kemuliaan

المَنَاقِبُ

Bab Firman Allah, “Wahai Manusia, Sesungguhnya Kami Menciptakan Kamu Daripada Lelaki Dan Wanita, Dan Kami Jadikan Kamu Berbangsa Dan Berkabilah Agar Kamu Saling Berkenalan. Sesungguhnya Yang Paling Mulia Dalam Kalangan Kamu Di Sisi Allah Ialah Yang Paling Bertakwa.

Bāb Qawl Allāh Taʿālā Yā-Ayyuhā al-Nāsa in-nā Khalaqnā-kum min Dhakarin wa Unthā

بَابُ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: ﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ.

Dan firman-Nya, “Dan bertakwalah kepada Allah, yang kepada-Nya kamu meminta agar dihubungkan kasih sayang. Sesungguhnya Allah senantiasa mengawasi kamu.” Dan berkenaan larangan daripada seruan Jahiliah. Bangsa ialah nasab jauh, kabilah lebih dekat.

وَقَوْلِهِ ﴿وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ ٱلَّذِي تَسَآءَلُونَ بِهِۦ وَٱلۡأَرۡحَامَۚ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَيۡكُمۡ رَقِيبٗا ١ وَمَا يُنْهَى عَنْ دَعْوَى الجَاهِلِيَّةِ، الشُّعُوبُ: النَّسَبُ البَعِيدُ، وَالقَبَائِلُ: دُونَ ذَلِكَ.

3489 - Khalid bin Yazid al-Kahili menyampaikan kepada kami, Abu Bakr menyampaikan kepada kami, daripada Abu Hashin, daripada Sa‘id bin Jubayr, daripada Ibn ‘Abbas , “Dan Kami menjadikan kamu berbangsa dan berkabilah.” Bangsa: Kabilah besar. Kabilah: Suku.

3489 - حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ الكَاهِلِيُّ، حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ، عَنْ أَبِي حَصِينٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، ﴿وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ، قَالَ: " الشُّعُوبُ: القَبَائِلُ العِظَامُ، وَالقَبَائِلُ: البُطُونُ "

3490 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, Yahya bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydullah, beliau berkata, Sa‘id bin Abu Sa‘id menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, Rasulullah ﷺ ditanya, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia paling mulia?” Baginda menjawab, “Yang paling bertakwa dalam kalangan mereka.” Mereka berkata, “Kami tidak bertanya berkenaan itu.” baginda ﷺ menyahut, “Jika begitu, Yusuf, Nabi Allah.”

3490 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنِي سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قِيلَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ أَكْرَمُ النَّاسِ؟ قَالَ: «أَتْقَاهُمْ» قَالُوا: لَيْسَ عَنْ هَذَا نَسْأَلُكَ، قَالَ: «فَيُوسُفُ نَبِيُّ اللَّهِ»

3491 - Qays bin Hafsh menyampaikan kepada kami, Abdul Wahid menyampaikan kepada kami, Kulayb bin Wa’il menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Puteri tiri Nabi ﷺ, Zaynab binti Abu Salamah. Kulayb berkata kepada Zaynab, “Berkenaan Nabi ﷺ, adakah baginda daripada keturunan Mudhar?” Zaynab menjawab, “Daripada siapa lagi jika bukan Mudhar, daripada keturunan al-Nadhr bin Kinanah.”

3491 - حَدَّثَنَا قَيْسُ بْنُ حَفْصٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَاحِدِ، حَدَّثَنَا كُلَيْبُ بْنُ وَائِلٍ، قَالَ: حَدَّثَتْنِي رَبِيبَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، زَيْنَبُ بْنَةُ أَبِي سَلَمَةَ، قَالَ: قُلْتُ لَهَا: أَرَأَيْتِ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكَانَ مِنْ مُضَرَ؟ قَالَتْ: فَمِمَّنْ كَانَ إِلَّا مِنْ مُضَرَ، مِنْ بَنِي النَّضْرِ بْنِ كِنَانَةَ.

3492 - Musa menyampaikan kepada kami, Abdul Wahid menyampaikan kepada kami, Kulayb menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Puteri tiri Nabi ﷺ - saya rasa Zaynab – berkata, “Rasulullah ﷺ melarang arak-arak al-Dubba’, al-Hantam, al-Muqayyar dan al-Muzaffat.” Saya bertanya kepadanya, “Beritahu saya berkenaan Nabi ﷺ, adakah baginda daripada keturunan Mudhar?” Zaynab menjawab, “Daripada siapa lagi jika bukan Mudhar. Beliau daripada keturunan al-Nadhr bin Kinanah.”

3492 - حَدَّثَنَا مُوسَى، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَاحِدِ، حَدَّثَنَا كُلَيْبٌ، حَدَّثَتْنِي رَبِيبَةُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأَظُنُّهَا زَيْنَبَ قَالَتْ: «نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الدُّبَّاءِ، وَالحَنْتَمِ، وَالْمُقَيَّرِ، وَالمُزَفَّتِ». وَقُلْتُ لَهَا: أَخْبِرِينِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِمَّنْ كَانَ مِنْ مُضَرَ كَانَ؟ قَالَتْ: «فَمِمَّنْ كَانَ إِلَّا مِنْ مُضَرَ كَانَ مِنْ وَلَدِ النَّضْرِ بْنِ كِنَانَةَ».

3493 - Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada saya, Jarir mengkhabarkan kepada kami, daripada ‘Umarah, daripada Abu Zur‘ahm daripada Abu Hurayrah , daripada Rasulullah ﷺ, “Kamu akan dapati manusia seperti logam; yang terbaik dalam kalangan mereka ketika Jahiliah ialah mereka yang terbaik dalam zaman Islam juga, jika mereka memahami. Kamu juga akan dapati orang yang paling layak dengan jawatan ini ialah dia yang paling membencinya.”

3493 - حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ، عَنْ عُمَارَةَ، عَنْ أَبِي زُرْعَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «تَجِدُونَ النَّاسَ مَعَادِنَ، خِيَارُهُمْ فِي الجَاهِلِيَّةِ خِيَارُهُمْ فِي الإِسْلاَمِ، إِذَا فَقِهُوا، وَتَجِدُونَ خَيْرَ النَّاسِ فِي هَذَا الشَّأْنِ أَشَدَّهُمْ لَهُ كَرَاهِيَةً،

Sahih al-Bukhari