kitab solat istisqa’

الإستسقاء

Bab

Bāb Yuṣallī bi al-Nās al-ʿĪd fī al-Masjid Idhā Kāna Yawm Maṭar

باب

1161 - Ahmad bin Muhammad bin Tsabit al-Marwazi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada bapa saudaranya bahawa Rasulullah ﷺ keluar bersama para sahabat untuk meminta hujan dengan melaksanakan solat Istisqa’ dua rakaat. Pembacaan surah di dua rakaat itu dinyaringkan. Baginda mengubah posisi selendang dan mengangkat kedua-dua tangannya untuk berdoa meminta hujan dengan posisi menghadap kiblat.

١١٦١ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ ثَابِتٍ الْمَرْوَزِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَن الزُّهْرِيِّ، عَن عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، عَن عَمِّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - خَرَجَ بِالنَّاسِ لِيَسْتَسْقِي فَصَلَّى بِهِمْ رَكْعَتَيْنِ جَهَرَ بِالْقِرَاءَةِ فِيهِمَا وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ وَرَفَعَ يَدَيْهِ فَدَعَا وَاسْتَسْقَى وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ.

1162 - Ibn al-Sarh dan Sulayman bin Dawud menyampaikan kepada kami, mereka berkata, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, Ibn Abu Dzi’b dan Yunus mengkhabarkan kepada saya, daripada Ibn Syihab dari ‘Abbad bin Tamim al-Mazini, beliau mendengar daripada bapa saudaranya –seorang sahabat Rasulullah ﷺ– bahawa suatu hari Rasulullah ﷺ keluar untuk melaksanakan solat Istisqa’. Baginda menghadapkan belakangnya ke arah para sahabat kemudian berdoa kepada Allah . Sulayman bin Dawud berkata, “Baginda menghadap kiblat, mengubah posisi selendang, lalu melaksanakan solat dua rakaat.” Ibn Abu Dzi’b berkata, “Baginda membaca (surah) di dua rakaat tersebut.” Ibn al-Sarh menambahkan, “Maksudnya membaca dengan nyaring.”

١١٦٢ - حَدَّثَنَا ابْنُ السَّرْحِ وَسُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ، قَالَا: أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ وَيُونُسُ، عَن ابْنِ شِهَابٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَبَّادُ بْنُ تَمِيمٍ الْمَازِنِيُّ أَنَّهُ سَمِعَ عَمَّهُ - وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَقُولُ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - يَوْمًا يَسْتَسْقِي فَحَوَّلَ إِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ يَدْعُو اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ - قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ وَاسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ - قَالَ ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ - وَقَرَأَ فِيهِمَا زَادَ ابْنُ السَّرْحِ يُرِيدُ الْجَهْرَ.

1163 - Muhammad bin ‘Awf menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya membaca dalam kitab ‘Amr bin al-Harits al-Himshi, daripada Abdullah bin Salim, daripada al-Zubaydi, daripada Muhammad bin Muslim dengan matan serupa hadis sebelumnya. Sanadnya pun sama –tetapi tidak disebutkan perihal solat– bahawa Rasulullah ﷺ mengubah posisi selendang, meletakkan bahagian kanan selendang di bahu kiri, dan meletakkan bahagian kiri selendang di bahu kanan, lalu baginda berdoa memohon kepada Allah .

١١٦٣ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَوْفٍ قَالَ قَرَأْتُ فِي كِتَابِ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ - يَعْنِي الْحِمْصِيَّ - ، عَن عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَالِمٍ، عَن الزُّبَيْدِيِّ، عَن مُحَمَّدِ بْنِ مُسْلِمٍ بِهَذَا الْحَدِيثِ بِإِسْنَادِهِ لَمْ يَذْكُرِ الصَّلاَةَ قَالَ وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ فَجَعَلَ عِطَافَهُ الأَيْمَنَ عَلَى عَاتِقِهِ الأَيْسَرِ وَجَعَلَ عِطَافَهُ الأَيْسَرَ عَلَى عَاتِقِهِ الأَيْمَنِ ثُمَّ دَعَا اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ.

