kitab berkenaan diyat

كِتَابُ الدِّيَاتِ

Bab Firman Allah Taala: {Dan Sesiapa Yang Membunuh Seorang Yang Beriman Dengan Sengaja, Maka Balasannya Ialah Neraka Jahannam}

Bāb Qawl Allāh Taʿālā wa man Yaqtul Muʾminan Mutaʿammid fa-Jazāʾu-hu Jahannam

بَابُ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَمَنْ يَقْتُلْ مُؤْمِنًا مُتَعَمِّدًا فَجَزَاؤُهُ جَهَنَّمُ}

6861 - Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, Jarir menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘mash, daripada Abu Wa’il, daripada ‘Amr bin Syurahbil, beliau berkata, ‘Abdullah berkata, Seorang lelaki bertanya: “Wahai Rasulullah, dosa apa yang paling besar disisi Allah?” Nabi menjawab, “Kamu menjadikan sesuatu standing dengan Allah sedangkan Dia yang menciptakanmu.” Kemudian dia bertanya lagi: “Seterusnya apa?” Nabi menjawab, “Kamu membunuh anakmu kerana khuatir dia makan bersama kamu Kemudian dia bertanya lagi: “Seterusnya apa?” Nabi menjawab, “Kamu berzina dengan isteri jiranmu.” Allah menurunkan ayat yang membenarkan masalah ini: {Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina, dan sesiapa yang melakukan demikian, akan mendapat balasan dosanya}

6861 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا جَرِيرٌ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ عَمْرِو بْنِ شُرَحْبِيلَ، قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: قَالَ رَجُلٌ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيُّ الذَّنْبِ أَكْبَرُ عِنْدَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أَنْ تَدْعُوَ لِلَّهِ نِدًّا وَهُوَ خَلَقَكَ» قَالَ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: «ثُمَّ أَنْ تَقْتُلَ وَلَدَكَ خَشْيَةَ أَنْ يَطْعَمَ مَعَكَ» قَالَ: ثُمَّ أَيٌّ؟ قَالَ: «ثُمَّ أَنْ تُزَانِيَ بِحَلِيلَةِ جَارِكَ» فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ تَصْدِيقَهَا: {وَالَّذِينَ لاَ يَدْعُونَ مَعَ اللَّهِ إِلَهًا آخَرَ وَلاَ يَقْتُلُونَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللَّهُ إِلَّا بِالحَقِّ وَلاَ يَزْنُونَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا} الآيَةَ

6862 - ‘Ali menyampaikan kepada kami, Ishaq bin Sa‘id bin ‘Amr bin al-‘Ash menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, daripada Ibn ‘Umar  berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Seorang mukmin masih dalam kelapangan agamanya selama dia tidak menumpahkan darah yang haram.”

6862 - حَدَّثَنَا عَلِيٌّ، حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ سَعِيدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ سَعِيدِ بْنِ العَاصِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لَنْ يَزَالَ المُؤْمِنُ فِي فُسْحَةٍ مِنْ دِينِهِ، مَا لَمْ يُصِبْ دَمًا حَرَامًا»

6863 - Ahmad bin Ya‘qub menyampaikan kepadaku, Ishaq bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, saya mendengar ayahku menyampaikan daripada ‘Abdullah bin ‘Umar berkata, “Antara masalah berbahaya yang jika seseorang terlanjur melakukannya, jarang sekali dia dapat menyelamatkan diri iaitu menumpahkan darah haram tanpa alasan yang dihalalkan.”

6863 - حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ يَعْقُوبَ، حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ سَعِيدٍ، سَمِعْتُ أَبِي، يُحَدِّثُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، قَالَ: «إِنَّ مِنْ وَرَطَاتِ الأُمُورِ، الَّتِي لاَ مَخْرَجَ لِمَنْ أَوْقَعَ نَفْسَهُ فِيهَا، سَفْكَ الدَّمِ الحَرَامِ بِغَيْرِ حِلِّهِ»

6864 - ‘Ubaydullah bin Musa menyampaikan kepada kami, daripada al-A‘masy, daripada Abu Wa’il, daripada ‘Abdullah berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Masalah pertama yang diputuskan pada hari kiamat adalah masalah darah.”

6864 - حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « أَوَّلُ مَا يُقْضَى بَيْنَ النَّاسِ فِي الدِّمَاءِ»

6865 - ‘Abdan menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, Yunus menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhriyy, ‘Atha’ bin Yazid menyampaikan kepada kami, bahawa ‘Ubaydullah bin ‘Adiyy menyampaikan kepadanya, Al Miqdad bin ‘Amr al-Kindiyy sekutu bani Zuhrah menyampaikan kepadanya , dia termasuk dalam kalangan yang menyertai perang Badar bersama Nabi ﷺ, beliau berkata, “Wahai Rasulullah, saya menjumpai orang kafir, kemudian terjadi pergaduhan antara kami. Dia berjaya memotong tanganku dengan pedang sehingga tanganku putus. Kemudian dia bersembunyi daripadaku di sebuah pohon dan berkata, “Saya telah masuk Islam kerana Allah”, bolehkah saya membunuhnya selepas dia mengucapkan kalimah (syahadah)?” Rasulullah ﷺ menjawab, “Kamu tidak boleh membunuhnya.” Miqdad menyambung: “Wahai Rasulullah, dia telah menghilangkan salah satu tanganku, kemudian dia mengucapkan kalimat itu setelah memutuskannya, bolehkah saya membunuhnya?” Nabi menjawab, “Kamu tidak boleh membunuhnya, jika kamu tetap membunuhnya bermaksud dia berada di posisimu ketika kamu belum membunuhnya, manakala kamu berada di posisi dia ketika sebelum dia mengucapkannya.”

6865 - حَدَّثَنَا عَبْدَانُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ، حَدَّثَنَا يُونُسُ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، حَدَّثَنَا عَطَاءُ بْنُ يَزِيدَ، أَنَّ عُبَيْدَ اللَّهِ بْنَ عَدِيٍّ، حَدَّثَهُ: أَنَّ المِقْدَادَ بْنَ عَمْرٍو الكِنْدِيَّ، حَلِيفَ بَنِي زُهْرَةَ، حَدَّثَهُ، وَكَانَ شَهِدَ بَدْرًا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، أَنَّهُ قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي لَقِيتُ كَافِرًا فَاقْتَتَلْنَا، فَضَرَبَ يَدِي بِالسَّيْفِ فَقَطَعَهَا، ثُمَّ لاَذَ مِنِّي بِشَجَرَةٍ، وَقَالَ: أَسْلَمْتُ لِلَّهِ، آقْتُلُهُ بَعْدَ أَنْ قَالَهَا؟ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لاَ تَقْتُلْهُ» قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، فَإِنَّهُ طَرَحَ إِحْدَى يَدَيَّ، ثُمَّ قَالَ ذَلِكَ بَعْدَ مَا قَطَعَهَا، آقْتُلُهُ؟ قَالَ: «لاَ تَقْتُلْهُ، فَإِنْ قَتَلْتَهُ فَإِنَّهُ بِمَنْزِلَتِكَ قَبْلَ أَنْ تَقْتُلَهُ، وَأَنْتَ بِمَنْزِلَتِهِ قَبْلَ أَنْ يَقُولَ كَلِمَتَهُ الَّتِي قَالَ»

Sahih al-Bukhari