kitab berkaitan al-qadar (takdir)

كِتَابُ القَدَرِ

Bab Mengenai Takdir

Bāb fī al-Qadar

بَابٌ فِي القَدَرِ

6594 – Abu al-Walid menyampaikan kepada kami, Hisyam bin ‘Abd al-Malik menyampaikan kepada kami, Syu‘bah menyampaikan kepadaku, Sulayman al-A‘masy mengkhabarkan kepadaku, beliau berkata, Saya mendengar Zayd bin Wahab daripada ‘Abdullah berkata, Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami – dan baginda merupakan seorang yang jujur lagi benar - bersabda, “Sesungguhnya kamu semua dihimpun dalam perut ibunya selama empat puluh hari, kemudian menjadi segumpal darah juga seperti tempoh itu, kemudian menjadi segumpal daging juga seperti tempoh itu, kemudian Allah mengutus malaikat dan diperintahkannya dengan empat perkara: Rezekinya, ajalnya, sengsara atau bahagia. Demi Allah, sesungguhnya salah seorang antara kamu, atau sesungguhnya ada seseorang yang telah melakukan amalan-amalan penghuni neraka, sehingga tiada jarak antara dia dan neraka selain sehasta atau sejengkal, tetapi takdir mendahuluinya sehingga dia mengamalkan amalan penghuni syurga lalu memasukinya. Dan sesungguhnya ada seseorang yang melakukan amalan-amalan penghuni syurga, sehingga tiada jarak antara dia dan neraka selain sehasta atau dua hasta, tetapi takdir mendahuluinya sehingga dia melakukan amalan-amalan penghuni neraka lalu memasukinya.” Adam berkata dengan redaksi, “Kecuali tinggal sehasta.”

6594 - حَدَّثَنَا أَبُو الوَلِيدِ هِشَامُ بْنُ عَبْدِ المَلِكِ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، أَنْبَأَنِي سُلَيْمَانُ الأَعْمَشُ، قَالَ: سَمِعْتُ زَيْدَ بْنَ وَهْبٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ:حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُوَ الصَّادِقُ المَصْدُوقُ، قَالَ: “ إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا، ثُمَّ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ، ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعٍ: بِرِزْقِهِ وَأَجَلِهِ، وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ، فَوَاللَّهِ إِنَّ أَحَدَكُمْ - أَوْ: الرَّجُلَ - يَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا غَيْرُ بَاعٍ أَوْ ذِرَاعٍ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ، فَيَدْخُلُهَا. وَإِنَّ الرَّجُلَ لَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ الجَنَّةِ، حَتَّى مَا يَكُونُ بَيْنَهُ وَبَيْنَهَا غَيْرُ ذِرَاعٍ أَوْ ذِرَاعَيْنِ، فَيَسْبِقُ عَلَيْهِ الكِتَابُ، فَيَعْمَلُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ فَيَدْخُلُهَا “ قَالَ آدَمُ: «إِلَّا ذِرَاعٌ»

6595 - Sulayman bin Harb menyampaikan kepada kami, Hammad menyampaikan kepada kami, daripada ‘Ubaydillah bin Abu Bakar bin Anas, daripada Anas bin Malik , daripada Nabi ﷺ bersabda, “Allah mengutuskan malaikat pada setiap rahim, kemudian malaikat tersebut berkata, “Wahai Rabbku, ataukah sebatas segumpal mani? Wahai Rabbku, ataukah sebatas segumpal darah? Wahai Rabbku, ataukah sebatas segumpal daging? dan jika Allah berkehendak menyempurnakan penciptaannya, malaikat berkata, “Wahai Rabbku, lelaki atau perempuan? Sengsara atau bahagia? Berapa banyakkah rezekinya dan bilakah ajalnya? Lalu dicatatkan, demikian berlaku ketika dalam perut ibunya.”

