kitab solat sunah

التطوع

Bab Solat Sunah Rawatib Dan Jumlah Rakaatnya

Bāb al-Taṭawwuʿ wa Rakaʿāt al-Sunnah

باب التَّطَوُّعِ وَرَكَعَاتِ السُّنَّةِ.

1250 - Muhammad bin Isa menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Ulayyah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Dawud bin Abu Hind menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Nu‘man bin Salim menyampaikan kepada saya, daripada ‘Amr bin Aws, daripada ‘Anbasah bin Abu Sufyan, daripada Ummu Habibah bawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Siapa yang melaksanakan solat sunah setiap hari sebanyak dua belas rakaat, akan dibangunkan untuknya sebuah rumah di syurga (sebagai balasan) untuk rakaat-rakaat tersebut.”

١٢٥٠ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ، حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدٍ، حَدَّثَنِي النُّعْمَانُ بْنُ سَالِمٍ، عَن عَمْرِو بْنِ أَوْسٍ، عَن، عَنبَسَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ، عَن أُمِّ حَبِيبَةَ قَالَتْ قَالَ النَّبِيُّ - صلى الله عليه وسلم-: «مَنْ صَلَّى فِي يَوْمٍ ثِنْتَىْ عَشْرَةَ رَكْعَةً تَطَوُّعًا بُنِي لَهُ بِهِنَّ بَيْتٌ فِي الْجَنَّةِ».

1251 - Ahmad bin Hanbal menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Husyaym menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Khalid mengkhabarkan kepada kami; dalam sanad lain, Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yazid bin Zuray’ menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Khalid menyampaikan kepada kami dengan makna yang sama (namun lafaznya berbeza), bahawa Abdullah bin Syaqiq berkata, Saya bertanya kepada ‘A’isyah tentang solat sunah Rasulullah ﷺ, beliau menjawab, “Baginda melaksanakan solat sunah empat rakaat sebelum solat Zuhur di rumahku, kemudian keluar dan melaksanakan solat bersama para sahabat di masjid, lalu pulang ke rumahku untuk melaksanakan solat sunah dua rakaat. Baginda melaksanakan solat Maghrib bersama para sahabat, kemudian pulang ke rumahku lalu solat sunah dua rakaat. Baginda melaksanakan solat Isyak bersama para sahabat, kemudian baginda pulang ke rumah lalu solat sunat dua rakaat. Baginda melaksanakan solat malam sembilan rakaat, termasuk di dalamnya solat Witir. Kadang baginda melaksanakan solat malam yang panjang dengan berdiri, kadang dengan duduk. Apabila baginda membaca bacaan al-Quran dalam keadaan berdiri, baginda melakukan rukuk dan sujud juga dalam keadaan berdiri. Apabila baginda membaca bacaan al-Quran dalam keadaan duduk, baginda melakukan rukuk dan sujud juga dalam keadaan duduk. Apabila fajar sudah terbit, baginda melaksanakan solat sunah dua rakaat, kemudian keluar (menuju masjid) untuk melaksanakan solat Subuh bersama para sahabat.”

١٢٥١ - أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ، حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ، أَخْبَرَنَا خَالِدٌ ح وَحَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ - الْمَعْنَى - ، عَن عَبْدِ اللَّهِ بْنِ شَقِيقٍ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ، عَن صَلاَةِ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - مِنَ التَّطَوُّعِ فَقَالَتْ كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ الظُّهْرِ أَرْبَعًا فِي بَيْتِي ثُمَّ يَخْرُجُ فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى بَيْتِي فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ الْمَغْرِبَ ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى بَيْتِي فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ يُصَلِّي بِهِمُ الْعِشَاءَ ثُمَّ يَدْخُلُ بَيْتِي فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ تِسْعَ رَكَعَاتٍ فِيهِنَّ الْوِتْرُ وَكَانَ يُصَلِّي لَيْلاً طَوِيلاً قَائِمًا وَلَيْلاً طَوِيلاً جَالِسًا فَإِذَا قَرَأَ وَهُوَ قَائِمٌ رَكَعَ وَسَجَدَ وَهُوَ قَائِمٌ وَإِذَا قَرَأَ وَهُوَ قَاعِدٌ رَكَعَ وَسَجَدَ وَهُوَ قَاعِدٌ وَكَانَ إِذَا طَلَعَ الْفَجْرُ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَخْرُجُ فَيُصَلِّي بِالنَّاسِ صَلاَةَ الْفَجْرِ - صلى الله عليه وسلم-.

1252 - al-Qa‘nabi menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Nafi‘, daripada Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah ﷺ melaksanakan solat sunah dua rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat setelahnya, dua rakaat setelah solat Maghrib di rumah baginda, dan dua rakaat setelah solat Isyak. Baginda tidak melaksanakan solat (sunah) setelah solat Jumaat, baginda pulang (terlebih dahulu) baru melaksanakan solat dua rakaat (di rumah baginda).

١٢٥٢ - حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ، عَن مَالِكٍ، عَن نَافِعٍ، عَن عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ يُصَلِّي قَبْلَ الظُّهْرِ رَكْعَتَيْنِ وَبَعْدَهَا رَكْعَتَيْنِ - وَبَعْدَ الْمَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ - فِي بَيْتِهِ وَبَعْدَ صَلاَةِ الْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ لَا يُصَلِّي بَعْدَ الْجُمُعَةِ حَتَّى يَنْصَرِفَ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ.

1253 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya bin Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Ibrahim bin Muhammad bin al-Muntasyir, daripada bapanya, daripada ‘A’isyah bahawa Rasulullah ﷺ tidak pernah meninggalkan solat sunah empat rakaat sebelum solat Zuhur dan dua rakaat sebelum solat Subuh.

١٢٥٣ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَن شُعْبَةَ، عَن إِبْرَاهِيمَ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْمُنْتَشِرِ، عَن أَبِيهِ، عَن عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ - صلى الله عليه وسلم - كَانَ لَا يَدَعُ أَرْبَعًا قَبْلَ الظُّهْرِ وَرَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الْغَدَاةِ.

Bab Solat Sunah Dua Rakaat Sebelum Subuh

Bāb Rakʿatay al-Fajr

باب رَكْعَتَىِ الْفَجْرِ.

1254 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Jurayj, ‘Atha’ menyampaikan kepada saya, daripada ‘Ubayd bin ‘Umayr bahawa ‘A’isyah berkata, “Sungguh, tidak ada solat sunah yang Rasulullah ﷺ paling istiqamah melaksanakannya melebihi solat sunah dua rakaat sebelum solat Subuh.”

١٢٥٤ - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَن ابْنِ جُرَيْجٍ، حَدَّثَنِي عَطَاءٌ، عَن عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ، عَن عَائِشَةَ - رضى الله عنها - قَالَتْ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - لَمْ يَكُنْ عَلَى شَيْءٍ مِنَ النَّوَافِلِ أَشَدَّ مُعَاهَدَةً مِنْهُ عَلَى الرَّكْعَتَيْنِ قَبْلَ الصُّبْحِ.

Sunan Abu Dawud