bab-bab berkenaan solat al-istisqa’ (meminta hujan)

أَبْوَابُ الِاسْتِسْقَاءِ

Bab Meminta Hujan Dan Keluarnya Nabi Untuk Meminta Hujan (Ke Padang Pasir)

Bāb al-Istisqāʾ wa Khurūj al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama fī al-Istisqāʾ

بَابُ الِاسْتِسْقَاءِ وَخُرُوجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الِاسْتِسْقَاءِ

1005 – Abu Nu’aym menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Abu Bakar, daripada ‘Abbad bin Tamim, daripada pak ciknya, beliau berkata, “Nabi ﷺ keluar (ke tempat solat) untuk meminta hujan dan baginda menterbalikkan pakaiannya yang dipakai pada bahagian atas tubuh.”

1005 - حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ، عَنْ عَبَّادِ بْنِ تَمِيمٍ، عَنْ عَمِّهِ، قَالَ: «خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَسْقِي وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ»

Bab Doa Nabi , “Jadikanlah Tahun-Tahun Mereka Seperti Tahun-Tahun Yusuf”

Bāb Duʿāʾ al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama Ijʿal-hā ʿalayhim Sinīn ka-Sinī Yūsuf

بَابُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اجْعَلْهَا عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ»

1006 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, Mughirah bin ‘Abdul Rahman menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A’raj, daripada Abu Hurayrah, bahawa ketika Nabi ﷺ bangun daripada rukuk rakaat terakhir, baginda berdoa, “Ya Allah, selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abu Rabi‘ah. Ya Allah, selamatkanlah Salamah bin Hisyam. Ya Allah, selamatkanlah al-Walid bin al-Walid. Ya Allah, selamatkanlah orang-orang mukmin yang lemah. Ya Allah, beratkanlah azab-Mu kepada bani Mudhar. Ya Allah, jadikanlah azab itu beberapa tahun seperti tahun-tahun (kemarau pada zaman) Yusuf.” Nabi ﷺ berdoa lagi, “Bani Ghifar pula, semoga Allah mengampunkan mereka. Manakala Bani Aslam, semoga Allah menyelamatkan mereka.” Abu al-Zinad berkata, daripada ayahnya, “Semua ini dibaca dalam solat Subuh.”

1006 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا مُغِيرَةُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ مِنَ الرَّكْعَةِ الآخِرَةِ، يَقُولُ: " اللَّهُمَّ أَنْجِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ، اللَّهُمَّ أَنْجِ سَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ، اللَّهُمَّ أَنْجِ الوَلِيدَ بْنَ الوَلِيدِ، اللَّهُمَّ أَنْجِ المُسْتَضْعَفِينَ مِنَ المُؤْمِنِينَ، اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ، اللَّهُمَّ اجْعَلْهَا سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ: وَأَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: غِفَارُ غَفَرَ اللَّهُ لَهَا وَأَسْلَمُ سَالَمَهَا اللَّهُ " قَالَ ابْنُ أَبِي الزِّنَادِ: عَنْ أَبِيهِ، هَذَا كُلُّهُ فِي الصُّبْحِ

1007 – ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, katanya Jarir menyampaikan kepada kami, daripada Manshur, daripada Abu al-Dhuha, daripada Masruq, beliau berkata, “Kami pernah berada bersama ‘Abdullah, lalu beliau berkata, “Sesungguhnya tatkala Nabi ﷺ melihat ada sebahagian orang Quraisy berpaling (daripada Islam), baginda berdoa, “Ya Allah, jadikanlah tujuh tahun buat mereka seperti tujuh tahun (kemarau pada zaman) Yusuf.” Lalu mereka ditimpa tahun kemarau yang meranapkan segala sesuatu, sehinggalah mereka terpaksa makan kulit, bangkai, dan sekalipun bangkai yang sudah membusuk. Sehinggalah juga salah seorang daripada kalangan mereka memandang ke arah langit, dia hanya melihat asap disebabkan oleh kelaparan. Kemudian, Abu Sufyan datang kepada baginda dan berkata, “Wahai Muhammad, sesungguhnya engkau memerintahkan untuk mentaati Allah dan menghubungkan silaturrahim. Namun, kaummu pula telah binasa. Berdoalah kepada Allah untuk mereka.” Firman Allah , “Oleh itu, tunggulah (wahai Muhammad) pada hari ketika langit membawa asap kemarau yang jelas (yang menyebabkan kebuluran yang amat dahsyat)”, sehingga ayat “Sungguh, kamu akan kembali ingkar. (Namun beringatlah, jika kamu kembali ingkar, kamu pasti akan dibinasakan) pada hari Kami menhentam kamu dengan hentaman yang besar; sesungguhnya Kami tetap akan menyeksa.” “Hentaman” yang dimaksudkan adalah perang Badar. Ayat berkenaan asap, hentaman, pembunuhan dan permulaan ayat Surah al-Rum telah berlaku.”

