kitab berkaitan keterpaksaan
كِتَابُ الإِكْرَاهِ
Dan firman Allah Taala {Sesiapa yang kufur kepada Allah sesudah dia beriman (maka baginya kemurkaan dan azab dari Allah), kecuali orang yang dipaksa (melakukan kufur) sedang hatinya tenang tenteram dengan iman, akan tetapi sesiapa yang terbuka hatinya menerima kufur maka atas mereka tertimpa kemurkaan dari Allah, dan mereka pula beroleh azab yang besar} . Dan berfirman, {kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu)} dan ia merupakan suatu bentuk taqiyyah. Dan berfirman, {Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata, “Apakah yang kamu telah lakukan mengenai agama kamu?” Mereka menjawab, “Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi”} sehingga firman-Nya: {Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun} . {orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata, “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh)”} . Allah memberi keuzuran kepada golongan tertindas yang mana mereka tidak meninggalkan apa yang telah diperintahkan oleh Allah dan orang yang dipaksa itu tidak lain melainkan dia orang yang tertindas, tidak mampu menghalang apa yang diperintahkan kepadanya. Al-Hasan berkata, “Taqiyyah berlaku sehingga hari kiamat.” Ibn ‘Abbas berkata, “Sesiapa yang dipaksa oleh penyamun lalu dia mentalakkan isterinya, itu tiada apa-apa. Ini merupakan pendapat Ibn ‘Umar, Ibn al-Zubayr, al-Syabi dan al-Hasan. Nabi ﷺ bersabda, “Setiap perbuatan bergantung kepada niat.”
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {إِلَّا مَنْ أُكْرِهَ وَقَلْبُهُ مُطْمَئِنٌّ بِالإِيمَانِ وَلَكِنْ مَنْ شَرَحَ بِالكُفْرِ صَدْرًا فَعَلَيْهِمْ غَضَبٌ مِنَ اللَّهِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ} وَقَالَ: {إِلَّا أَنْ تَتَّقُوا مِنْهُمْ تُقَاةً}: «وَهِيَ تَقِيَّةٌ». وَقَالَ: {إِنَّ الَّذِينَ تَوَفَّاهُمُ المَلاَئِكَةُ ظَالِمِي أَنْفُسِهِمْ قَالُوا فِيمَ كُنْتُمْ قَالُوا كُنَّا مُسْتَضْعَفِينَ فِي الأَرْضِ} - إِلَى قَوْلِهِ - {عَفُوًّا غَفُورًا} وَقَالَ: {وَالمُسْتَضْعَفِينَ مِنَ الرِّجَالِ وَالنِّسَاءِ وَالوِلْدَانِ الَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَخْرِجْنَا مِنْ هَذِهِ القَرْيَةِ الظَّالِمِ أَهْلُهَا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ وَلِيًّا وَاجْعَلْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ نَصِيرًا}: «فَعَذَرَ اللَّهُ المُسْتَضْعَفِينَ الَّذِينَ لاَ يَمْتَنِعُونَ مِنْ تَرْكِ مَا أَمَرَ اللَّهُ بِهِ، وَالمُكْرَهُ لاَ يَكُونُ إِلَّا مُسْتَضْعَفًا، غَيْرَ مُمْتَنِعٍ مِنْ فِعْلِ مَا أُمِرَ بِهِ» وَقَالَ الحَسَنُ: «التَّقِيَّةُ إِلَى يَوْمِ القِيَامَةِ» وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ، فِيمَنْ يُكْرِهُهُ اللُّصُوصُ فَيُطَلِّقُ: «لَيْسَ بِشَيْءٍ» وَبِهِ قَالَ ابْنُ عُمَرَ، وَابْنُ الزُّبَيْرِ وَالشَّعْبِيُّ، وَالحَسَنُ وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ»
6940 - Yahya bin Bukayr menyampaikan kepada kami, al-Laytsmenyampaikan kepada kami, daripada Khalid bin Yazid, daripada Sa‘id bin Abu Hilal, daripada Hilal bin Usamah, bahawa Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman mengkhabarkan kepadanya daripada Abu Hurayrah, bahawa Nabi ﷺ dalam solatnya berdoa: “Ya Allah, selamatkanlah ‘Ayyasy bin Abu Rabi‘ah, Salamah bin Hisyam dan Walid bin al-Walid, Ya Allah selamatkanlah orang-orang lemah dalam kalangan orang-orang mukmin, ya Allah, kukuhkanlah rasa kesengsaraan terhadap Mudhar, dan kirimkanlah musim kemarau kepada mereka, sebagaimana kemarau yang menimpa Yusuf.”
