bab-bab berkenaan witir

أَبْوَابُ العِيدَيْنِ

Bab Hadis-Hadis Berkaitan Witir

Bāb Mā Jāʾa fī al-Witr

بَابُ مَا جَاءَ فِي الوِتْرِ

990 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Nafi‘ dan ‘Abdullah bin Dinar, daripada Ibn ‘Umar, bahawa ada seseorang bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang solat malam. Lalu, Rasulullah ﷺ menjawab, “Solat malam itu, dilakukan dua rakaat, dua rakaat. Maka apabila seseorang kamu khuatir akan masuknya waktu Subuh, solatlah satu rakaat yang akan menjadi penutup bagi solat yang telah dia kerjakan.

ِ990 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ نَافِعٍ، وَعَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ: أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَلاَةِ اللَّيْلِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ عَلَيْهِ السَّلاَمُ: «صَلاَةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا خَشِيَ أَحَدُكُمُ الصُّبْحَ صَلَّى رَكْعَةً وَاحِدَةً تُوتِرُ لَهُ مَا قَدْ صَلَّى»

991 – Dan daripada Nafi‘, bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar biasa memberi salam di antara satu rakaat dan dua rakaat solat Witir, supaya beliau dapat memenuhi beberapa keperluannya.

991 - وَعَنْ نَافِعٍ: أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ: «كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الوِتْرِ حَتَّى يَأْمُرَ بِبَعْضِ حَاجَتِهِ»

992 – ‘Abdullah bin Maslamah menyampaikan kepada kami, daripada Malik, daripada Makhramah bin Sulayman, daripada Kurayb, bahawa Ibn ‘Abbas mengkhabarkan kepadanya, bahawa beliau pernah bermalam di rumah Maymunah, yang juga merupakan mak cik beliau. Lalu, saya pun berbaring di bahagian tengah bantal, manakala Rasulullah ﷺ dan isterinya pula berbaring di bahagian tepi bantal. Baginda tidur sehinggalah berlalu setengah tengah malam atau lebih kurang begitu, lalu baginda pun bangun dan mengusap mukanya untuk menghilangkan kesan tidur. Kemudian, baginda membaca 10 ayat daripada surah Ali ‘Imran. Setelah itu, baginda berdiri menuju ke tempat gereba yang tergantung, lalu baginda berwuduk dengan sempurna di situ, lantas baginda berdiri menunaikan solat. Saya pun melakukan seperti yang baginda lakukan itu, lalu saya berdiri di sebelah (kiri) baginda. Baginda lantas meletakkan tangan kanannya di kepala saya, lalu baginda menggentel daun telinga saya. Kemudian, baginda solat dua rakaat, kemudian dua rakaat lagi, kemudian dua rakaat lagi, kemudian dua rakaat lagi, kemudian dua rakaat lagi, kemudian dua rakaat lagi, dan akhir sekali baginda menunaikan solat witir. Setelah itu, baginda berbaring sehinggalah muazin datang kepada baginda. Baginda lalu bangun dan solat dua rakaat. Lantas baginda keluar dan menunaikan solat Subuh.”

992 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ، عَنْ مَالِكٍ، عَنْ مَخْرَمَةَ بْنِ سُلَيْمَانَ، عَنْ كُرَيْبٍ، أَنَّ ابْنَ عَبَّاسٍ أَخْبَرَهُ: أَنَّهُ بَاتَ عِنْدَ مَيْمُونَةَ وَهِيَ خَالَتُهُ فَاضْطَجَعْتُ فِي عَرْضِ وِسَادَةٍ «وَاضْطَجَعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَهْلُهُ فِي طُولِهَا، فَنَامَ حَتَّى انْتَصَفَ اللَّيْلُ - أَوْ قَرِيبًا مِنْهُ - فَاسْتَيْقَظَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ، ثُمَّ قَرَأَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ آلِ عِمْرَانَ، ثُمَّ قَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى شَنٍّ مُعَلَّقَةٍ، فَتَوَضَّأَ، فَأَحْسَنَ الوُضُوءَ، ثُمَّ قَامَ يُصَلِّي»، فَصَنَعْتُ مِثْلَهُ، فَقُمْتُ إِلَى جَنْبهِ، «فَوَضَعَ يَدَهُ اليُمْنَى عَلَى رَأْسِي وَأَخَذَ بِأُذُنِي يَفْتِلُهَا، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ أَوْتَرَ، ثُمَّ اضْطَجَعَ حَتَّى جَاءَهُ المُؤَذِّنُ، فَقَامَ، فَصَلَّى رَكْعَتَيْنِ، ثُمَّ خَرَجَ، فَصَلَّى الصُّبْحَ»

993 – Yahya bin Sulayman menyampaikan kepada kami, katanya ’Abdullah bin Wahb menyampaikan kepada saya, katanya ‘Amr mengkhabarkan kepada saya, dan bahawa ‘Abdul Rahman bin al-Qasim menyampaikan kepadanya daripada ayahnya, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar, beliau berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Solat malam itu dilakukan dua rakaat demi dua rakaat. Lalu apabila engkau mahu beredar, solatlah satu rakaat (witir) yang akan menjadi penutup bagi solat yang engkau telah tunaikan.” Al-Qasim berkata, “Sejak kami baligh, kami melihat orang ramai menunaikan solat Witir tiga rakaat. Cumanya, dalam perkara ini ada keluasan.. Saya berharap agar ia tidak menjadi suatu kesalahan.”

993 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سُلَيْمَانَ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عَمْرُو، وَأَنَّ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ القَاسِمِ، حَدَّثَهُ عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «صَلاَةُ اللَّيْلِ مَثْنَى مَثْنَى، فَإِذَا أَرَدْتَ أَنْ تَنْصَرِفَ، فَارْكَعْ رَكْعَةً تُوتِرُ لَكَ مَا صَلَّيْتَ» قَالَ القَاسِمُ: «وَرَأَيْنَا أُنَاسًا مُنْذُ أَدْرَكْنَا يُوتِرُونَ بِثَلاَثٍ، وَإِنَّ كُلًّا لَوَاسِعٌ أَرْجُو أَنْ لاَ يَكُونَ بِشَيْءٍ مِنْهُ بَأْسٌ»

994 – Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘ayb mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, katanya ‘Urwah menyampaikan kepada saya, bahawa ‘A’isyah mengkhabarkan kepadanya, bahawa Rasulullah ﷺ seringkali menunaikan solat sebelas rakaat. Begitulah keadaan solat baginda –yakni solat malam--. Kadar sujud yang baginda lakukan, lamanya adalah seperti seseorang membaca 50 ayat, barulah baginda bangun daripada sujud. Kemudian, baginda solat dua rakaat sebelum solat Subuh. Setelah itu, baginda berbaring mengiring di atas lambung kanannya, sehinggalah muazin datang dan memberitahu baginda untuk solat.”

994 - حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: حَدَّثَنِي عُرْوَةُ، أَنَّ عَائِشَةَ، أَخْبَرَتْهُ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، كَانَتْ تِلْكَ صَلاَتَهُ - تَعْنِي بِاللَّيْلِ - فَيَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ، وَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الفَجْرِ، ثُمَّ يَضْطَجِعُ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ المُؤَذِّنُ لِلصَّلاَةِ»

Sahih al-Bukhari