6595 - حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ، حَدَّثَنَا حَمَّادٌ، عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَنَسٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: “ وَكَّلَ اللَّهُ بِالرَّحِمِ مَلَكًا، فَيَقُولُ: أَيْ رَبِّ نُطْفَةٌ، أَيْ رَبِّ عَلَقَةٌ، أَيْ رَبِّ مُضْغَةٌ، فَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ أَنْ يَقْضِيَ خَلْقَهَا، قَالَ: أَيْ رَبِّ، أَذَكَرٌ أَمْ أُنْثَى، أَشَقِيٌّ أَمْ سَعِيدٌ، فَمَا الرِّزْقُ، فَمَا الأَجَلُ، فَيُكْتَبُ كَذَلِكَ فِي بَطْنِ أُمِّهِ “

Bab Pena Telah Kering Menulis Ilmu Allah

Bāb Jaffa al-Qalam ʿalā ʿIlm Allāh

بَابٌ: جَفَّ القَلَمُ عَلَى عِلْمِ اللَّهِ

{Dan dia pula disesatkan oleh Allah  berdasarkan ilmu-Nya} Abu Hurayrah  berkata, Nabi ﷺ kepadaku: “Pena telah mengering (mencatat) apa yang bakal kamu hadapi (dalam hidup).” Ibn ‘Abbas  berkata, {dan merekalah orang yang terlebih dahulu mendapatkannya} : mereka mendapatkan kebahagiaan.

{وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ} وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: قَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «جَفَّ القَلَمُ بِمَا أَنْتَ لاَقٍ» قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: {لَهَا سَابِقُونَ}: «سَبَقَتْ لَهُمُ السَّعَادَةُ»

6596 - Adam menyampaikan kepada kami, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, Yazid al-Rishk menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya mendengar Mutarrif bin ‘Abdullah bin Shikhkhir menyampaikan daripada ‘Imran bin Husain, beliau berkata, Seorang lelaki berkata, “Wahai Rasulullah, apakah penghuni syurga dan penghuni neraka telah diketahui?”Nabi menjawab, “Ya.” Orang tersebut bertanya lagi: “Jika begitu apa gunanya orang beramal?” Nabi menjawab, “Setiap orang melakukan amalan sesuai dengan kehendak penciptaannya, atau yang dimudahkan baginya.”

6596 - حَدَّثَنَا آدَمُ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ الرِّشْكُ، قَالَ: سَمِعْتُ مُطَرِّفَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الشِّخِّيرِ، يُحَدِّثُ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيُعْرَفُ أَهْلُ الجَنَّةِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ؟ قَالَ: «نَعَمْ» قَالَ: فَلِمَ يَعْمَلُ العَامِلُونَ؟ قَالَ: “ كُلٌّ يَعْمَلُ لِمَا خُلِقَ لَهُ، أَوْ: لِمَا يُسِّرَ لَهُ “

Bab Allah Lebih Mengetahui Apa Yang Mereka Lakukan

Bāb Allāh Aʿlam bi-Mā Kānū ʿĀmilīn

بَابٌ: اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ

6597 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, Ghundar menyampaikan kepada kami, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Bishr, daripada Sa‘id bin Jubayr, daripada Ibn ‘Abbas  berkata, Nabi ﷺ ditanya tentang anak-anak orang Musyrikin, maka baginda bersabda, “Allah lebih mengetahui apa yang mereka kerjakan.”

6597 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ أَبِي بِشْرٍ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَوْلاَدِ المُشْرِكِينَ، فَقَالَ: «اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ»

6598 - Yahya bin Bukayr menyampaikan kepada kami, al-Layts menyampaikan kepada kami, daripada Yunus, daripada Ibn Syihab berkata, ‘Atha’ bin Yazid menyampaikan kepadaku bahawa dia mendengar Abu Hurayrah  berkata, Rasulullah ﷺ pernah ditanya tentang anak-anak musyrikin, baginda menjawab, “Allah lebih tahu apa yang mereka kerjakan.”

6598 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ يُونُسَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ: وَأَخْبَرَنِي عَطَاءُ بْنُ يَزِيدَ: أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ، يَقُولُ: سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَرَارِيِّ المُشْرِكِينَ، فَقَالَ: «اللَّهُ أَعْلَمُ بِمَا كَانُوا عَامِلِينَ»

Sahih al-Bukhari
      Kitab Berkaitan Al-Qadar (Takdir) | Sahih Al-Bukhari