kitab awal penciptaan

كِتَاب بَدْءِ الْخَلْقِ

Bab Riwayat Berkaitan Firman Allah, “Dan Dia yang memulakan penciptaan, kemudian Dia yang mengulanginya. Dan pengulangan penciptaan kalian jauh lebih mudah bagi-Nya.

Bāb Mā Jāʾa fī Qawl Allāh Taʿālā wa-Huwa Alladhī Yabdaʾū al-Khalqa thumma Yuʿīdu-hu

بَاب مَا جَاءَ فِي قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ﴿وَهُوَ ٱلَّذِي يَبۡدَؤُاْ ٱلۡخَلۡقَ ثُمَّ يُعِيدُهُۥ وَهُوَ أَهۡوَنُ عَلَيۡهِۚ

Rabi‘ bin Khutsaym dan al-Hasan berkata, “Kesemuanya, pengulangan penciptaan alam, dan pengulangan penciptaan manusia, mudah.” Perkataan hayn boleh disebut hayyin, seperti layn dan layyin, mayt dan mayyit, ḍayq dan ḍayyiq. Ayat “afaʿayīnā,” maksudnya: Adakah [kalian sangka] Kami lemah untuk menciptakan kalian, dan mencipta penciptaan kalian. Perkataan lughūb, ertinya: Letih. Perkataan aṭwārā, ertinya: berkadar-kadar.

قَالَ الرَّبِيعُ بْنُ خُثَيْمٍ وَالْحَسَنُ كُلٌّ عَلَيْهِ هَيِّنٌ هَيْنٌ وَهَيِّنٌ مِثْلُ لَيْنٍ وَلَيِّنٍ وَمَيْتٍ وَمَيِّتٍ وَضَيْقٍ وَضَيِّقٍ {أَفَعَيِينَا} أَفَأَعْيَا عَلَيْنَا حِينَ أَنْشَأَكُمْ وَأَنْشَأَ خَلْقَكُمْ لُغُوبٌ النَّصَبُ {أَطْوَارًا} طَوْرًا كَذَا وَطَوْرًا كَذَا عَدَا طَوْرَهُ أَيْ قَدْرَهُ

3190 - Muhammad bin Katsir menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan mengkhabarkan kepada kami, daripada Jami‘ bin Syaddad, daripada Shafwan bin Muhriz, daripada ‘Imran bin Hushayn , beliau menceritakan: Sekumpulan wakil bani Tamim datang bertemu Nabi ﷺ, lalu baginda bersabda, “Wahai bani Tamim, terimalah berita gembira!” Lalu mereka menjawab, “Tuan telah menggembirakan kami, sekarang berilah kami harta tersebut.” Lalu wajah baginda berubah ketidaksukaan.

Kemudian datang pula wakil penduduk Yaman, lalu baginda bersabda, “Wahai penduduk Yaman, terimalah berita gembira, kerana bani Tamim tidak mahu menerimanya.” Mereka menyahut, “Kami menerimanya.”

Lalu baginda mula menceritakan berkenaan penciptaan makhluk dan Singgahsana. Lalu seseorang datang memberitahu saya, “Hei ‘Imran, untamu meronta-ronta.” Saya pun bangkit, lalu menyesal.

3190 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ جَامِعِ بْنِ شَدَّادٍ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ مُحْرِزٍ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ جَاءَ نَفَرٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا بَنِي تَمِيمٍ أَبْشِرُوا قَالُوا بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا فَتَغَيَّرَ وَجْهُهُ فَجَاءَهُ أَهْلُ الْيَمَنِ فَقَالَ يَا أَهْلَ الْيَمَنِ اقْبَلُوا الْبُشْرَى إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُو تَمِيمٍ قَالُوا قَبِلْنَا فَأَخَذَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ بَدْءَ الْخَلْقِ وَالْعَرْشِ فَجَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا عِمْرَانُ رَاحِلَتُكَ تَفَلَّتَتْ لَيْتَنِي لَمْ أَقُمْ

3191 - ‘Umar bin Hafsh bin Ghiyats menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Bapa saya menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-A‘masy menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Jami‘ bin Syaddad menyampaikan kepada kami, daripada Shafwan bin Muhriz, bahawa beliau menyampaikan kepadanya daripada ‘Imran bin Hushayn . Beliau berkata, Saya bertemu Nabi ﷺ selepas menambat untas saya di pintu.

Lalu sekumpulan wakil bani Tamim datang menghadap baginda. Baginda bersabda, “Terimalah berita gembira, wahai bani Tamim.” Mereka menjawab, “Tuan telah menggembirakan kami, sekarang berilah kami harta itu.” Mereka menyebutnya dua kali.

Kemudian masuk pula sekumpulan wakil penduduk Yaman. Baginda bersabda, “Terimalah berita gembira, wahai penduduk Yaman, kerana bani Tamim tidak mahu menerimanya.” Mereka menyambut, “Kami menerimanya wahai Rasulullah.”

Mereka kemudian menyambung, “Kami sebenarnya datang untuk bertanyakan kepada tuan tentang persoalan ini.” Lalu baginda menjawab, “Dahulu Allah ada, tiada yang selain Dia, lalu Dia menciptakan Singgahsana-Nya di atas air, lalu menulis segalanya di al-Dzikr (Lawh Mahfuz). Lalu Dia menciptakan langit dan bumi.”

