kitab sujud tilawah

باب تَفْرِيعِ أَبْوَابِ السُّجُودِ

Bab Jumlah Ayat Sujud Tilawah

Bāb fī ʿAdad al-Āy

باب تَفْرِيعِ أَبْوَابِ السُّجُودِ

1401 - Muhammad bin Abdul Rahim bin al-Barqi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Abu Maryam menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Nafi‘ bin Yazid mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Harits bin Sa‘id al-Utaqi, daripada Abdullah bin Munayn orang bani Abd Kulal, daripada ‘Amr bin al-Ash bahawa Nabi ﷺ membacakan kepadanya 15 ayat sajdah (sujud tilawah) dalam al-Quran, di antaranya tiga ayat dalam surah-surah pendek dan dalam surah al-Hajj terdapat dua ayat sajdah. Komentar Abu Dawud: Diriwayatkan daripada Abu al-Darda’, daripada Nabi ﷺ, bahawa jumlahnya 11 - Namun sanad hadis ini lemah.

١٤٠١ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحِيمِ بْنِ الْبَرْقِيِّ، حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ،، أَخْبَرَنَا نَافِعُ بْنُ يَزِيدَ، عَن الْحَارِثِ بْنِ سَعِيدٍ الْعُتَقِيِّ، عَن عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مُنَيْنٍ، - مِنْ بَنِي عَبْدِ كُلاَلٍ - ، عَن عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَقْرَأَهُ خَمْسَ عَشْرَةَ سَجْدَةً فِي الْقُرْآنِ مِنْهَا ثَلاَثٌ فِي الْمُفَصَّلِ وَفِي سُورَةِ الْحَجِّ سَجْدَتَانِ ‏.‏ قَالَ أَبُو دَاوُدَ: رُوِيَ، عَن أَبِي الدَّرْدَاءِ، عَن النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم إِحْدَى عَشْرَةَ سَجْدَةً وَإِسْنَادُهُ وَاهٍ ‏.‏

1402 - Ahmad bin ‘Amr bin al-Sarh menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, Ibn Lahi’ah mengkhabarkan kepada saya, bahawa Misyrah bin Ha’an Abu al-Mush‘ab menyampaikan kepadanya, bahawa Uqbah bin Amir berkata kepada Rasulullah ﷺ, “Wahai Rasulullah, apakah dalam surah al-Hajj terdapat dua ayat sajdah?” Baginda menjawab, “Benar. Siapa yang tidak sujud ketika membaca dua ayat itu, janganlah dia membaca kedua-duanya (di dalam solat agar beliau tidak perlu sujud).”

١٤٠٢ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عَمْرِو بْنِ السَّرْحِ،، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، أَخْبَرَنِي ابْنُ لَهِيعَةَ، أَنَّ مِشْرَحَ بْنَ هَاعَانَ أَبَا الْمُصْعَبِ، حَدَّثَهُ أَنَّ عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ حَدَّثَهُ قَالَ قُلْتُ: لِرَسُولِ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم أَفِي سُورَةِ الْحَجِّ سَجْدَتَانِ قَالَ ‏ "‏ نَعَمْ وَمَنْ لَمْ يَسْجُدْهُمَا فَلاَ يَقْرَأْهُمَا ‏"‏ ‏.‏

Bab Pendapat Tidak Ada Ayat Sajdah Dalam Surah-Surah Pendek

Bāb Man Lam Yara al-Sujūd fī al-Mufaṣṣal

باب مَنْ لَمْ يَرَ السُّجُودَ فِي الْمُفَصَّلِ

1403 - Muhammad bin Rafi‘ menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Azhar bin al-Qasim –Muhammad mengatakan bahawa beliau melihatnya di Mekah– menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Qudamah menyampaikan kepada kami, daripada Mathar al-Warraq, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas bahawa Rasulullah ﷺ tidak pernah melakukan sujud tilawah ketika membaca surah-surah pendek sejak baginda pindah ke Madinah.

١٤٠٣ - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ، حَدَّثَنَا أَزْهَرُ بْنُ الْقَاسِمِ، - قَالَ مُحَمَّدٌ رَأَيْتُهُ بِمَكَّةَ - ، حَدَّثَنَا أَبُو قُدَامَةَ، عَن مَطَرٍ الْوَرَّاقِ، عَن عِكْرِمَةَ، عَن ابْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لَمْ يَسْجُدْ فِي شَيْءٍ مِنَ الْمُفَصَّلِ مُنْذُ تَحَوَّلَ إِلَى الْمَدِينَةِ ‏‏

1404 - Hannad bin al-Sari menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Abu Dzi’b, daripada Yazid bin Abdullah bin Qusaith, daripada ‘Atha’ bin Yasar bahawa Zayd bin Tsabit berkata, “Saya membacakan surah al-Najm kepada Rasulullah ﷺ, tetapi baginda tidak melakukan sujud tilawah saat pembacaan surah tersebut.”

١٤٠٤ - حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ، حَدَّثَنَا وَكِيعٌ، عَن ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ، عَن يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ قُسَيْطٍ، عَن عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَن زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ قَرَأْتُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - النَّجْمَ فَلَمْ يَسْجُدْ فِيهَا.

1405 - Ibn al-Sahr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Wahb mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, Abu Shakhr menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Qusaith, daripada Kharijah bin Zayd bin Tsabit, daripada bapanya, daripada Nabi ﷺ dengan matan yang sama sebelumnya. Komentar Abu Dawud: Ketika itu Zayd menjadi imam solat dan beliau tidak melakukan sujud tilawah.

١٤٠٥ - حَدَّثَنَا ابْنُ السَّرْحِ، أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ، حَدَّثَنَا أَبُو صَخْرٍ، عَن ابْنِ قُسَيْطٍ، عَن خَارِجَةَ بْنِ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ، عَن أَبِيهِ، عَن النَّبِيِّ - صلى الله عليه وسلم - بِمَعْنَاهُ. قَالَ أَبُو دَاوُدَ: كَانَ زَيْدٌ الإِمَامَ فَلَمْ يَسْجُدْ فِيهَا.

Sunan Abu Dawud