6940 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ خَالِدِ بْنِ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ هِلاَلِ بْنِ أُسَامَةَ، أَنَّ أَبَا سَلَمَةَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَخْبَرَهُ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: «اللَّهُمَّ أَنْجِ عَيَّاشَ بْنَ أَبِي رَبِيعَةَ، وَسَلَمَةَ بْنَ هِشَامٍ، وَالوَلِيدَ بْنَ الوَلِيدِ، اللَّهُمَّ أَنْجِ المُسْتَضْعَفِينَ مِنَ المُؤْمِنِينَ، اللَّهُمَّ اشْدُدْ وَطْأَتَكَ عَلَى مُضَرَ، وَابْعَثْ عَلَيْهِمْ سِنِينَ كَسِنِي يُوسُفَ»
Bab Memilih Dipukul, Dibunuh Dan Untuk Penghinaan Kekufuran
Bāb Man Ikhtār al-Ḍarb wa al-Qatl wa al-Hawān ʿalā al-Kufr
بَابُ مَنِ اخْتَارَ الضَّرْبَ وَالقَتْلَ وَالهَوَانَ عَلَى الكُفْرِ
6941 - Muhammad bin ‘Abdullah bin Hausyab al-Tha’ifiyy menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Wahhab menyampaikan kepada kami, Ayyub menyampaikan kepada kami, daripada Abu Qilabah, daripada Anas berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Ada tiga perkara yang jika seseorang melaksanakannya, dia akan mendapat kemanisan iman, Allah dan Rasul-Nya lebih dia cintai daripada selain keduanya, dia mencintai seseorang dengan tiada dorongan selain kerana Allah, dan benci kembali kepada kekafiran sebagaimana kebenciannya untuk dilempar ke dalam api neraka.”
6941 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَوْشَبٍ الطَّائِفِيُّ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَهَّابِ، حَدَّثَنَا أَيُّوبُ، عَنْ أَبِي قِلاَبَةَ، عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “ ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ الإِيمَانِ: أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ المَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ “
6942 - Sa‘id bin Sulayman menyampaikan kepada kami, ‘Abbad menyampaikan kepada kami, daripada Isma‘il, saya mendengar Qays, saya mendengar Sa‘id bin Zayd berkata, Saya pernah bermimpi bahawa ‘Umar adalah peneguhku terhadap Islam, dan sekiranya gunung Uhud runtuh kerana perlakuan kamu terhadap ‘Utsman, nescaya gunung itu pun runtuh.”
6942 - حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ سُلَيْمَانَ، حَدَّثَنَا عَبَّادٌ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ، سَمِعْتُ قَيْسًا، سَمِعْتُ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ، يَقُولُ: «لَقَدْ رَأَيْتُنِي وَإِنَّ عُمَرَ مُوثِقِي عَلَى الإِسْلاَمِ، وَلَوْ انْقَضَّ أُحُدٌ مِمَّا فَعَلْتُمْ بِعُثْمَانَ، كَانَ مَحْقُوقًا أَنْ يَنْقَضَّ»
6943 - Musaddad menyampaikan kepada kami, Yahya menyampaikan kepada kami, daripada Isma‘il, Qays menyampaikan kepada kami, daripada Khabbab bin al-Arat berkata, Kami pernah mengeluhkan penderitaan kepada Rasulullah ﷺ yang ketika itu baginda beralaskan kain panjangnya di naungan kaabah. Maka kami mengadu: “Tidak mahukah kamu meminta pertolongan untuk kami? Tidak mahukah kamu berdoa untuk kami? Maka baginda bersabda, “Seungguhnya sebelum kamu ada orang yang diseret kemudian digalikan lubang buatnya dan ditimbus, lalu didatangkan gergaji dan diletakkan di kepalanya, sehingga kepalanya terbelah menjadi dua, dan ada yang disisir dengan sisir besi sehingga memisahkan tulang dan dagingnya namun semua seksaan itu tidak memalingkannya daripada agamanya. Demi Allah, perkara ini akan sempurna sehingga seorang pengembara dapat berjalan daripada Shan‘a’ ke Hadramaut, dan dia tidak risau selain kepada Allah dan serigala yang akan menerkam kambingnya, namun kamu ini orang yang tergesa-gesa.”
