bab-bab berkenaan solat gerhana
أَبْوَابُ الكُسُوفِ
Bab Solat Ketika Gerhana Matahari
Bāb al-Ṣalāh fī Kusūf al-Shams
بَابُ الصَّلاَةِ فِي كُسُوفِ الشَّمْسِ
1040 – ‘Amr bin ‘Awn menyampaikan kepada kami, katanya Khalid menyampaikan kepada kami, daripada Yunus, daripada al-Hasan, daripada Abu Bakrah, beliau berkata, “Dulu, pernah berlaku gerhana matahari ketika kami berada bersama dengan Rasulullah ﷺ. Lalu, Nabi ﷺ terus berdiri dalam keadaan meleret pakaiannya (kerana tergesa dan takut) sehinggalah baginda masuk ke dalam masjid. Lalu, kami pun masuk ke dalam masjid juga. Baginda lantas memimpin solat kami sebanyak dua rakaat, sehinggalah matahari kelihatan semula. Nabi ﷺ lalu bersabda, “Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan itu terjadi bukan kerana kematian seseorang. Apabila kamu melihat berlaku dua gerhana itu, teruslah solat dan berdoalah sehingga gerhana itu berakhir.”
1040 - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا خَالِدٌ، عَنْ يُونُسَ، عَنِ الحَسَنِ، عَنْ أَبِي بَكْرَةَ، قَالَ: كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَانْكَسَفَتِ الشَّمْسُ، فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَجُرُّ رِدَاءَهُ حَتَّى دَخَلَ المَسْجِدَ، فَدَخَلْنَا، فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ حَتَّى انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَقَالَ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا، فَصَلُّوا، وَادْعُوا حَتَّى يُكْشَفَ مَا بِكُمْ»
1041 – Syihab bin ‘Abbad menyampaikan kepada kami, katanya Ibrahim bin Humayd menyampaikan kepada kami, daripada Isma‘il, daripada Qays, beliau berkata, Saya mendengar Abu Mas‘ud berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan itu terjadi bukan kerana kematian sesiapa. Namun, keduanya merupakan di antara tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu melihat berlaku dua gerhana itu, bangun dan tunaikanlah solat.”
1041 - حَدَّثَنَا شِهَابُ بْنُ عَبَّادٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ حُمَيْدٍ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ، عَنْ قَيْسٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا مَسْعُودٍ، يَقُولُ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ مِنَ النَّاسِ، وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا، فَقُومُوا، فَصَلُّوا»
1042 – Ashbagh menyampaikan kepada kami, katanya Ibn Wahab mengkhabarkan kepada saya, katanya ‘Amr mengkhabarkan kepada saya, dan daripada ‘Abdul Rahman bin al-Qasim, dia menyampaikan kepadanya daripada ayahnya, daripada Ibn ‘Umar , bahawa beliau biasa mengkhabarkan daripada Nabi ﷺ, “Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan bukanlah terjadi kerana kematian atau kelahiran sesiapa. Akan tetapi keduanya itu merupakan tanda (kebesaran) Allah. Apabila kamu melihat berlaku dua gerhana itu, tunaikanlah solat.”
1042 - حَدَّثَنَا أَصْبَغُ، قَالَ: أَخْبَرَنِي ابْنُ وَهْبٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عَمْرٌو، وَعَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ القَاسِمِ، حَدَّثَهُ عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، أَنَّهُ كَانَ يُخْبِرُ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، وَلَكِنَّهُمَا آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهَا فَصَلُّوا»
1043 – ‘Abdullah bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya Hasyim bin al-Qasim menyampaikan kepada kami, katanya Syayban Abu Mu‘awiyah menyampaikan kepada kami, daripada Ziyad bin ‘Ilaqah daripada al-Mughirah bin Syu‘bah, beliau berkata, “Pernah berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah ﷺ bertepatan dengan hari kematian Ibrahim. Oleh sebab itu, orang ramai pun berkata, “Berlaku gerhana matahari kerana kematian Ibrahim.” Lalu, Rasulullah ﷺ pun bersabda, “Sesungguhnya gerhana matahari dan bulan tidak berlaku kerana kematian atau kelahiran seseorang. Namun apabila kamu melihatnya, tunaikanlah solat dan berdoalah kepada Allah.”
