kitab berkaitan pelbagai doa
كِتَابُ الدَّعَوَاتِ
Firman Allah Ta’ala: {Berdoalah kepada-Ku, pasti Aku perkenankan doa kamu, Sesungguhnya orang yang sombong daripada beribadat dan berdoa kepada-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina}
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ إِنَّ الَّذِينَ يَسْتَكْبِرُونَ عَنْ عِبَادَتِي سَيَدْخُلُونَ جَهَنَّمَ دَاخِرِينَ}
Bab Setiap Nabi Dikurniakan Doa Yang Mustajab
Bāb li-Kull Nabī Daʿwah Mustajābah
بَابٌ: لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ
6304 - Isma‘il menyampaikan kepada kami, dia berkata, Malik menyampaikan kepadaku daripada Abu al-Zinad, daripada al-A‘raj, daripada Abu Hurayrah bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Setiap Nabi mempunyai doa yang mustajab dan saya ingin menyimpan doa tersebut sebagai syafaat untuk umatku di Akhirat nanti.”
6304 - حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، قَالَ: حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ أَبِي الزِّنَادِ، عَنِ الأَعْرَجِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ مُسْتَجَابَةٌ يَدْعُو بِهَا، وَأُرِيدُ أَنْ أَخْتَبِئَ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي فِي الآخِرَةِ»
6305 - Khalifah pernah berkata kepadaku, Mu'tamir berkata, Saya mendengar ayahku, daripada Anas, daripada Nabi ﷺ bersabda, “Setiap Nabi pernah meminta suatu permintaan - atau baginda bersabda - setiap Nabi mempunyai doa yang telah dikabulkan, sedangkan saya ingin menyimpan doaku sebagai syafaat untuk umatku pada hari kiamat nanti.”
6305 - وَقَالَ لِي خَلِيفَةُ: قَالَ مُعْتَمِرٌ، سَمِعْتُ أَبِي، عَنْ أَنَسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «كُلُّ نَبِيٍّ سَأَلَ سُؤْلًا» أَوْ قَالَ: «لِكُلِّ نَبِيٍّ دَعْوَةٌ قَدْ دَعَا بِهَا فَاسْتُجِيبَ، فَجَعَلْتُ دَعْوَتِي شَفَاعَةً لِأُمَّتِي يَوْمَ القِيَامَةِ»
Bab Istighfar Yang Paling Utama
Bāb Afḍal al-Istighfār
بَابُ أَفْضَلِ الِاسْتِغْفَارِ
Dan firman Allah Ta’ala: {Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu, jika kamu melakukan demikian, Dia akan menurunkan hujan lebat yang mencurah-curah kepada kamu. Dia akan memperbanyakkan harta benda serta anak-anak kamu, dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun serta mengadakan sungai-sungai bagi kamu} {Dan juga orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa kecuali Allah . Mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang telah mereka lakukan itu, sedang mereka mengetahui}
وَقَوْلِهِ تَعَالَى: {اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّارًا، يُرْسِلِ السَّمَاءَ عَلَيْكُمْ مِدْرَارًا، وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ، وَيَجْعَلْ لَكُمْ جَنَّاتٍ، وَيَجْعَلْ لَكُمْ أَنْهَارًا} {وَالَّذِينَ إِذَا فَعَلُوا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوا اللَّهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوبِهِمْ، وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا اللَّهُ، وَلَمْ يُصِرُّوا عَلَى مَا فَعَلُوا وَهُمْ يَعْلَمُونَ}
6306 - Abu Ma‘mar menyampaikan kepada kami, ‘Abd al-Warits menyampaikan kepada kami, al-Husayn menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Buraydah menyampaikan kepada kami, dia berkata, Busyair bin Ka‘b al-‘Adawi menyampaikan kepadaku, dia berkata, Syaddad bin Aus menyampaikan kepadaku daripada Nabi ﷺ: “Sesungguhnya istighfar yang paling baik adalah, kamu mengucapkan: “Ya Allah, Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak diibadahi selain Engkau. Engkau telah menciptakanku dan saya adalah hamba-Mu. Saya menepati perjanjian-Mu dan janji-Mu sesuai dengan kemampuanku. Saya berlindung kepada-Mu daripada keburukan perbuatanku, saya mengakui dosaku kepada-Mu dan saya mengakui nikmat-Mu kepadaku, maka ampunilah saya kerana tidak ada yang dapat mengampuni dosa selain-Mu.” Baginda bersabda, “Jikadia mengucapkan di waktu siang dengan penuh keyakinan lalu meninggal pada hari itu sebelum waktu petang, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga. Dan jika dia membacanya di waktu malam dengan penuh keyakinan lalu meninggal sebelum masuk waktu pagi, maka dia termasuk dalam kalangan penghuni syurga.
