kitab azan

كِتَابُ الأَذَانِ

Bab Permulaan Azan

Bāb Badʾ al-Adhān

بَابُ بَدْءِ الأَذَانِ

Firman Allah , “Dan apabila kamu melaungkan (azan) untuk menunaikan solat, mereka menjadikan solat itu sebagai suatu ejekan dan permainan. Demikian itulah kerana mereka adalah kaum yang tidak berakal.” Dan firman Allah, “Apabila dilaungkan (azan) untuk menunaikan solat pada hari Jumaat…”

وَقَوْلُهُ عَزَّ وَجَلَّ: ﴿وَإِذَا نَادَيۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ ٱتَّخَذُوهَا هُزُوٗا وَلَعِبٗاۚ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمۡ قَوۡمٞ لَّا يَعۡقِلُونَ ٥٨، وَقَوْلُهُ ﴿إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَوٰةِ مِن يَوۡمِ ٱلۡجُمُعَةِ ٩ [الجمعة: 9]

603 – ‘Imran bin Maysarah menyampaikan kepada kami, ‘Abdul Warits menyampaikan kepada kami, Khalid al-Hadzdza’ menyampaikan kepada kami, daripada Abu Qilabah, daripada Anas, beliau berkata, “Para sahabat mencadangkan api dan kertuk (untuk digunakan bagi memanggil orang solat). Namun, mereka juga menyebut bahawa ia adalah syiar orang Yahudi dan Nasrani. Kemudian, Bilal diperintahkan untuk mengumandangkan azan dengan melafazkan ucapannya dua kali, dua kali. Manakala, untuk iqamat pula, melafazkan ucapannya sekali sahaja.”

603 - حَدَّثَنَا عِمْرَانُ بْنُ مَيْسَرَةَ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَارِثِ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ الحَذَّاءُ، عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: ذَكَرُوا النَّارَ وَالنَّاقُوسَ، فَذَكَرُوا اليَهُودَ وَالنَّصَارَى «فَأُمِرَ بِلاَلٌ أَنْ يَشْفَعَ الأَذَانَ، وَأَنْ يُوتِرَ الإِقَامَةَ»

604 – Mahmud bin Ghaylan menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya Ibn Jurayj mengkhabarkan kepada kami, katanya Nafi‘ mengkhabarkan kepada saya, bahawa Ibn ‘Umar berkata, “Ketika kaum Muslimin tiba di Madinah, mereka berkumpul untuk solat dengan hanya mengagak-agak waktunya, tidak ada seruan khusus untuk kerjakan solat. Suatu hari, mereka pun membincangkan tentang masalah ini. Ada yang mencadang, “Gunalah kertuk seperti orang Nasrani.” Yang lain ada juga yang mencadang, “Gunalah tetuang seperti orang Yahudi.” Kemudian ‘Umar pun mengusulkan cadangan, “Mengapa tidak tuan perintahkan seseorang untuk mengumandangkan seruan untuk solat?” Maka, Rasulullah ﷺ pun bersabda, “Bilal, pergilah laungkanlah (azan) untuk solat.”

604 - حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ غَيْلاَنَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي نَافِعٌ، أَنَّ ابْنَ عُمَرَ، كَانَ يَقُولُ: كَانَ المُسْلِمُونَ حِينَ قَدِمُوا المَدِينَةَ يَجْتَمِعُونَ فَيَتَحَيَّنُونَ الصَّلاَةَ لَيْسَ يُنَادَى لَهَا، فَتَكَلَّمُوا يَوْمًا فِي ذَلِكَ، فَقَالَ بَعْضُهُمْ: اتَّخِذُوا نَاقُوسًا مِثْلَ نَاقُوسِ النَّصَارَى، وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ بُوقًا مِثْلَ قَرْنِ اليَهُودِ، فَقَالَ عُمَرُ: أَوَلاَ تَبْعَثُونَ رَجُلًا يُنَادِي بِالصَّلاَةِ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «يَا بِلاَلُ قُمْ فَنَادِ بِالصَّلاَةِ»

Bab Lafaz Azan Itu Diucapkan Dua Kali

Bāb al-Adhān Mathnā Mathnā

بَابٌ: الأَذَانُ مَثْنَى مَثْنَى

605 – Sulayman bin Harb menyampaikan kepada kami, katanya Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, daripada Simak bin ‘Athiyyah, daripada Ayyub, daripada Abu Qilabah, daripada Anas, beliau berkata, “Bilal diperintahkan untuk melafazkan ucapan azan dua kali, dua kali, dan melafazkan ucapan iqamat pula satu kali, satu kali, kecuali ucapan iqamat (qad qamat al-shalah).”

605 - حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ سِمَاكِ بْنِ عَطِيَّةَ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: «أُمِرَ بِلاَلٌ أَنْ يَشْفَعَ الأَذَانَ، وَأَنْ يُوتِرَ الإِقَامَةَ، إِلَّا الإِقَامَةَ»

606 – Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul Wahab mengkhabarkan kepada kami, katanya Khalid al-Hadzdza’ mengkhabarkan kepada kami, daripada ‘Abu Qilabah, daripada Anas bin Malik, beliau berkata, “Tatkala orang Islam kian ramai, mereka membincangkan cara untuk memberitahu masuknya waktu solat dengan sesuatu tanda yang orang ramai tahu. Ada yang mencadangkan untuk menyalakan api, atau memukul kertuk. Akhirnya, Bilal diperintahkan untuk menggenapkan lafaz azan (dua kali, dua kali) dan mengganjilkan lafaz iqamat (satu kali).”

606 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ، قَالَ: أَخْبَرَنَا عَبْدُ الوَهَّابِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا خَالِدٌ الحَذَّاءُ، عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: «لَمَّا كَثُرَ النَّاسُ» قَالَ: «ذَكَرُوا أَنْ يَعْلَمُوا وَقْتَ الصَّلاَةِ بِشَيْءٍ يَعْرِفُونَهُ، فَذَكَرُوا أَنْ يُورُوا نَارًا، أَوْ يَضْرِبُوا نَاقُوسًا فَأُمِرَ بِلاَلٌ أَنْ يَشْفَعَ الأَذَانَ، وَأَنْ يُوتِرَ الإِقَامَةَ»

Bab Iqamat Hanya Satu Kali, Kecuali Ucapan Qad Qamat Al-Shalat

Bāb al-Iqāmah Wāḥidah illā Qawla-hu Qad Qāmat al-Ṣalāh

بَابٌ: الإِقَامَةُ وَاحِدَةٌ، إِلَّا قَوْلَهُ قَدْ قَامَتِ الصَّلاَةُ

607 – ‘Ali bin ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, Isma‘il bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, Khalid menyampaikan kepada kami, daripada Abu Qilabah, daripada Anas, beliau berkata, “Bilal diperintahkan untuk menggenapkan lafaz azan (melafazkan ucapan-ucapan azan dua kali, dua kali) dan mengganjilkan lafaz iqamat (melafazkan ucapan iqamat satu kali sahaja.) Isma‘il berkata, “Saya menyebutkannya kepada Ayyub, lalu beliau berkata, “Kecuali ucapan iqamat (qad qamat al-shalah).”

607 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا خَالِدٌ، عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ، عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: «أُمِرَ بِلاَلٌ أَنْ يَشْفَعَ الأَذَانَ، وَأَنْ يُوتِرَ الإِقَامَةَ» قَالَ إِسْمَاعِيلُ: فَذَكَرْتُ لِأَيُّوبَ، فَقَالَ: «إِلَّا الإِقَامَةَ»

Sahih al-Bukhari