kitab talak
أوَّلُ كِتَابِ الطَّلَاقِ
Bab Orang yang Memisahkan Perempuan dengan Suaminya
Bāb fī Man Khabbaba Imraʾah ʿalā Zawjihā
باب فِيمَنْ خَبَّبَ امْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا
2175 - Al-Hasan bin Ali menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Zayd bin al-Hubab menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ammar bin Ruzayq menyampaikan kepada kami, daripada Abdullah bin ‘Isa, daripada Ikrimah, daripada Yahya bin Ya’mur, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah bersabda, “Tidak termasuk golongan kami orang yang menghasuti seorang perempuan menentang suaminya atau hamba dengan tuannya.”
٢١٧٥ - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِي، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ، حَدَّثَنَا عَمَّارُ بْنُ رُزَيْقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عِيسَى عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ يَحْيَى بْنِ يَعْمُرَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «لَيْسَ مِنَّا مَنْ خَبَّبَ امْرَأَةً عَلَى زَوْجِهَا أَوْ عَبْدًا عَلَى سَيِّدِهِ».
Bab Perempuan yang Meminta Suaminya Menceraikan Isterinya yang Lain
Bāb fī al-Marʾah Tasʾal Zawjahā Ṭalāq Imraʾah lahu
باب فِي الْمَرْأَةِ تَسْأَلُ زَوْجَهَا طَلَاقَ امْرَأَةٍ لَهُ
2176 - Al-Qa‘nabi menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Janganlah seorang perempuan meminta untuk ditalakkan saudarinya (isteri suaminya yang lain) agar dia menjadi isteri satu-satunya bagi suaminya, dan agar hubungannya kekal dengan suaminya. Sesungguhnya dia akan mendapatkan apa yang telah ditakdirkan untuknya.”
٢١٧٦ - حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِي عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنِ الأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «لَا تَسْأَلِ الْمَرْأَةُ طَلَاقَ أُخْتِهَا لِتَسْتَفْرِغَ صَحْفَتَهَا وَلْتَنْكِحْ فَإِنَّمَا لَهَا مَا قُدِّرَ لَهَا».
Bab Makruhnya Talak
Bāb fī Karāhiyat al-Ṭalāq
باب فِي كَرَاهِيَةِ الطَّلَاقِ
2177 - Ahmad bin Yunus menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Mu‘arrif menyampaikan kepada kami, daripada Muharib, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah tidak menghalalkan sesuatu yang lebih Dia murka daripada talak.”
٢١٧٧ - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا مُعَرِّفٌ عَنْ مُحَارِبٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «مَا أَحَلَّ اللَّهُ شَيْئًا أَبْغَضَ إِلَيْهِ مِنَ الطَّلَاقِ».
2178 - Katsir bin ‘Ubayd menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Khalid menyampaikan kepada kami, daripada Mu’arrif bin Washil, daripada Muharib bin Ditsar, daripada Ibn ‘Umar, bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Perkara halal yang paling dimurkai Allah adalah talak.”
٢١٧٨ - حَدَّثَنَا كَثِيرُ بْنُ عُبَيْدٍ، حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ خَالِدٍ عَنْ مُعَرِّفِ بْنِ وَاصِلٍ عَنْ مُحَارِبِ بْنِ دِثَارٍ عَنِ ابْنِ عُمَرَ عَنِ النَّبِي - صلى الله عليه وسلم - قَالَ: «أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللَّهِ تَعَالَى الطَّلَاقُ».
Bab Melakukan Talaq Secara Sunnah
Bāb fī Ṭalāq al-Sunnah
باب فِي طَلَاقِ السُّنَّةِ
2179 - Al-Qa‘nabi menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Nafi‘, bahawa Abdullah bin ‘Umar menceraikan isterinya ketika dia haid pada zaman Rasulullah ﷺ. ‘Umar bin Khaththab menanyakan hal itu kepada Rasulullah ﷺ, maka baginda menjawab, “Perintahkan dia untuk merujuk isterinya dan tunggu sampai dia suci, lalu haid dan suci kembali. Setelah itu, jika mahu maka dia boleh menahannya; atau jika dia tetap ingin menceraikan isterinya maka dia boleh meceraikan sebelum mencampurinya. Itu adalah ketentuan waktu idah yang Allah perintahkan dalam menceraikan perempuan.”
٢١٧٩ - حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِي عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ أَنَّهُ طَلَّقَ امْرَأَتَهُ وَهِي حَائِضٌ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - فَسَأَلَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَسُولَ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم - عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ - صلى الله عليه وسلم-: «مُرْهُ فَلْيُرَاجِعْهَا ثُمَّ لْيُمْسِكْهَا حَتَّى تَطْهُرَ ثُمَّ تَحِيضَ ثُمَّ تَطْهُرَ ثُمَّ إِنْ شَاءَ أَمْسَكَ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِنْ شَاءَ طَلَّقَ قَبْلَ أَنْ يَمَسَّ فَتِلْكَ الْعِدَّةُ الَّتِي أَمَرَ اللَّهُ سُبْحَانَهُ أَنْ تُطَلَّقَ لَهَا النِّسَاءُ».