bab-bab berkenaan hadis berkaitan sujud sahwi
أبواب ما جاء في السهو
Bab Berkenaan Hukum Orang Yang Terlupa Ketika Solat Apabila Dia Terus Bangun Daripada Rakaat Kedua Solat Fardu
Bāb Mā Jāʾa fī al-Sahw idhā Qāma min rakʿatay al-Farīḍah
بَابُ مَا جَاءَ فِي السَّهْوِ إِذَا قَامَ مِنْ رَكْعَتَيِ الفَرِيضَةِ
1224 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, Malik bin Anas mengkhabarkan kepada kami, daripada Ibn Syihab, daripada ‘Abdul Rahman al-A’raj, daripada ‘Abdullah bin Buhaynah , beliau berkata, “Suatu hari Rasulullah ﷺ pernah mengimamkan solat kami. Setelah berlalu dua rakaat, baginda terus bangun dan tidak duduk (tahiyat awal). Orang ramai pun turut bangun bersama baginda. Tatkala solat hampir selesai, kami pun menunggu baginda memberi salam. Namun, baginda bertakbir sebelum memberi salam dan turun sujud dua kali dalam keadaan baginda duduk. Setelah itu, barulah baginda memberi salam.”
1224 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ابْنِ بُحَيْنَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: «صَلَّى لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكْعَتَيْنِ مِنْ بَعْضِ الصَّلَوَاتِ، ثُمَّ قَامَ، فَلَمْ يَجْلِسْ، فَقَامَ النَّاسُ مَعَهُ، فَلَمَّا قَضَى صَلاَتَهُ وَنَظَرْنَا تَسْلِيمَهُ كَبَّرَ قَبْلَ التَّسْلِيمِ، فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ، ثُمَّ سَلَّمَ»
1225 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Yahya bin Sa‘id, daripada ‘Abdul Rahman al-A’raj, daripada ‘Abdullah bin Buhaynah , beliau berkata, “Sungguh Rasulullah ﷺ ketika menunaikan solat Zohor, baginda terus berdiri setelah dua rakaat tanpa duduk tahiyat awal. Ketika solatnya hampir selesai, baginda melakukan dua kali sujud, kemudian baginda memberi salam.”
1225 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ابْنِ بُحَيْنَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، أَنَّهُ قَالَ: «إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامَ مِنَ اثْنَتَيْنِ مِنَ الظُّهْرِ لَمْ يَجْلِسْ بَيْنَهُمَا، فَلَمَّا قَضَى صَلاَتَهُ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ، ثُمَّ سَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ»
Bab Apabila Seseorang Menunaikan Solat Lima Rakaat
Bāb idhā Ṣallā Khamsā
بَابُ إِذَا صَلَّى خَمْسًا
1226 – Abu al-Walid menyampaikan kepada kami, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada al-Hakam, daripada Ibrahim, daripada ‘Alqamah, daripada ‘Abdullah , bahawa Rasulullah ﷺ pernah menunaikan solat Zohor lima rakaat. Kemudian baginda ditanya, “Ada berlaku penambahankah dalam solat? Baginda bertanya kembali, “Mengapa begitu?” Beliau menjawab, “Tuan telah menunaikan solat sebanyak lima rakaat.” Mengetahui perkara itu, baginda lantas bersujud dua kali setelah memberi salam.
1226 - حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنِ الحَكَمِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَلْقَمَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى الظُّهْرَ خَمْسًا، فَقِيلَ لَهُ: أَزِيدَ فِي الصَّلاَةِ؟ فَقَالَ: «وَمَا ذَاكَ؟» قَالَ: صَلَّيْتَ خَمْسًا، فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ بَعْدَ مَا سَلَّمَ
Bab Apabila Seseorang Memberi Salam Pada Rakaat Kedua, Atau Pada Rakaat Yang Ketiga, Maka Dia Bersujud Dua Kali Seperti Sujud Dalam Solat Atau Lebih Lama Sedikit
Bāb idhā Sallama fī Rakʿatayn aw fī Thalāth fa-Sajada Sajdatayn
بَابُ إِذَا سَلَّمَ فِي رَكْعَتَيْنِ، أَوْ فِي ثَلاَثٍ، فَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ، مِثْلَ سُجُودِ الصَّلاَةِ أَوْ أَطْوَلَ
1227 – Adam menyampaikan kepada kami, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Sa‘d bin Ibrahim, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, “Nabi ﷺ pernah mengimamkan solat kami solat Zohor, atau solat Asar, lalu baginda memberi salam. Lalu Si Tangan Panjang (Dzu al-Yadayn) bertanya kepada baginda, “Wahai Rasulullah, adakah bilangan rakaat solat telah dikurangkan?” Lalu Nabi ﷺ pun bertanya kepada para sahabatnya yang lain, “Benarkah apa yang dia katakana itu?” Mereka menjawab, “Iya, benar.” Baginda pun sempurnakan solat dua rakaat lagi, kemudian baginda bersujud dua kali.” Sa’d berkata, “Saya ingat ‘Urwah bin al-Zubayr pernah menunaikan solat Maghrib dua rakaat, lalu beliau memberi salam. Lalu dalam keadaan tidak perasan beliau bercakap-cakap. Setelah sedar tersalah, beliau sempurnakan rakaat yang berbaki dan bersujud dua kali lalu berkata, “Beginilah Nabi ﷺ melakukannya.”
