bab-bab berkenaan solat dua hari raya

أَبْوَابُ العِيدَيْنِ

Bab Kedua Hari Raya Dan Berhias Pada Hari Tersebut

Bāb fī al-ʿĪdayn wa al-Tajammul fī-hi

بَابٌ: فِي العِيدَيْنِ وَالتَّجَمُّلِ فِيهِ

948 – Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, katanya Syu’ayb mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, katanya Salim bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepada saya, bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar bercerita, “‘Umar telah membeli suatu pakaian yang diperbuat daripada sutera yang dijual di pasar. Kemudian, beliau pun membawanya pergi menghadap Rasulullah ﷺ. Lalu, beliau berkata, “Wahai Rasulullah, kalaulah tuan beli pakaian ini, ketika raya dan ketika menerima kunjungan delegasi.” Rasulullah ﷺ menjawab, “Ini adalah pakaian orang yang tiada bahagian untuknya (di akhirat nanti).” Mendengarkan jawapan itu, ‘Umar terdiam seketika memikirkan apa yang dikatakan oleh baginda itu. Selang beberapa lama, Rasulullah ﷺ mengirim kepada ‘Umar sejenis pakaian sutera. ‘Umar pun menerimanya. Kemudian, ‘Umar pergi menghadap Rasulullah ﷺ dengan membawa pakaian tersebut dan berkata, “Wahai Rasulullah, dulu tuan pernah kata bahawa pakaian ini adalah pakaian orang yang tidak mendapat bahagian untuk pemakainya (di akhirat nanti), tetapi tuan mengirimkan pula pakaian begini kepada saya.” Rasulullah ﷺ menjawab, “Engkau boleh jual dan dengan keuntungannya itu, engkau boleh gunakan untuk keperluanmu.”

ِ948 - حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي سَالِمُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ، قَالَ: أَخَذَ عُمَرُ جُبَّةً مِنْ إِسْتَبْرَقٍ تُبَاعُ فِي السُّوقِ، فَأَخَذَهَا، فَأَتَى رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، ابْتَعْ هَذِهِ تَجَمَّلْ بِهَا لِلْعِيدِ وَالوُفُودِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ» فَلَبِثَ عُمَرُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ يَلْبَثَ، ثُمَّ أَرْسَلَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِجُبَّةِ دِيبَاجٍ، فَأَقْبَلَ بِهَا عُمَرُ، فَأَتَى بِهَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ: إِنَّكَ قُلْتَ: «إِنَّمَا هَذِهِ لِبَاسُ مَنْ لاَ خَلاَقَ لَهُ» وَأَرْسَلْتَ إِلَيَّ بِهَذِهِ الجُبَّةِ، فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «تَبِيعُهَا أَوْ تُصِيبُ بِهَا حَاجَتَكَ»

Bab Bermain Lembing Dan Perisai Pada Hari Raya

Bāb al-Ḥirāb wa al-Daraq Yawm al-ʿĪd

بَابُ الحِرَابِ وَالدَّرَقِ يَوْمَ العِيدِ

949 – Ahmad menyampaikan kepada kami, katanya Ibn Wahb menyampaikan kepada kami, katanya ‘Amr mengkhabarkan kepada kami, bahawa Muhammad bin ‘Abdul Rahman al-Asadi menyampaikan kepadanya, daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, “Rasulullah ﷺ masuk bertemu saya. Ketika itu, ada dua orang gadis kecil yang menyanyikan syair-syair pada hari peperangan Bu‘ats[75]. Baginda lalu berbaring di tempat tidur dan memalingkan wajahnya ke arah lain. Abu Bakar lalu masuk dan memarahiku, beliau berkata, “Nyanyian syaitan di sisi Nabi ﷺ?!” Rasulullah ﷺ lantas memandang kepada Abu Bakar dan berkata kepadanya, “Biarkanlah mereka.” Bilamana Abu Bakr tidak lagi memerhatikan, saya memberi isyarat kepada kedua-dua gadis itu, lalu mereka pun keluar.”

949- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عِيسَى، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَمْرٌو، أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الأَسَدِيَّ، حَدَّثَهُ عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: دَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ بِغِنَاءِ بُعَاثَ، فَاضْطَجَعَ عَلَى الفِرَاشِ، وَحَوَّلَ وَجْهَهُ، وَدَخَلَ أَبُو بَكْرٍ، فَانْتَهَرَنِي وَقَالَ: مِزْمَارَةُ الشَّيْطَانِ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَأَقْبَلَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلاَمُ فَقَالَ: «دَعْهُمَا»، فَلَمَّا غَفَلَ غَمَزْتُهُمَا فَخَرَجَتَا،

75

Peperangan yang berlaku di antara dua suku Ansar, iaitu Aws dan Khazraj sebelum datangnya Islam

950 – Pada hari raya, orang-orang Sudan selalu bermain perisai dan lembing. (Saya tidak pasti) sama ada saya (‘A’isyah) yang bertanya kepada Nabi ﷺ dahulu, atau baginda yang bertanya kepada saya, “Awak mahu menyaksikannya?” Saya pun menjawab, “Ya.” Kemudian, baginda menyuruh saya duduk di belakang baginda, sambil pipiku saling menyentuh pipinya. Baginda bersabda ketika itu, “Teruskanlah wahai bani Arfidah.” Sehinggalah apabila saya sudah bosan, baginda pun bertanya, “Sudah?” Saya menjawab, “Sudah.” Nabi ﷺ bersabda, “Kalau begitu, marilah.”

950 - وَكَانَ يَوْمَ عِيدٍ، يَلْعَبُ السُّودَانُ بِالدَّرَقِ وَالحِرَابِ، فَإِمَّا سَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَإِمَّا قَالَ: «تَشْتَهِينَ تَنْظُرِينَ؟» فَقُلْتُ: نَعَمْ، فَأَقَامَنِي وَرَاءَهُ، خَدِّي عَلَى خَدِّهِ، وَهُوَ يَقُولُ: «دُونَكُمْ يَا بَنِي أَرْفِدَةَ» حَتَّى إِذَا مَلِلْتُ، قَالَ: «حَسْبُكِ؟» قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «فَاذْهَبِي»

Bab Perkara-Perkara Sunat Pada Dua Hari Raya Bagi Umat Islam

Bāb Sunnat al-ʿĪdayn li-Ahl al-Islām

بَابُ سُنَّةِ العِيدَيْنِ لِأَهْلِ الإِسْلاَمِ

951 – Hajjaj menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, katanya Zubayd mengkhabarkan kepada saya, beliau berkata, “Saya mendengar al-Sya‘bi berkata daripada al-Bara’, beliau berkata, “Saya pernah mendengar Nabi ﷺ berkhutbah, “Sesungguhnya perkara pertama yang kita lakukan pada hari (Aidiladha) kita ini ialah kita menunaikan solat. Kemudian, kita pulang dan menyembelih korban. Sesiapa yang melakukan begitu, dia telah menepati sunah kami (orang Islam).”

951 - حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، قَالَ أَخْبَرَنِي زُبَيْدٌ، قَالَ: سَمِعْتُ الشَّعْبِيَّ، عَنِ البَرَاءِ، قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ، فَقَالَ: «إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ مِنْ يَوْمِنَا هَذَا أَنْ نُصَلِّيَ، ثُمَّ نَرْجِعَ، فَنَنْحَرَ فَمَنْ فَعَلَ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا»

952 – ‘Ubayd bin Isma‘il menyampaikan kepada kami, katanya Abu Usamah menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam, daripada ayahnya, daripada ‘A’isyah , beliau berkata, “Abu Bakar pernah masuk menemuiku. Ketika itu, ada dua gadis kecil daripada kalangan Ansar bersamaku sedang menyanyikan syair-syair yang sering dilantunkan oleh kaum Ansar ketika perang Bu‘ats. ‘A’isyah berkata, “Mereka berdua bukanlah penyanyi.” Mendengarkan itu, Abu Bakar menempelak, “Nyanyian syaitan di rumah Rasulullah ﷺ?” Peristiwa ini berlaku pada hari raya. Lantas Rasulullah ﷺ bersabda, “Wahai Abu Bakar, setiap umat mempunyai hari raya. Hari ini, hari raya kita.”

952 - حَدَّثَنَا عُبَيْدُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ، عَنْ هِشَامٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، قَالَتْ: دَخَلَ أَبُو بَكْرٍ وَعِنْدِي جَارِيَتَانِ مِنْ جَوَارِي الأَنْصَارِ تُغَنِّيَانِ بِمَا تَقَاوَلَتِ الأَنْصَارُ يَوْمَ بُعَاثَ، قَالَتْ: وَلَيْسَتَا بِمُغَنِّيَتَيْنِ، فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: أَمَزَامِيرُ الشَّيْطَانِ فِي بَيْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَذَلِكَ فِي يَوْمِ عِيدٍ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا أَبَا بَكْرٍ، إِنَّ لِكُلِّ قَوْمٍ عِيدًا وَهَذَا عِيدُنَا»

Sahih al-Bukhari