1007 - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ، قَالَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنْ مَنْصُورٍ، عَنْ أَبِي الضُّحَى، عَنْ مَسْرُوقٍ، قَالَ: كُنَّا عِنْدَ عَبْدِ اللَّهِ فَقَالَ: إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا رَأَى مِنَ النَّاسِ إِدْبَارًا، قَالَ: «اللَّهُمَّ سَبْعٌ كَسَبْعِ يُوسُفَ»، فَأَخَذَتْهُمْ سَنَةٌ حَصَّتْ كُلَّ شَيْءٍ، حَتَّى أَكَلُوا الجُلُودَ وَالمَيْتَةَ وَالجِيَفَ، وَيَنْظُرَ أَحَدُهُمْ إِلَى السَّمَاءِ، فَيَرَى الدُّخَانَ مِنَ الجُوعِ، فَأَتَاهُ أَبُو سُفْيَانَ، فَقَالَ: يَا مُحَمَّدُ، إِنَّكَ تَأْمُرُ بِطَاعَةِ اللَّهِ، وَبِصِلَةِ الرَّحِمِ، وَإِنَّ قَوْمَكَ قَدْ هَلَكُوا، فَادْعُ اللَّهَ لَهُمْ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى: {فَارْتَقِبْ يَوْمَ تَأْتِي السَّمَاءُ بِدُخَانٍ مُبِينٍ} [الدخان: 10] إِلَى قَوْلِهِ {إِنَّكُمْ عَائِدُونَ يَوْمَ نَبْطِشُ البَطْشَةَ الكُبْرَى، إِنَّا مُنْتَقِمُونَ} [الدخان: 16] " فَالْبَطْشَةُ: يَوْمَ بَدْرٍ، وَقَدْ مَضَتِ الدُّخَانُ وَالبَطْشَةُ وَاللِّزَامُ وَآيَةُ الرُّومِ"

Bab Masyarakat Meminta Kepada Imam Untuk Solat Istisqa’ Apabila Mereka Ditimpa Kemarau

Bāb Suʾāl al-Nās al-Imām al-Istisqāʾ idhā Qaḥaṭū

بَابُ سُؤَالِ النَّاسِ الإِمَامَ الِاسْتِسْقَاءَ إِذَا قَحَطُوا

1008 – ‘Amr bin ‘Ali menyampaikan kepada kami, katanya Abu Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul Rahman bin ‘Abdullah bin Dinar menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, beliau berkata, “Saya mendengar Ibn ‘Umar yang melantunkan syair Abu Thalib, “Beliau adalah Si Putih yang dipinta hujan dengan perantara wajahnya Yang menyantuni anak yatim dan pelindung para janda yang fakir”

1008 - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو قُتَيْبَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ أَبِيهِ، قَالَ: سَمِعْتُ ابْنَ عُمَرَ يَتَمَثَّلُ بِشِعْرِ أَبِي طَالِبٍ: [البحر الطويل] وَأَبْيَضَ يُسْتَسْقَى الغَمَامُ بِوَجْهِهِ ... ثِمَالُ اليَتَامَى عِصْمَةٌ لِلْأَرَامِلِ

1009 – ‘Umar bin ʾ berkata, Salim menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, berkata, “Terkadang ketika saya melihat wajah Nabi ﷺ yang sedang berdoa meminta hujan, saya teringat kata-kata seorang penyair. Baginda tidak turun (daripada mimbar) sehinggalah hujan lebat mengalir deras di setiap saluran air. “Beliau adalah Si Putih yang dipinta hujan dengan perantara wajahnya Yang menyantuni anak yatim dan pelindung para janda yang fakir” Ini adalah syair Abu Thalib.

1009 - وَقَالَ عُمَرُ بْنُ حَمْزَةَ، حَدَّثَنَا سَالِمٌ، عَنْ أَبِيهِ، رُبَّمَا ذَكَرْتُ قَوْلَ الشَّاعِرِ، وَأَنَا أَنْظُرُ إِلَى وَجْهِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْتَسْقِي، فَمَا يَنْزِلُ حَتَّى يَجِيشَ كُلُّ مِيزَابٍ «وَأَبْيَضَ يُسْتَسْقَى الغَمَامُ بِوَجْهِهِ ... ثِمَالُ اليَتَامَى عِصْمَةٌ لِلْأَرَامِلِ » وَهُوَ قَوْلُ أَبِي طَالِبٍ

Sahih al-Bukhari