bab kemuliaan berjihad
بَاب فَضْلِ الْجِهَادِ وَالسِّيَرِ
Bab Kemuliaan Berjihad
Bāb Faḍl al-Jihād wa al-Siyar
بَاب فَضْلِ الْجِهَادِ وَالسِّيَرِ
Allah berfirman, “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. (Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).” Ibn ‘Abbas berkata, “batas-batas hukum itu adalah ketaatan.”
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ﴿۞ إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٰلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَۚ يُقَٰتِلُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقّٗا فِي ٱلتَّوۡرَىٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِي بَايَعۡتُم بِهِۦۚ ١١١﴾ إلى ﴿وَبَشِّرِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ١١٢﴾ [التوبة: 111-112] قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ الْحُدُودُ الطَّاعَةُ
2782 - al-Hasan bin Shabbah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Sabiq menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Malik bin Mighwal menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya mendengar al-Walid bin al-‘Ayzar meriwayatkan daripada Abu ‘Amr al-Syaybani, beliau berkata, Abdullah bin Mas‘ud berkata, Saya pernah bertanya Rasulullah ﷺ, “Wahai Rasulullah, apakah amalan terbaik?” Baginda menjawab, “Solat pada awal waktu.” Saya bertanya, “Kedua terbaik?” Baginda menjawab, “Berbakti kepada ibu bapa.” Saya bertanya, “Ketiga terbaik?” Baginda menjawab, “Berjihad di jalan Allah.” Kemudian saya berhenti bertanya. Jika saya tanya lagi, pasti baginda akan menjawab.
2782 - حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ صَبَّاحٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَابِقٍ حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ مِغْوَلٍ قَالَ سَمِعْتُ الْوَلِيدَ بْنَ الْعَيْزَارِ ذَكَرَ عَنْ أَبِي عَمْرٍو الشَّيْبَانِيِّ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ سَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ الْعَمَلِ أَفْضَلُ قَالَ الصَّلَاةُ عَلَى مِيقَاتِهَا قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ ثُمَّ بِرُّ الْوَالِدَيْنِ قُلْتُ ثُمَّ أَيٌّ قَالَ الْجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَسَكَتُّ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَوْ اسْتَزَدْتُهُ لَزَادَنِي
2783 - Ali bin Abdullah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Manshur menyampaikan kepada saya, daripada Mujahid, daripada Thawus, daripada Ibn ‘Abbas , beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Tiada lagi hijrah ke Mekah selepas pembukaannya. Tetapi jihad dan niat tetap ada. Apabila kalian diseru berjihad, sahutlah.”
2783 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنِي مَنْصُورٌ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ طَاوُسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا هِجْرَةَ بَعْدَ الْفَتْحِ وَلَكِنْ جِهَادٌ وَنِيَّةٌ وَإِذَا اسْتُنْفِرْتُمْ فَانْفِرُوا
2784 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Khalid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Habib bin Abu ‘Amrah menyampaikan kepada kami, daripada ‘A’isyah binti Thalhah, daripada ‘A’isyah , beliau berkata, “Wahai Rasulullah, menurutmu, jihad merupakan amalan yang terbaik. Jadi lebih baik kita sentiasa berperang.” Baginda menjawab, “Betul, tetapi jihad yang terbaik adalah haji mabrur.”
2784 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا خَالِدٌ حَدَّثَنَا حَبِيبُ بْنُ أَبِي عَمْرَةَ عَنْ عَائِشَةَ بِنْتِ طَلْحَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ تُرَى الْجِهَادَ أَفْضَلَ الْعَمَلِ أَفَلَا نُجَاهِدُ قَالَ لَكِنَّ أَفْضَلَ الْجِهَادِ حَجٌّ مَبْرُورٌ
2785 - Ishaq bin Manshur menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Affan mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, Hammam menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Juhadah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu Hashin mengkhabarkan kepada saya, bahawa Dzakwan menyampaikan kepadanya, bahawa Abu Hurayrah menyampaikan kepadanya, beliau berkata, Seorang lelaki datang kepada Rasulullah ﷺ dan berkata, “Ajarkan kepadaku amalan yang menyamai Jihad.” Baginda menjawab, “Saya tidak menemui amalan seperti itu.” Kemudian baginda menambah, “Adakah kamu mampu, sepanjang pejuang Islam berada di medan perang, masuk ke masjid kamu lalu menunaikan solat tanpa henti dan berpuasa?” Lelaki itu berkata, “Tetapi siapa yang boleh melakukan itu?” Abu Hurayrah menambah, “Sepanjang kuda seorang mujahid menderap, mujahid akan sentiasa mendapat ganjaran kebaikan.”