6306 - حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَارِثِ، حَدَّثَنَا الحُسَيْنُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُرَيْدَةَ، قَالَ: حَدَّثَنِي بُشَيْرُ بْنُ كَعْبٍ العَدَوِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنِي شَدَّادُ بْنُ أَوْسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: سَيِّدُ الِاسْتِغْفَارِ أَنْ تَقُولَ: اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ، أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ، وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي، فَإِنَّهُ لاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ قَالَ: «وَمَنْ قَالَهَا مِنَ النَّهَارِ مُوقِنًا بِهَا، فَمَاتَ مِنْ يَوْمِهِ قَبْلَ أَنْ يُمْسِيَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ، وَمَنْ قَالَهَا مِنَ اللَّيْلِ وَهُوَ مُوقِنٌ بِهَا، فَمَاتَ قَبْلَ أَنْ يُصْبِحَ، فَهُوَ مِنْ أَهْلِ الجَنَّةِ»
Bab Istighfar Nabi ﷺ Sehari Semalam
Bāb Istighfār al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama fī al-Yawm wa al-Laylah
بَابُ اسْتِغْفَارِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي اليَوْمِ وَاللَّيْلَةِ
6307 - Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, Syu‘ayb mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhriyy berkata, Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman mengkhabarkan kepadaku, dia berkata, Abu Hurayrah berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya saya beristighfar (meminta pengampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari lebih daripada 70 kali.”
6307 - حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، قَالَ: قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «وَاللَّهِ إِنِّي لَأَسْتَغْفِرُ اللَّهَ وَأَتُوبُ فِي اليَوْمِ أَكْثَرَ مِنْ سَبْعِينَ مَرَّةً»
Bab Taubat
Bāb al-Tawbah
بَابُ التَّوْبَةِ
Qatadah berkata, {Bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha}
قَالَ قَتَادَةُ: {تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا}: «الصَّادِقَةُ النَّاصِحَةُ»
6308 - Ahmad bin Yunus menyampaikan kepada kami, Abu Syihab menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada ‘Umarah bin ‘Umayr, daripada al-Harith bin Suwayd, Abdullah bin Mas‘ud menyampaikan kepada kami mengenai dua hadis, salah satunya daripada Nabi ﷺ dan yang lain daripadanya sendiri, dia berkata, “Sesungguhnya orang mukmin melihat dosa-dosanya seperti dia duduk di kaki gunung, dia berasa risau gunung itu akan menimpanya, sedangkan orang yang sering melakukan dosa melihat dosa-dosanya seperti lalat yang hinggap batang hidungnya, kemudian dia mengusirnya seperti ini lalu terbang.” Abu Syihab mengisyaratkan dengan tangannya di atas hidungnya.
