kitab berkenaan berpegang teguh terhadap kitab dan sunnah
كِتَابُ الِاعْتِصَامِ بِالكِتَابِ وَالسُّنَّةِ
Bab Perkhabaran Seorang Wanita
Bāb Khabar al-Marʾah al-Wāḥidah
بَابُ خَبَرِ المَرْأَةِ الوَاحِدَةِ
7268 - ‘Abdullah bin al-Zubayr al-Humaidi menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Mis‘ar, dan lainnya daripada Qays bin Muslim, daripada Thariq bin Syihab, beliau berkata, “Seorang lelaki Yahudi berkata kepada ‘Umar: “Wahai Amir al-Mukminin, sekiranya ayat ini diturunkan kepada kami, iaitu ayat: {Hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agama kamu, dan Aku sempurnakan bagi kamu Nikmat-Ku dan Aku reda Islam sebagai agama kamu} nescaya kami jadikan hari tersebut sebagai hari raya.” Lalu ‘Umar berkata, “Sesungguhnya saya tahu hari apa ayat itu diturunkan. Ayat itu diturunkan pada hari ‘Arafah, pada hari Jumaat.” Sufyan mendengar daripada Mis‘ar, Mis‘ar mendengar daripada Qays, dan Qays mendengar daripada Thariq.
7268 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ الزُّبَيْرِ الحُمَيْدِيُّ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ مِسْعَرٍ وَغَيْرِهِ، عَنْ قَيْسِ بْنِ مُسْلِمٍ، عَنْ طَارِقِ بْنِ شِهَابٍ، قَالَ: قَالَ رَجُلٌ مِنَ اليَهُودِ لِعُمَرَ: يَا أَمِيرَ المُؤْمِنِينَ، لَوْ أَنَّ عَلَيْنَا نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ: {اليَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الإِسْلاَمَ دِينًا}، لاَتَّخَذْنَا ذَلِكَ اليَوْمَ عِيدًا، فَقَالَ عُمَرُ: «إِنِّي لَأَعْلَمُ أَيَّ يَوْمٍ نَزَلَتْ هَذِهِ الآيَةُ، نَزَلَتْ يَوْمَ عَرَفَةَ، فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ» سَمِعَ سُفْيَانُ مِنْ مِسْعَرٍ، وَمِسْعَرٌ قَيْسًا، وَقَيْسٌ طَارِقًا “
7269 - Yahya bin Bukayr menyampaikan kepada kami, al-Layts menyampaikan kepada kami, daripada ‘Uqayl, daripada Ibn Syihab, Anas bin Malik mengkhabarkan kepada saya, dia mendengar daripada ‘Umar (setelah kewafatan Nabi), ketika kaum muslimin berbaiah kepada Abu Bakar dan berdiri di atas mimbar Rasulullah ﷺ, ‘Umar memberi kesaksian sebelum Abu Bakar seraya berkata, “‘Amma Ba‘du, Allah memilih untuk Rasul-Nya ﷺ apa yang berada di sisi-Nya, untuk mengatasi apa yang berada di sisi kamu, dan kitab inilah yang melaluinya Allah memberi petunjuk kepada rasul kamu, maka ambillah sebagai petunjuk, nescaya kamu akan mendapat petunjuk, hanya dengan kitab itulah Allah memberi petunjuk (hidayah) kepada rasul-Nya.”
7269 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، عَنْ عُقَيْلٍ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ، أَنَّهُ سَمِعَ عُمَرَ، الغَدَ حِينَ بَايَعَ المُسْلِمُونَ أَبَا بَكْرٍ، وَاسْتَوَى عَلَى مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، تَشَهَّدَ قَبْلَ أَبِي بَكْرٍ فَقَالَ: «أَمَّا بَعْدُ، فَاخْتَارَ اللَّهُ لِرَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الَّذِي عِنْدَهُ عَلَى الَّذِي عِنْدَكُمْ، وَهَذَا الكِتَابُ الَّذِي هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَكُمْ، فَخُذُوا بِهِ تَهْتَدُوا وَإِنَّمَا هَدَى اللَّهُ بِهِ رَسُولَهُ»
7270 - Musa bin Isma’il menyampaikan kepada kami, Wuhayb menyampaikan kepada kami, daripada Khalid, daripada ‘Ikrimah, daripada Ibn ‘Abbas, dia berkata, “Nabi ﷺ pernah mendakapku sambil berdoa: “Ya Allah, ajarkanlah padanya al-Kitab (al Quran).”
7270 - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، عَنْ خَالِدٍ، عَنْ عِكْرِمَةَ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، قَالَ: ضَمَّنِي إِلَيْهِ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَقَالَ: «اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الكِتَابَ»
7271 - ‘Abdullah bin Shabbah menyampaikan kepada kami, Mu‘tamir menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Saya mendengar ‘Awf, bahawa Abu al-Minhal menyampaikan kepadanya, dia mendengar Abu Barzah berkata, “Sesungguhnya Allah telah mencukupkan atau meninggikan darjat kamu dengan Islam dan dengan Muhammad ﷺ.” Abu ‘Abdullah berkata, “Di sini tertulis: “Allah mencukupkan kamu, akan tetapi ia sebenarnya adalah meninggikan darjat kamu.” Ini boleh dilihat dalam asal kitab yang berjudul al-I‘tisham (karangan Imam al-Bukhari yang lain).”
7271 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَبَّاحٍ، حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ، قَالَ: سَمِعْتُ عَوْفًا، أَنَّ أَبَا المِنْهَالِ، حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا بَرْزَةَ، قَالَ: «إِنَّ اللَّهَ يُغْنِيكُمْ - أَوْ نَعَشَكُمْ - بِالإِسْلاَمِ وَبِمُحَمَّدٍ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ»، قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ: «وَقَعَ هَاهُنَا يُغْنِيكُمْ، وَإِنَّمَا هُوَ نَعَشَكُمْ يُنْظَرُ فِي أَصْلِ كِتَابِ الِاعْتِصَامِ»
7272 - Isma’il menyampaikan kepada kami, Malik menyampaikan kepada saya, daripada ‘Abdullah bin Dinar, bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengirimkan surat kepada ‘Abd al-Malik bin Marwan sebagai pernyataan baiah terhadapnya: “Saya berikrar terhadapmu dengan yang demikian untuk mendengar dan taat, atas sunnah Allah dan sunnah rasul-Nya mengikut kadar kemampuanku.”
7272 - حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ، “ كَتَبَ إِلَى عَبْدِ المَلِكِ بْنِ مَرْوَانَ يُبَايِعُهُ: وَأُقِرُّ لَكَ بِذَلِكَ بِالسَّمْعِ وَالطَّاعَةِ عَلَى سُنَّةِ اللَّهِ وَسُنَّةِ رَسُولِهِ فِيمَا اسْتَطَعْتُ “