bab-bab berkenaan mengqasarkan solat

أَبْوَابُ تَقْصِيرِ الصَّلاَةِ

Bab Hadis Berkaitan Mengqasarkan Solat Dan Berapakah Bilangan Hari Orang Bermusafir Menetap Supaya Dia Boleh Mengqasarkan Solatnya

Bāb Mā Jāʾa fī al-Taqṣīr wa Kam Yuqīm Ḥattā Yaqṣur

بَابُ مَا جَاءَ فِي التَّقْصِيرِ وَكَمْ يُقِيمُ حَتَّى يَقْصُرَ

1080 – Musa bin Isma‘il menyampaikan kepada kami, katanya Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ashim dan Hushayn, daripada Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas , beliau berkata, “Nabi ﷺ pernah menetap (di Makkah) selama 19 hari dan baginda mengqasar solat. Jadi, kami pun apabila bermusafir dan menetap di sana selama 19 hari, kami akan qasarkan solat. Namun, jika lebih daripada itu, kami solat secara sempurna.”

1080 - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ عَاصِمٍ، وَحُصَيْنٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «أَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تِسْعَةَ عَشَرَ يَقْصُرُ، فَنَحْنُ إِذَا سَافَرْنَا تِسْعَةَ عَشَرَ قَصَرْنَا، وَإِنْ زِدْنَا أَتْمَمْنَا»

1081 – Abu Ma‘mar menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul Warits menyampaikan kepada kami, katanya Yahya bin Abu Ishaq menyampaikan kepada kami, beliau berkata, “Saya mendengar Anas berkata, “Kami pernah keluar daripada Madinah ke Mekah bersama Nabi ﷺ. Sepanjang itu, baginda menunaikan solat dua rakaat, dua rakaat sahaja sehinggalah kami pulang ke Madinah semula.” Saya (Yahya) bertanya, “Adakah kamu menetap beberapa lama di Mekah?” Anas menjawab, “Kami menetap di sana selama 10 hari.”

1081 - حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَارِثِ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي إِسْحَاقَ، قَالَ: سَمِعْتُ أَنَسًا، يَقُولُ: " خَرَجْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنَ المَدِينَةِ إِلَى مَكَّةَ فَكَانَ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ رَكْعَتَيْنِ حَتَّى رَجَعْنَا إِلَى المَدِينَةِ، قُلْتُ: أَقَمْتُمْ بِمَكَّةَ شَيْئًا؟ قَالَ: أَقَمْنَا بِهَا عَشْرًا "

Bab Solat Di Mina

Bāb al-Ṣalāh bi-Minā

بَابُ الصَّلاَةِ بِمِنًى

1082 – Musaddad menyampaikan kepada kami, katanya Yahya menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah, katanya Nafi‘ mengkhabarkan kepada saya, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar , beliau menceritakan, “Saya pernah solat bersama Nabi ﷺ, Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Utsman pada awal zaman pemerintahannya di Mina dua rakaat. Namun, kemudiannya ‘Utsman menunaikannya secara sempurna.”

1082 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، قَالَ: أَخْبَرَنِي نَافِعٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى رَكْعَتَيْنِ، وَأَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ وَمَعَ عُثْمَانَ صَدْرًا مِنْ إِمَارَتِهِ ثُمَّ أَتَمَّهَا»

1083 – Abu al-Walid menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, Abu Ishaq melaporkan kepada kami, beliau berkata, “Saya mendengar Haritsah bin Wahb berkata, “Nabi ﷺ memimpin solat kami di Mina dua rakaat, padahal ketika itu kebanyakan masa kami berada dalam keadaan aman.”

1083 - حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، أَنْبَأَنَا أَبُو إِسْحَاقَ، قَالَ: سَمِعْتُ حَارِثَةَ بْنَ وَهْبٍ، قَالَ: «صَلَّى بِنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آمَنَ مَا كَانَ بِمِنًى رَكْعَتَيْنِ»

1084 – Qutaybah bin Sa’id menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul Wahid bin Ziyad menyampaikan kepada kami, daripada al-A’masy, katanya Ibrahim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, “Saya mendengar ‘Abdul Rahman bin Yazid berkata, “Ketika kami menetap di Mina, kami menunaikan solat empat rakaat yang dipimpin oleh ‘Utsman bin ‘Affan . Lalu, perkara ini diceritakan kepada ‘Abdullah bin Mas‘ud . Beliau lantas mengucapkan istirja‘[79]. Kemudian beliau berkata, “Saya solat bersama Rasulullah ﷺ di Mina dua rakaat. Saya solat bersama Abu Bakar al-Siddiq  di Mina, juga dua rakaat. Saya solat bersama ‘Umar bin al-Khaththab  di Mina, pun dua rakaat. Alangkah baiknya bahagianku ini, daripada empat rakaat itu, ditukar dengan dua rakaat yang diterima (seperti yang baginda Nabi lakukan).”

1084 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ، قَالَ: سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ يَزِيدَ، يَقُولُ: صَلَّى بِنَا عُثْمَانُ بْنُ عَفَّانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِمِنًى أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ، فَقِيلَ: ذَلِكَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، فَاسْتَرْجَعَ، ثُمَّ قَالَ: «صَلَّيْتُ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمِنًى رَكْعَتَيْنِ، وَصَلَّيْتُ مَعَ أَبِي بَكْرٍ الصِّدِّيقِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِمِنًى رَكْعَتَيْنِ، وَصَلَّيْتُ مَعَ عُمَرَ بْنِ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ بِمِنًى رَكْعَتَيْنِ»، فَلَيْتَ حَظِّي مِنْ أَرْبَعِ رَكَعَاتٍ رَكْعَتَانِ مُتَقَبَّلَتَانِ

79

Mengucapkan istirja’ adalah mengucapkan inna lillahi wa inna ilayhi raji’un yang bemaksud sesungguhnya kita ini milik Allah, dan kepada-Nyalah kita akan kembali

Sahih al-Bukhari