1227 - حَدَّثَنَا آدَمُ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الظُّهْرَ - أَوِ العَصْرَ - فَسَلَّمَ، فَقَالَ لَهُ ذُو اليَدَيْنِ: الصَّلاَةُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَقَصَتْ؟ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأَصْحَابِهِ: «أَحَقٌّ مَا يَقُولُ؟» قَالُوا: نَعَمْ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ أُخْرَيَيْنِ، ثُمَّ سَجَدَ سَجْدَتَيْنِ قَالَ سَعْدٌ: وَرَأَيْتُ عُرْوَةَ بْنَ الزُّبَيْرِ صَلَّى مِنَ المَغْرِبِ رَكْعَتَيْنِ، فَسَلَّمَ وَتَكَلَّمَ، ثُمَّ صَلَّى مَا بَقِيَ وَسَجَدَ سَجْدَتَيْنِ، وَقَالَ: «هَكَذَا فَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»
Bab Sujud Orang Yang Tidak Duduk Tahiyat Selepas Dua Kali Sujud Sahwi
Bāb Man Lam Yatashahhad fī Sajdatay al-Sahw
بَابُ مَنْ لَمْ يَتَشَهَّدْ فِي سَجْدَتَيِ السَّهْوِ
Anas dan Hasan memberi salam (selepas sujud sahwi) dan duduk tahiyat. Qatadah berkata, “Beliau tidak duduk tahiyat.”
وَسَلَّمَ أَنَسٌ، وَالحَسَنُ وَلَمْ يَتَشَهَّدَا وَقَالَ قَتَادَةُ: «لاَ يَتَشَهَّدُ»
1228 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, Malik bin Anas mengkhabarkan kepada kami, daripada Ayyub bin Abu Tamimah al-Sakhtiyani, daripada Muhammad bin Sirin, daripada Abu Hurayrah , bahawa Rasulullah ﷺ pernah habiskan solatnya setelah selesai dua rakaat. Kemudian, Si Tangan Panjang (Dzu al-Yadayn) bertanya kepada baginda, “Wahai Rasulullah, adakah solat dipendekkan atau tuan sebenarnya lupa?” Rasulullah ﷺ bertanya, “Benarkah apa yang dikatakan Dzu al-Yadayn ini?” Para sahabat menjawab, “Benar.” Lalu Rasulullah ﷺ terus berdiri dan menyempurnakan dua rakaat yang berbaki. Kemudian, baginda memberi salam. Lantas bertakbir dan bersujud seperti sujudnya yang biasa, atau lebih lama sedikit. Kemudian, baginda pun bangun (daripada sujud).”.
1228 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكُ بْنُ أَنَسٍ، عَنْ أَيُّوبَ بْنِ أَبِي تَمِيمَةَ السَّخْتِيَانِيِّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصَرَفَ مِنَ اثْنَتَيْنِ، فَقَالَ لَهُ ذُو اليَدَيْنِ: أَقَصُرَتِ الصَّلاَةُ، أَمْ نَسِيتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَصَدَقَ ذُو اليَدَيْنِ؟» فَقَالَ النَّاسُ: نَعَمْ، فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّى اثْنَتَيْنِ أُخْرَيَيْنِ، ثُمَّ سَلَّمَ، ثُمَّ كَبَّرَ، فَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ، ثُمَّ رَفَعَ "
Sulayman bin Harb menyampaikan kepada kami, Hammad menyampaikan kepada kami, daripada Salamah bin ‘Alqamah, beliau berkata, “Saya bertanya kepada Muhammad berkenaan dua sujud sahwi, adakah ada duduk tahiyat?” Beliau menjawab, “Dalam hadis Abu Hurayrah, tiada.”
حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ سَلَمَةَ بْنِ عَلْقَمَةَ، قَالَ: قُلْتُ لِمُحَمَّدٍ فِي سَجْدَتَيِ السَّهْوِ تَشَهُّدٌ؟ قَالَ: لَيْسَ فِي حَدِيثِ أَبِي هُرَيْرَةَ