6308 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا أَبُو شِهَابٍ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ، عَنِ الحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ، حَدِيثَيْنِ: أَحَدُهُمَا عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَالآخَرُ عَنْ نَفْسِهِ، قَالَ: «إِنَّ المُؤْمِنَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَأَنَّهُ قَاعِدٌ تَحْتَ جَبَلٍ يَخَافُ أَنْ يَقَعَ عَلَيْهِ، وَإِنَّ الفَاجِرَ يَرَى ذُنُوبَهُ كَذُبَابٍ مَرَّ عَلَى أَنْفِهِ» فَقَالَ بِهِ هَكَذَا، قَالَ أَبُو شِهَابٍ: بِيَدِهِ فَوْقَ أَنْفِهِ
Dia juga berkata, Sesungguhnya Allah merasa gembira kerana taubatnya seorang hamba melebihi kegembiraan seseorang yang sedang singgah di suatu tempat yang ada marabahaya dengan bertemankan haiwan tunggangannya yang ada padanya bekalan makanan dan minuman. Kemudian dia meletakkan kepalanya lalu tertidur. Ketika dia terbangun daripada tidurnya, haiwan yang ditunggangnya terlepas dengan membawa bekalan makanan dan minumannya, hingga ketika dia merasa sangat panas dan haus, atau seperti yang dikehendaki Allah, dia pun berkata, “Sebaiknya saya kembali ke tempat tidurku semula.” Kemudian dia kembali dan tertidur. Ketika dia mengangkat kepalanya, dia mendapati haiwan tunggangannya telah berada di sisinya.” Hadis ini juga diperkuatkan oleh Abu ‘Awanah dan Jarir daripada al-A‘masy. Abu Usamah berkata, al-A‘masy menyampaikan kepada kami, ‘Umarah menyampaikan kepada kami, saya mendengar daripada al-Harith. Dan Syu‘bah, Abu Muslim iaitu ‘Ubaydullah Al Kufi pengawalnya al-A‘masy juga berkata, Daripada al-A‘masy daripada Ibrahim al-Taimiyy daripada al-Harith bin Suwayd. Abu Mu‘awiyah berkata, al-A‘masy menyampaikan kepada kami, daripada ‘Umarah daripada al-Aswad daripada ‘Abdullah dan daripada Ibrahim al-Taimiyy daripada al-Harith bin Suwayd daripada ‘Abdullah.
ثُمَّ قَالَ: “ لَلَّهُ أَفْرَحُ بِتَوْبَةِ عَبْدِهِ مِنْ رَجُلٍ نَزَلَ مَنْزِلًا وَبِهِ مَهْلَكَةٌ، وَمَعَهُ رَاحِلَتُهُ، عَلَيْهَا طَعَامُهُ وَشَرَابُهُ، فَوَضَعَ رَأْسَهُ فَنَامَ نَوْمَةً، فَاسْتَيْقَظَ وَقَدْ ذَهَبَتْ رَاحِلَتُهُ، حَتَّى إِذَا اشْتَدَّ عَلَيْهِ الحَرُّ وَالعَطَشُ أَوْ مَا شَاءَ اللَّهُ، قَالَ: أَرْجِعُ إِلَى مَكَانِي، فَرَجَعَ فَنَامَ نَوْمَةً، ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ، فَإِذَا رَاحِلَتُهُ عِنْدَهُ “ تَابَعَهُ أَبُو عَوَانَةَ، وَجَرِيرٌ، عَنِ الأَعْمَشِ، وَقَالَ أَبُو أُسَامَةَ، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، حَدَّثَنَا عُمَارَةُ، سَمِعْتُ الحَارِثَ، وَقَالَ شُعْبَةُ، وَأَبُو مُسْلِمٍ اسْمُهُ عُبَيْدُ اللَّهِ كُوفِيٌّ، قَائِدُ الأَعْمَشِ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنِ الحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ، وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، عَنْ عُمَارَةَ، عَنِ الأَسْوَدِ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، وَعَنْ إِبْرَاهِيمَ التَّيْمِيِّ، عَنِ الحَارِثِ بْنِ سُوَيْدٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