bab ‘umrah
بَابُ الْعُمْرَةِ
Bab: Kewajipan Ibadah Umrah Dan Kelebihannya
Bāb Wujūb al-ʿUmrah wa Faḍli-hā
وُجُوبِ الْعُمْرَةِ وَفَضْلِهَا
Ibnu ‘Umar berkata, “Semua orang wajib melaksanakan haji dan umrah sekali.” Ibnu ‘Abbas pula berkata, “Dalilnya ada dalam Kitab Allah: Dan sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah
وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا لَيْسَ أَحَدٌ إِلَّا وَعَلَيْهِ حَجَّةٌ وَعُمْرَةٌ وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا إِنَّهَا لَقَرِينَتُهَا فِي كِتَابِ اللَّهِ ﴿وَأَتِمُّواْ ٱلۡحَجَّ وَٱلۡعُمۡرَةَ لِلَّهِۚ﴾
1773 - Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Sumayy hamba yang dibebaskan Abu Bakar bin Abdul Rahman, daripada Abu Shalih al-Samman, daripada Abu Hurayrah , bahawasanya Rasulullah ﷺ bersabda, “Sebuah umrah ke sebuah umrah ialah penghapus dosa kecil yang dilakukan antara keduanya, dan ganjaran haji mabrur hanyalah syurga.”
1773 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ سُمَيٍّ مَوْلَى أَبِي بَكْرِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْعُمْرَةُ إِلَى الْعُمْرَةِ كَفَّارَةٌ لِمَا بَيْنَهُمَا وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلَّا الْجَنَّةُ
Bab Orang yang Berumrah Sebelum Melakukan Haji
Bāb Man Iʿtamara qabla al-Ḥajj
بَابُ مَنْ اعْتَمَرَ قَبْلَ الْحَجِّ
1774 - Ahmad bin Muhammad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdullah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, ibn Jurayj menyampaikan kepada kami, bahawa ‘Ikrimah bin Khalid bertanya kepada Ibn ‘Umar berkenaan mengerjakan umrah sebelum haji. Beliau menjawab, “Tiada sebarang masalah.” ‘Ikrimah berkata, Ibn ‘Umar berkata, “Nabi ﷺ melakukan umrah juga sebelum melaksanakan haji.” Ibrahim bin Saad meriwayatkan daripada ibn Ishaq, beliau berkata, ‘Ikrimah bin Khalid menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Saya bertanya kepada Ibn ‘Umar... dengan lafaz yang serupa.
1774 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ أَنَّ عِكْرِمَةَ بْنَ خَالِدٍ سَأَلَ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا عَنْ الْعُمْرَةِ قَبْلَ الْحَجِّ فَقَالَ لَا بَأْسَ قَالَ عِكْرِمَةُ قَالَ ابْنُ عُمَرَ اعْتَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَبْلَ أَنْ يَحُجَّ وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ ابْنِ إِسْحَاقَ حَدَّثَنِي عِكْرِمَةُ بْنُ خَالِدٍ سَأَلْتُ ابْنَ عُمَرَ مِثْلَهُ
Bab Jumlah Umrah Nabi ﷺ
Bāb Kam Iʿtamara al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama
بَابٌ كَمْ اعْتَمَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1775 - Qutaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Jarir menyampaikan kepada kami, daripada Manshur, daripada Mujahid, beliau berkata, Saya dan ‘Urwah bin al-Zubayr pernah memasuki masjid, lalu kami mendapati Ibn ‘Umar sedang duduk menghadap ke Kamar ‘A’isyah, sementara orang ramai sedang melaksanakan solat duha. Kami bertanya Ibn ‘Umar tentang solat duha orang ramai ini, beliau menjawab, “Ia bidaah.” Kemudian ‘Urwah bertanya, “Berapa kalikah Rasulullah ﷺ mengerjakan umrah?” Beliau menjawab, “Empat kali, salah satunya pada bulan Rejab.” Tetapi kami tidak gemar untuk menjawabnya semula.
1775 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ دَخَلْتُ أَنَا وَعُرْوَةُ بْنُ الزُّبَيْرِ الْمَسْجِدَ فَإِذَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا جَالِسٌ إِلَى حُجْرَةِ عَائِشَةَ وَإِذَا نَاسٌ يُصَلُّونَ فِي الْمَسْجِدِ صَلَاةَ الضُّحَى قَالَ فَسَأَلْنَاهُ عَنْ صَلَاتِهِمْ فَقَالَ بِدْعَةٌ ثُمَّ قَالَ لَهُ كَمْ اعْتَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَرْبَعًا إِحْدَاهُنَّ فِي رَجَبٍ فَكَرِهْنَا أَنْ نَرُدَّ عَلَيْهِ
1776 - Mujahid berkata, Seketika kemudian, kami mendengar Ummul Mu’minin ‘A’isyah bersugi dari dalam kamar beliau. Lalu ‘Urwah berkata, “Wahai ibuku, ibu Kaum Beriman, tidakkah ibu mendengar ucapan Abu Abdul Rahman (Ibn ‘Umar)?” ‘A’isyah menjawab, “Apakah yang dikata dia?” ‘Urwah berkata, “Dia mengatakan yang Rasulullah ﷺ berumrah empat kali, salah satunya pada bulan Rejab.” ‘A’isyah menjawab, “Semoga Allah merahmati Abu Abdul Rahman, beliau pernah menyertai setiap umrah Nabi ﷺ, namun baginda tidak pernah sekali pun melaksanakan pada bulan Rejab.”
1776 - قَالَ وَسَمِعْنَا اسْتِنَانَ عَائِشَةَ أُمِّ الْمُؤْمِنِينَ فِي الْحُجْرَةِ فَقَالَ عُرْوَةُ يَا أُمَّاهُ يَا أُمَّ الْمُؤْمِنِينَ أَلَا تَسْمَعِينَ مَا يَقُولُ أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَالَتْ مَا يَقُولُ قَالَ يَقُولُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اعْتَمَرَ أَرْبَعَ عُمَرَاتٍ إِحْدَاهُنَّ فِي رَجَبٍ قَالَتْ يَرْحَمُ اللَّهُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ مَا اعْتَمَرَ عُمْرَةً إِلَّا وَهُوَ شَاهِدُهُ وَمَا اعْتَمَرَ فِي رَجَبٍ قَطُّ
1777 - Abu ‘Ashim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ibn Jurayj mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, ‘Atha’ mengkhabarkan kepada saya, daripada ‘Urwah bin al-Zubayr, beliau berkata, Saya bertanya kepada ‘A’isyah tentang umrah Nabi ﷺ, beliau menjawab, “Rasulullah ﷺ tidak pernah sekali pun melakukan umrah pada bulan Rejab.”
1777 - حَدَّثَنَا أَبُو عَاصِمٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَطَاءٌ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ قَالَ سَأَلْتُ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ مَا اعْتَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي رَجَبٍ