1043 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا هَاشِمُ بْنُ القَاسِمِ، قَالَ: حَدَّثَنَا شَيْبَانُ أَبُو مُعَاوِيَةَ، عَنْ زِيَادِ بْنِ عِلاَقَةَ، عَنِ المُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ، قَالَ: كَسَفَتِ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ مَاتَ إِبْرَاهِيمُ، فَقَالَ النَّاسُ: كَسَفَتِ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إِبْرَاهِيمَ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ لاَ يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ فَصَلُّوا، وَادْعُوا اللَّهَ»
Bab Bersedekah Pada Waktu Gerhana
Bāb al-Ṣadaqah fī al-Kusūf
بَابُ الصَّدَقَةِ فِي الكُسُوفِ
1044 – ‘Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada ayahnya, daripada ‘A’isyah, bahawa beliau berkata, “Pernah berlaku gerhana matahari pada zaman Rasulullah ﷺ. Lalu, Rasulullah ﷺ mengimamkan solat orang ramai. Baginda berdiri dan memanjangkan berdirinya itu. Kemudian baginda rukuk dan memanjangkan rukuknya juga. Kemudian, baginda bangun kembali dan memanjangkan berdirinya itu. Cumanya yang ini lebih singkat daripada tempoh berdiri yang pertama. Kemudian, baginda rukuk lagi dan memanjangkan rukuknya itu. Cuma, kali ini lebih sekejap berbanding rukuk yang pertama. Kemudian, baginda sujud dan memanjangkan sujudnya itu. Kemudian, baginda melakukan perkara yang sama pada rakaat seterusnya seperti yang baginda lakukan pada rakaat yang pertama.” “Setelah baginda selesai solat, matahari pun kelihatan semula. Lalu, baginda menyampaikan khutbah kepada orang ramai. Baginda memuji Allah dan memuja-Nya. Kemudian baginda bersabda, “Sesungguhnya matahari dan bulan merupakan dua tanda daripada tanda-tanda (kebesaran) Allah. Gerhana matahari dan bulan tidak berlaku kerana kematian atau kelahiran sesiapa. Apabila kamu melihat gerhana, berdoalah kepada Allah dan bertakbirlah, serta tunaikanlah solat dan bersedekahlah.” Kemudian baginda bersabda lagi, “Wahai umat Muhammad! Demi Allah, tiada lagi yang lebih cemburu berbanding Allah bila hamba-Nya yang lelaki mahupun yang perempuan berzina. Wahai umat Muhammad! Demi Allah, jika kamu mengetahui apa yang saya ketahui, pasti kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.”
1044 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، أَنَّهَا قَالَتْ: خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِي عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَصَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالنَّاسِ، فَقَامَ، فَأَطَالَ القِيَامَ، ثُمَّ رَكَعَ، فَأَطَالَ الرُّكُوعَ، ثُمَّ قَامَ فَأَطَالَ القِيَامَ وَهُوَ دُونَ القِيَامِ الأَوَّلِ، ثُمَّ رَكَعَ فَأَطَالَ الرُّكُوعَ وَهُوَ دُونَ الرُّكُوعِ الأَوَّلِ، ثُمَّ سَجَدَ فَأَطَالَ السُّجُودَ، ثُمَّ فَعَلَ فِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ مِثْلَ مَا فَعَلَ فِي الأُولَى، ثُمَّ انْصَرَفَ وَقَدْ انْجَلَتِ الشَّمْسُ، فَخَطَبَ النَّاسَ، فَحَمِدَ اللَّهَ وَأَثْنَى عَلَيْهِ، ثُمَّ قَالَ: «إِنَّ الشَّمْسَ وَالقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ، لاَ يَخْسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ، فَادْعُوا اللَّهَ، وَكَبِّرُوا وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا» ثُمَّ قَالَ: «يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ مَا مِنْ أَحَدٍ أَغْيَرُ مِنَ اللَّهِ أَنْ يَزْنِيَ عَبْدُهُ أَوْ تَزْنِيَ أَمَتُهُ، يَا أُمَّةَ مُحَمَّدٍ وَاللَّهِ لَوْ تَعْلَمُونَ مَا أَعْلَمُ لَضَحِكْتُمْ قَلِيلًا وَلبَكَيْتُمْ كَثِيرًا»