam.” Pada malam keempat, baginda tidak melakukan qiamullail (bersama kami). Pada malam ketiga, baginda mengumpulkan keluarga baginda, isteri baginda, dan para sahabat lalu baginda melaksanakan mula bersama kami hingga kami khuatir tidak mampu mendapatkan falah.” Jubayr bertanya, “Apa itu falah?” Abu Dzar menjawab, “Makan sahur.” Abu Dzar melanjutkan, “Kemudian pada malam-malam berikutnya baginda tidak melakukan qiamullail bersama kami.”
١٣٧٥ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، أَخْبَرَنَا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدٍ، عَن الْوَلِيدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَن جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ، عَن أَبِي ذَرٍّ قَالَ صُمْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - رَمَضَانَ فَلَمْ يَقُمْ بِنَا شَيْئًا مِنَ الشَّهْرِ حَتَّى بَقِي سَبْعٌ فَقَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ فَلَمَّا كَانَتِ السَّادِسَةُ لَمْ يَقُمْ بِنَا فَلَمَّا كَانَتِ الْخَامِسَةُ قَامَ بِنَا حَتَّى ذَهَبَ شَطْرُ اللَّيْلِ فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْ نَفَّلْتَنَا قِيَامَ هَذِهِ اللَّيْلَةِ. قَالَ فَقَالَ: «إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا صَلَّى مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ حُسِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ». قَالَ فَلَمَّا كَانَتِ الرَّابِعَةُ لَمْ يَقُمْ فَلَمَّا كَانَتِ الثَّالِثَةُ جَمَعَ أَهْلَهُ وَنِسَاءَهُ وَالنَّاسَ فَقَامَ بِنَا حَتَّى خَشِينَا أَنْ يَفُوتَنَا الْفَلاَحُ. قَالَ قُلْتُ: مَا الْفَلاَحُ قَالَ السُّحُورُ ثُمَّ لَمْ يَقُمْ بِنَا بَقِيَّةَ الشَّهْرِ.