bab-bab penghadang orang solat
أَبْوَابُ سُتْرَةِ المُصَلِّيِ
Bab Penghadang Imam Itu Adalah Penghadang Makmum
Bāb Sutrat al-Imām Sutrat Man Khalfa-hu
بَابُ سُتْرَةُ الإِمَامِ سُتْرَةُ مَنْ خَلْفَهُ
493 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Ibn Syihab, daripada ‘Ubaydullah bin ‘Abdullah bin ‘Utbah, daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas, bahawa beliau berkata, “Saya pernah datang menaiki seekor keldai betina ketika saya sudah hampir baligh. Dalam masa yang sama, Rasulullah ﷺ mengimamkan solat para sahabat di Mina tanpa ada penghadang di hadapannya. Lalu, saya pun melintas di hadapan beberapa saf solat, saya turun dari keldai betina saya dan saya membiarkan keldai betina saya itu meragut rumput. Lantas, saya pun masuk ke dalam saf solat, dan tiada seorang pun yang membantah perbuatan saya.”
493 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُتْبَةَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ، أَنَّهُ قَالَ: أَقْبَلْتُ رَاكِبًا عَلَى حِمَارٍ أَتَانٍ، وَأَنَا يَوْمَئِذٍ قَدْ نَاهَزْتُ الِاحْتِلاَمَ، «وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي بِالنَّاسِ بِمِنًى إِلَى غَيْرِ جِدَارٍ، فَمَرَرْتُ بَيْنَ يَدَيْ بَعْضِ الصَّفِّ فَنَزَلْتُ، وَأَرْسَلْتُ الأَتَانَ تَرْتَعُ، وَدَخَلْتُ فِي الصَّفِّ، فَلَمْ يُنْكِرْ ذَلِكَ عَلَيَّ أَحَدٌ»
494 – Ishaq menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdullah bin Numayr menyampaikan kepada kami, katanya ‘Ubaydullah menyampaikan kepada kami, daripada Nafi‘, daripada Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah ﷺ apabila keluar pada hari raya untuk solat, baginda memerintahkan khadamnya untuk mengambil lembing dan memacakkannya di hadapan baginda sebagai penghadang. Lalu, baginda pun solat menghadap ke arah lembing tersebut, manakala orang ramai pula berada di belakang baginda. Baginda juga selalu melakukan begitu ketika dalam perjalanan. Bertitik tolak daripada itulah, para pemerintah mula menggunakannya juga.
494 - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ، عَنْ نَافِعٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ العِيدِ أَمَرَ بِالحَرْبَةِ، فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَيُصَلِّي إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ، وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السَّفَرِ»، فَمِنْ ثَمَّ اتَّخَذَهَا الْأُمَرَاءُ
495 – Abu al-Walid menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Awn bin Abu Juhayfah, beliau berkata, “Saya mendengar ayah saya berkata, bahawa Nabi ﷺ mengimamkan solat Zohor dan Asar para sahabat, dua rakaat dua rakaat di Bath-ha’, dalam keadaan di hadapan baginda ada pembatas berupa lembing. Ketika solat, ada perempuan dan keldai melintas di hadapannya.
495 - حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِمْ بِالْبَطْحَاءِ وَبَيْنَ يَدَيْهِ عَنَزَةٌ، الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ، وَالعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ، تَمُرُّ بَيْنَ يَدَيْهِ المَرْأَةُ وَالحِمَارُ»
Bab Berapakah Jarak Yang Sesuai Di Antara Orang Yang Solat Dengan Penghadangnya
Bāb Qadr Kam Yanbaghī an Yakūn bayna al-Muṣallī wa al-Sutrah
بَابُ قَدْرِ كَمْ يَنْبَغِي أَنْ يَكُونَ بَيْنَ المُصَلِّي وَالسُّتْرَةِ؟
496 – ‘Amr bin Zurarah menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul ‘Aziz bin Abu Hazim mengkhabarkan kepada kami, daripada ayahnya, daripada Sahal, beliau berkata, “Jarak di antara tempat solat Rasulullah ﷺ dan dinding adalah sekadar laluan seekor biri-biri.”
496 - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ سَهْلٍ، قَالَ: «كَانَ بَيْنَ مُصَلَّى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبَيْنَ الجِدَارِ مَمَرُّ الشَّاةِ»
497 – Al-Makki bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, katanya Yazid bin Abu ‘Ubayd menyampaikan kepada kami, daripada Salamah, beliau berkata, “Dinding masjid berdekatan mimbar itu, hampir-hampir boleh dilalui oleh seekor biri-biri.”
497 - حَدَّثَنَا المَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ أَبِي عُبَيْدٍ، عَنْ سَلَمَةَ، قَالَ: «كَانَ جِدَارُ المَسْجِدِ عِنْدَ المِنْبَرِ مَا كَادَتِ الشَّاةُ تَجُوزُهَا»