bab-bab berkenaan sujud tilawah

أَبْوَابُ سُجُودِ القُرْآنِ

Bab Hadis Berkenaan Sujud Tilawah Dan Sunah Yang Berkaitan Dengannya

Bāb Mā Jāʾa fī Sujūd al-Qurʾān wa Sunnati-hā

بَابُ مَا جَاءَ فِي سُجُودِ القُرْآنِ وَسُنَّتِهَا

1067 – Muhammad bin Basyar menyampaikan kepada kami, katanya Ghundar menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, beliau berkata, “Saya mendengar al-Aswad berkata, daripada ‘Abdullah , beliau berkata, “Nabi ﷺ membaca surah al-Najm di Mekah, lalu baginda sujud pada akhir surah tersebut. Orang ramai yang bersama baginda juga turut sujud, kecuali seorang lelaki tua. Beliau mengambil segenggam batu kerikil, atau tanah, lalu meletakkannya ke dahinya dan berkata, “Untuk saya, egini cukuplah.” Setelah itu, saya melihat beliau terbunuh sebagai seorang kafir.”

1067 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، قَالَ: سَمِعْتُ الأَسْوَدَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: " قَرَأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النَّجْمَ بِمَكَّةَ فَسَجَدَ فِيهَا وَسَجَدَ مَنْ مَعَهُ غَيْرَ شَيْخٍ أَخَذَ كَفًّا مِنْ حَصًى - أَوْ تُرَابٍ - فَرَفَعَهُ إِلَى جَبْهَتِهِ، وَقَالَ: يَكْفِينِي هَذَا "، فَرَأَيْتُهُ بَعْدَ ذَلِكَ قُتِلَ كَافِرًا

Bab Sujud Pada Surah Tanzil al-Sajdah

Bāb Sajdat Tanzīl al-Sajdah

بَابُ سَجْدَةِ تَنْزِيلُ السَّجْدَةُ

1068 – Muhammad bin Yusuf menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Sa‘d bin Ibrahim, daripada ‘Abdul Rahman, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, “Ketika solat Subuh pada hari Jumaat, Nabi ﷺ sering membaca الم تَنْزِيلُ; Surah al-Sajdah dan هَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ (Surah al-Insan).”

1068 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: «كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الجُمُعَةِ فِي صَلاَةِ الفَجْرِ الم تَنْزِيلُ السَّجْدَةُ وَهَلْ أَتَى عَلَى الإِنْسَانِ»

Bab Sujud Pada Surah Shad

Bāb Sajdat Ṣād

بَابُ سَجْدَةِ ص

1069 – Sulayman bin Harb dan Abu Nu‘man menyampaikan kepada kami, mereka berdua berkata, Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas , beliau berkata, “Sujud pada Surah Sad bukanlah suatu perkara yang wajib. Cuma saya pernah lihat Nabi ﷺ sujud ketika membaca surah itu.”

1069 - حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ، وَأَبُو النُّعْمَانِ، قَالاَ: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: ص لَيْسَ مِنْ عَزَائِمِ السُّجُودِ، وَقَدْ «رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْجُدُ فِيهَا»

Bab Sujud Pada Surah al-Najm

Bāb Sajdat al-Najm

بَابُ سَجْدَةِ النَّجْمِ

Ibn ‘Abbas  meriwayatkan hadis berkenaan ini daripada Nabi ﷺ

قَالَهُ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

1070 – Hafsh bin ‘Umar menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, daripada al-Aswad, daripada ‘Abdullah , bahawa Nabi ﷺ pernah membaca surah al-Najm, lalu baginda sujud ketika membacanya. Tiada seorang pun dalam kalangan kaum itu, melainkan semuanya turun sujud. Namun, ada seorang lelaki dalam kalangan kaum itu, dia mengambil segenggam batu kerikil atau tanah, lalu dia meletakkannya di wajahnya dan berkata, “Untuk saya, cukuplah ini sahaja.” Sungguh, selepas itu saya benar-benar melihat lelaki itu terbunuh sebagai seorang kafir.”

1070 - حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، عَنِ الأَسْوَدِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَرَأَ سُورَةَ النَّجْمِ، فَسَجَدَ بِهَا فَمَا بَقِيَ أَحَدٌ مِنَ القَوْمِ إِلَّا سَجَدَ، فَأَخَذَ رَجُلٌ مِنَ القَوْمِ كَفًّا مِنْ حَصًى - أَوْ تُرَابٍ - فَرَفَعَهُ إِلَى وَجْهِهِ، وَقَالَ: يَكْفِينِي هَذَا "، فَلَقَدْ رَأَيْتُهُ بَعْدُ قُتِلَ كَافِرًا

Bab Kaum Muslimin Sujud Bersama Kaum Musyrikin

Bāb Sujūd al-Muslimīn maʿa al-Mushrikīn wa al-Mushrik Najas Laysa la-hu Wuḍūʾ

بَابُ سُجُودِ المُسْلِمِينَ مَعَ المُشْرِكِينَ وَالمُشْرِكُ نَجَسٌ لَيْسَ لَهُ وُضُوءٌ

Orang musyrik itu adalah najis dan dia tiada wuduk. Ibn ‘Umar  biasa sujud tanpa wuduk.

وَالمُشْرِكُ نَجَسٌ لَيْسَ لَهُ وُضُوءٌ وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا «يَسْجُدُ عَلَى غَيْرِ وُضُوءٍ»

1071 – Musaddad menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul Warits menyampaikan kepada kami, katanya Ayyub menyampaikan kepada kami, daripada Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas , bahawa Nabi ﷺ sujud pada surah al-Najm. Lantas, kaum muslimin, kaum musyrikin, jin dan manusia pun turut sujud bersama baginda. Ibrahim bin Thahman juga meriwayatkan hadis ini daripada Ayyub.

1071 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَارِثِ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَجَدَ بِالنَّجْمِ، وَسَجَدَ مَعَهُ المُسْلِمُونَ وَالمُشْرِكُونَ وَالجِنُّ وَالإِنْسُ» وَرَوَاهُ ابْنُ طَهْمَانَ، عَنْ أَيُّوبَ

Sahih al-Bukhari