2785 - حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مَنْصُورٍ أَخْبَرَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جُحَادَةَ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو حَصِينٍ أَنَّ ذَكْوَانَ حَدَّثَهُ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حَدَّثَهُ قَالَ جَاءَ رَجُلٌ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ دُلَّنِي عَلَى عَمَلٍ يَعْدِلُ الْجِهَادَ قَالَ لَا أَجِدُهُ قَالَ هَلْ تَسْتَطِيعُ إِذَا خَرَجَ الْمُجَاهِدُ أَنْ تَدْخُلَ مَسْجِدَكَ فَتَقُومَ وَلَا تَفْتُرَ وَتَصُومَ وَلَا تُفْطِرَ قَالَ وَمَنْ يَسْتَطِيعُ ذَلِكَ قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ إِنَّ فَرَسَ الْمُجَاهِدِ لَيَسْتَنُّ فِي طِوَلِهِ فَيُكْتَبُ لَهُ حَسَنَاتٍ
Bab Manusia Terbaik Adalah Mukmin yang Berjihad dengan Nyawa dan Harta
Bāb Afḍal al-Nās Muʾmin Yujāhid bi-Nafsi-hi wa Māli-hi fī Sabīlillāh
بَاب أَفْضَلُ النَّاسِ مُؤْمِنٌ مُجَاهِدٌ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ
Allah berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya). (Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga “ Adn “. Itulah kemenangan yang besar.”
وَقَوْلُهُ تَعَالَى ﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ هَلۡ أَدُلُّكُمۡ عَلَىٰ تِجَٰرَةٖ تُنجِيكُم مِّنۡ عَذَابٍ أَلِيمٖ ١٠ تُؤۡمِنُونَ بِٱللَّهِ وَرَسُولِهِۦ وَتُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٰلِكُمۡ وَأَنفُسِكُمۡۚ ذَٰلِكُمۡ خَيۡرٞ لَّكُمۡ إِن كُنتُمۡ تَعۡلَمُونَ ١١ يَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ وَيُدۡخِلۡكُمۡ جَنَّٰتٖ تَجۡرِي مِن تَحۡتِهَا ٱلۡأَنۡهَٰرُ وَمَسَٰكِنَ طَيِّبَةٗ فِي جَنَّٰتِ عَدۡنٖۚ ذَٰلِكَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ ١٢﴾ [الصف: 10-12]
2786 - Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syu‘ayb mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, beliau berkata, ‘Atha’ bin Yazid al-Laytsi menyampaikan kepada saya, bahawa Abu Sa‘id al-Khudri menyampaikan kepadanya, beliau berkata, Rasulullah ﷺ ditanya, “Siapakah manusia terbaik?” Baginda menjawab, “Mukmin yang berjihad dengan jiwa dan hartanya.” Ditanya lagi, “Kedua terbaik?” Baginda menjawab, “Mukmin yang menyendiri di lereng-lereng gunung, bertakwa kepada Allah dan menjauhkan kejahatannya daripada manusia.”
2786 - حَدَّثَنَا أَبُو الْيَمَانِ أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ حَدَّثَنِي عَطَاءُ بْنُ يَزِيدَ اللَّيْثِيُّ أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ حَدَّثَهُ قَالَ قِيلَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ قَالُوا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِي شِعْبٍ مِنْ الشِّعَابِ يَتَّقِي اللَّهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