1164 - Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Aziz menyampaikan kepada kami, daripada ‘Umarah bin Ghaziyyah, daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada Abdullah bin Zayd bahawa Rasulullah ﷺ melakukan solat istisqa’ dengan mengenakan pakaian dari wol berwarna hitam. Rasulullah ﷺ berusaha mengubah posisi pakaian, bahagian atas diubah menjadi bahagian bawah, tetapi kerana kesulitan, baginda memindah bahagian pakaian yang berada di bahu kanan ke bahu kiri dan sebaliknya.

١١٦٤ - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ، عَن عُمَارَةَ بْنِ غَزِيَّةَ، عَن عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدٍ قَالَ اسْتَسْقَى رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - وَعَلَيْهِ خَمِيصَةٌ لَهُ سَوْدَاءُ فَأَرَادَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - أَنْ يَأْخُذَ بِأَسْفَلِهَا فَيَجْعَلَهُ أَعْلاَهَا فَلَمَّا ثَقُلَتْ قَلَبَهَا عَلَى عَاتِقِهِ.

1165 - al-Nufayli dan ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hatim bin Isma‘il menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hisyam bin Ishaq bin Abdullah bin Kinanah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Bapa saya mengkhabarkan kepada saya, beliau berkata, Saya diutus oleh al-Walid bin Utbah, Amir kota Madinah –menurut ‘Utsman al-Walid bin Uqbah– untuk menemui Ibn ‘Abbas dan menanyakan tentang solat Istisqa yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ. Ibn ‘Abbas menjawab, “Ketika hendak melaksanakan solat, Rasulullah ﷺ keluar menuju tempat solat dengan memakai pakaian sederhana, bersikap tawadhu dan penuh ketundukan. Hingga baginda datang ke masjid.” ‘Utsman menambahkan, “Baginda naik ke atas mimbar.” Kemudian al-Nufayli dan ‘Utsman sepakat (pada lafaz), “Lalu baginda tidak berkhutbah seperti khutbah kalian ini, tetapi baginda berdoa dengan penuh tawadhu’ dan senantiasa mengagungkan Allah. Kemudian baginda melaksanakan solat dua rakaat seperti yang baginda laksanakan di hari raya.” Komentar Abu Dawud: An-Nufayli yang menggunakan lafaz Akhbarana dalam periwayatan (bukan ‘Utsman). Dan nama yang benar adalah al-Walid bin Utbah.”

١١٦٥ - حَدَّثَنَا النُّفَيْلِيُّ وَعُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ نَحْوَهُ، قَالَا: حَدَّثَنَا حَاتِمُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ إِسْحَاقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كِنَانَةَ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبِي قَالَ أَرْسَلَنِي الْوَلِيدُ بْنُ عُتْبَةَ - قَالَ عُثْمَانُ ابْنُ عُقْبَةَ وَكَانَ أَمِيرَ الْمَدِينَةِ - إِلَى ابْنِ عَبَّاسٍ أَسْأَلُهُ، عَن صَلاَةِ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فِي الاِسْتِسْقَاءِ فَقَالَ خَرَجَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مُتَبَذِّلاً مُتَوَاضِعًا مُتَضَرِّعًا حَتَّى أَتَى الْمُصَلَّى - زَادَ عُثْمَانُ فَرَقِي عَلَى الْمِنْبَرِ ثُمَّ اتَّفَقَا - وَلَمْ يَخْطُبْ خُطَبَكُمْ هَذِهِ وَلَكِنْ لَمْ يَزَلْ فِي الدُّعَاءِ وَالتَّضَرُّعِ وَالتَّكْبِيرِ ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَمَا يُصَلِّي فِي الْعِيدِ. قَالَ أَبُو دَاوُدَ: وَالإِخْبَارُ لِلنُّفَيْلِيِّ وَالصَّوَابُ ابْنُ عُتْبَةَ.

Sunan Abu Dawud
      Kitab Solat Istisqa’ | Sunan Abu Dawud