6943 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى، عَنْ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا قَيْسٌ، عَنْ خَبَّابِ بْنِ الأَرَتِّ، قَالَ: شَكَوْنَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ مُتَوَسِّدٌ بُرْدَةً لَهُ فِي ظِلِّ الكَعْبَةِ فَقُلْنَا: أَلاَ تَسْتَنْصِرُ لَنَا أَلاَ تَدْعُو لَنَا؟ فَقَالَ: «قَدْ كَانَ مَنْ قَبْلَكُمْ، يُؤْخَذُ الرَّجُلُ فَيُحْفَرُ لَهُ فِي الأَرْضِ، فَيُجْعَلُ فِيهَا، فَيُجَاءُ بِالْمِنْشَارِ فَيُوضَعُ عَلَى رَأْسِهِ فَيُجْعَلُ نِصْفَيْنِ، وَيُمْشَطُ بِأَمْشَاطِ الحَدِيدِ، مَا دُونَ لَحْمِهِ وَعَظْمِهِ، فَمَا يَصُدُّهُ ذَلِكَ عَنْ دِينِهِ، وَاللَّهِ لَيَتِمَّنَّ هَذَا الأَمْرُ، حَتَّى يَسِيرَ الرَّاكِبُ مِنْ صَنْعَاءَ إِلَى حَضْرَمَوْتَ، لاَ يَخَافُ إِلَّا اللَّهَ، وَالذِّئْبَ عَلَى غَنَمِهِ، وَلَكِنَّكُمْ تَسْتَعْجِلُونَ»
Bab Jual Beli Secara Terpaksa Dan Seumpama Dengannya,
Bāb fī Bayʾ al-Mukrah wa Naḥwi-hi fī al-Ḥaqq wa Ghayr-hi
بَابُ فِي بَيْعِ المُكْرَهِ وَنَحْوِهِ، فِي الحَقِّ وَغَيْرِهِ
6944 – ‘Abd al-Aziz bin ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, al-Layts menyampaikan kepada kami, daripada Sa‘id al-Maqburiyy, daripada ayahnya daripada Abu Hurayrah ketika kami di masjid, tiba-tiba Rasulullah ﷺ menemui kami dan berkata, “Ayuh kita menuju ke kaum Yahudi.” Maka kami berangkat bersama baginda sehingga sampai ke Bayt al-Midras, Nabi ﷺ berdiri dan menyeru mereka: “Wahai sekalian yahudi, masuklah ke dalam Islam, maka kamu akan selamat.” Mereka berkata, “Kamu telah menyampaikan wahai Abu al-Qasim.” Nabi berkata, “Itulah yang saya inginkan sebenarnya.” Nabi mengulang ajakannya kali kedua dan mereka memberi jawaban sama, 'Telah kamu sampaikan wahai Abul qasim.' Nabi mengajak mereka untuk kali ketiga, dan berkata kepada mereka: “Ketahuilah, bahawa bumi ini adalah milik Allah dan Rasul-Nya, dan saya ingin mengusir kamu. Sesiapa antara kamu yang mendapatkan sesuatu dengan hartanya, juallah, sekiranya tidak, ketahuilah bumi ini hanyalah milik Allah dan Rasul-Nya.”
6944 - حَدَّثَنَا عَبْدُ العَزِيزِ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ سَعِيدٍ المَقْبُرِيِّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: بَيْنَمَا نَحْنُ فِي المَسْجِدِ إِذْ خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «انْطَلِقُوا إِلَى يَهُودَ» فَخَرَجْنَا مَعَهُ حَتَّى جِئْنَا بَيْتَ المِدْرَاسِ، فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَنَادَاهُمْ: «يَا مَعْشَرَ يَهُودَ، أَسْلِمُوا تَسْلَمُوا» فَقَالُوا: قَدْ بَلَّغْتَ يَا أَبَا القَاسِمِ، فَقَالَ: «ذَلِكَ أُرِيدُ» ثُمَّ قَالَهَا الثَّانِيَةَ، فَقَالُوا: قَدْ بَلَّغْتَ يَا أَبَا القَاسِمِ، ثُمَّ قَالَ الثَّالِثَةَ، فَقَالَ: «اعْلَمُوا أَنَّ الأَرْضَ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ، وَإِنِّي أُرِيدُ أَنْ أُجْلِيَكُمْ، فَمَنْ وَجَدَ مِنْكُمْ بِمَالِهِ شَيْئًا فَلْيَبِعْهُ، وَإِلَّا فَاعْلَمُوا أَنَّمَا الأَرْضُ لِلَّهِ وَرَسُولِهِ»