Tiba-tiba seseorang memanggilku, “Untamu terlepas lari, wahai anak Hushayn.” Saya bingkas bangun dan mendapati unta saya sudah jauh berlari. Demi Allah, lebih baik kalau saya abaikan unta itu begitu sahaja.

3191 - حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ حَدَّثَنَا جَامِعُ بْنُ شَدَّادٍ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ مُحْرِزٍ أَنَّهُ حَدَّثَهُ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ دَخَلْتُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَقَلْتُ نَاقَتِي بِالْبَابِ فَأَتَاهُ نَاسٌ مِنْ بَنِي تَمِيمٍ فَقَالَ اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا بَنِي تَمِيمٍ قَالُوا قَدْ بَشَّرْتَنَا فَأَعْطِنَا مَرَّتَيْنِ ثُمَّ دَخَلَ عَلَيْهِ نَاسٌ مِنْ أَهْلِ الْيَمَنِ فَقَالَ اقْبَلُوا الْبُشْرَى يَا أَهْلَ الْيَمَنِ إِذْ لَمْ يَقْبَلْهَا بَنُو تَمِيمٍ قَالُوا قَدْ قَبِلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالُوا جِئْنَاكَ نَسْأَلُكَ عَنْ هَذَا الْأَمْرِ قَالَ كَانَ اللَّهُ وَلَمْ يَكُنْ شَيْءٌ غَيْرُهُ وَكَانَ عَرْشُهُ عَلَى الْمَاءِ وَكَتَبَ فِي الذِّكْرِ كُلَّ شَيْءٍ وَخَلَقَ السَّمَوَاتِ وَالْأَرْضَ فَنَادَى مُنَادٍ ذَهَبَتْ نَاقَتُكَ يَا ابْنَ الْحُصَيْنِ فَانْطَلَقْتُ فَإِذَا هِيَ يَقْطَعُ دُونَهَا السَّرَابُ فَوَاللَّهِ لَوَدِدْتُ أَنِّي كُنْتُ تَرَكْتُهَا

3192 - ‘Isa juga meriwayatkan daripada Raqabah, daripada Qays bin Muslim, daripada Thariq bin Syihab, beliau berkata, Saya mendengar ‘Umar berkata, “Nabi ﷺ pernah berdiri lama mengkhabarkan kepada kami khabar daripada awal penciptaan, sehingga ahli syurga dan neraka masuk ke tempat tinggal mereka. Ada yang hafaz, ada yang lupa.”

3192 - وَرَوَى عِيسَى عَنْ رَقَبَةَ عَنْ قَيْسِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ قَالَ سَمِعْتُ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَامَ فِينَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَقَامًا فَأَخْبَرَنَا عَنْ بَدْءِ الْخَلْقِ حَتَّى دَخَلَ أَهْلُ الْجَنَّةِ مَنَازِلَهُمْ وَأَهْلُ النَّارِ مَنَازِلَهُمْ حَفِظَ ذَلِكَ مَنْ حَفِظَهُ وَنَسِيَهُ مَنْ نَسِيَهُ

3193 - Abdullah bin Abu Syaybah menyampaikan kepada saya, daripada Abu Ahmad, daripada Sufyan, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, Nabi ﷺ bersabda, saya rasa beliau meriwayatkan daripada Allah, “Anak Adam memakiku, padahal tidak patut dia memakiku. Dia menuduh-Ku berdusta, padahal tidak patut dia melakukan begitu. Makiannya adalah dakwaannya yang Aku memiliki anak. Tuduhannya Aku berdusta adalah dakwaannya: Allah tidak akan mengembalikan saya sebagaimana Dia memulakan saya.”

3193 - حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ عَنْ أَبِي أَحْمَدَ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُرَاهُ قَالَ اللَّهُ تَعَالَى يَشْتِمُنِي ابْنُ آدَمَ وَمَا يَنْبَغِي لَهُ أَنْ يَشْتِمَنِي وَيُكَذِّبُنِي وَمَا يَنْبَغِي لَهُ أَمَّا شَتْمُهُ فَقَوْلُهُ إِنَّ لِي وَلَدًا وَأَمَّا تَكْذِيبُهُ فَقَوْلُهُ لَيْسَ يُعِيدُنِي كَمَا بَدَأَنِي

3194 - Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Mughirah bin Abdul Rahman al-Qurasyi menyampaikan kepada kami, daripada Abu al-Zinad, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Tatkala Allah selesai menetapkan takdir ciptaan-Nya, Dia menulis pada Kitab-Nya yang berada di sisi-Nya di atas Arasy: Sesungguhnya sifat belas-Ku mengatasi sifat murka-Ku.”

3194 -حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا مُغِيرَةُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقُرَشِيُّ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا قَضَى اللَّهُ الْخَلْقَ كَتَبَ فِي كِتَابِهِ فَهُوَ عِنْدَهُ فَوْقَ الْعَرْشِ إِنَّ رَحْمَتِي غَلَبَتْ غَضَبِي

Sahih al-Bukhari