kitab berkenaan fara'id

كِتَابُ الفَرَائِضِ

Bab Firman Allah Ta‘Ala: {Allah Mensyariatkan Bagi Kamu Tentang (Pembahagian Harta Pusaka) Anak-Anak Kamu. Iaitu Bahagian Seorang Anak Lelaki Menyamai Bahagian Dua Orang Anak Perempuan. Tetapi Jika Anak Itu Semuanya Perempuan, Yang Mana Jumlahnya Lebih Daripada Dua, Maka Bahagian Mereka Ialah Dua Pertiga Daripada Harta Yang Ditinggalkan. Jika Anak Perempuan Itu Seorang Sahaja, Maka Dia Mendapat Satu Perdua (Separuh) Harta Itu. Dan Bagi Ibu Bapa (Si Mati) Masing-Masing Satu Perenam Daripada Harta Yang Ditinggalkan Jika Dia Mempunyai Anak Lelaki. Tetapi Jika Dia Tidak Mempunyai Anak Dan Hanya Diwarisi Oleh Kedua Ibu Bapanya, Maka Ibunya Mendapat Satu Pertiga. Jika Dia (Si Mati) Mempunyai Beberapa Saudara, Maka Bahagian Ibunya Ialah Satu Perenam. (Pembahagian Itu) Ialah Selepas Ditunaikan Wasiat Yang Diwasiatkan Oleh Si Mati, Dan Selepas Dibayarkan Hutangnya. Ibu Bapa Kamu Dan Anak-Anak Kamu, Kamu Tidak Mengetahui Siapa Di Antara Mereka Yang Lebih Banyak Manfaatnya Bagi Kamu. Ini Adalah Ketetapan Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana. Dan Bagi Kamu Adalah Satu Perdua Daripada Harta Yang Ditinggalkan Oleh Isteri-Isteri Kamu, Jika Mereka Tidak Mempunyai Anak. Jika Mereka Mempunyai Anak, Maka Kamu Mendapat Satu Perempat Daripada Harta Yang Ditinggalkan Setelah Ditunaikan Wasiat Yang Mereka Wasiatkan Atau (Dan) Setelah Dibayarkan Hutangnya. Bagi Isteri (Pula) Satu Perempat Daripada Harta Yang Kamu Tinggalkan Jika Kamu Tidak Mempunyai Anak. Jika Kamu Mempunyai Anak, Maka Isteri Mendapat Satu Perlapan Daripada Harta Yang Kamu Tinggalkan Setelah Ditunaikan Wasiat Yang Kamu Buat Atau (Dan) Setelah Dibayar Hutang-Hutang Kamu. Jika Seseorang Meninggal, Baik Lelaki Mahupun Perempuan Yang Tidak Meninggalkan Ayah Dan Tidak Meninggalkan Anak, Tetapi Mempunyai Seorang Saudara Lelaki (Seibu) Atau Seorang Saudara Perempuan (Seibu), Maka Bagi Masing-Masing Daripada Kedua Jenis Saudara Itu Satu Perenam Harta. Tetapi Jika Saudara Seibu Itu lebih Daripada Seorang, Maka Mereka Bersama-Sama Dalam Bahagian Yang Sepertiga Itu, Setelah (Dipenuhi) Wasiat Yang Dibuat Olehnya Atau (Dan Setelah Dibayar) Hutangnya Dengan Tidak Meudaratkan (Kepada Keluarga Waris). (Setiap Hukum Itu) Ialah Ketetapan Allah. Allah Maha Mengetahui Lagi Maha Lemah Lembut}

Bāb Qawl Allāh Taʿālā Yūṣī-kumu Allāhu fī Awlādi-kum li al-Dhakari Mithlu Ḥaẓẓi al-Unthayayn…

بَابُ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {يُوصِيكُمُ اللَّهُ فِي أَوْلاَدِكُمْ لِلذَّكَرِ مِثْلُ حَظِّ الأُنْثَيَيْنِ، فَإِنْ كُنَّ نِسَاءً فَوْقَ اثْنَتَيْنِ فَلَهُنَّ ثُلُثَا مَا تَرَكَ، وَإِنْ كَانَتْ وَاحِدَةً فَلَهَا النِّصْفُ، وَلِأَبَوَيْهِ لِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ مِمَّا تَرَكَ، إِنْ كَانَ لَهُ وَلَدٌ، فَإِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُ وَلَدٌ وَوَرِثَهُ أَبَوَاهُ فَلِأُمِّهِ الثُّلُثُ، فَإِنْ كَانَ لَهُ إِخْوَةٌ فَلِأُمِّهِ السُّدُسُ، مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِي بِهَا أَوْ دَيْنٍ، آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ لاَ تَدْرُونَ أَيُّهُمْ أَقْرَبُ لَكُمْ نَفْعًا فَرِيضَةً مِنَ اللَّهِ، إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًا حَكِيمًا، وَلَكُمْ نِصْفُ مَا تَرَكَ أَزْوَاجُكُمْ، إِنْ لَمْ يَكُنْ لَهُنَّ وَلَدٌ، فَإِنْ كَانَ لَهُنَّ وَلَدٌ فَلَكُمُ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْنَ مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصِينَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ، وَلَهُنَّ الرُّبُعُ مِمَّا تَرَكْتُمْ، إِنْ لَمْ يَكُنْ لَكُمْ وَلَدٌ، فَإِنْ كَانَ لَكُمْ وَلَدٌ فَلَهُنَّ الثُّمُنُ مِمَّا تَرَكْتُمْ، مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ تُوصُونَ بِهَا أَوْ دَيْنٍ، وَإِنْ كَانَ رَجُلٌ يُورَثُ كَلاَلَةً أَوِ امْرَأَةٌ، وَلَهُ أَخٌ أَوْ أُخْتٌ فَلِكُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا السُّدُسُ، فَإِنْ كَانُوا أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ فَهُمْ شُرَكَاءُ فِي الثُّلُثِ، مِنْ بَعْدِ وَصِيَّةٍ يُوصَى بِهَا، أَوْ دَيْنٍ غَيْرَ مُضَارٍّ وَصِيَّةً مِنَ اللَّهِ، وَاللَّهُ عَلِيمٌ حَلِيمٌ}

6723 - Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada Muhammad bin al-Munkadir, dia mendengar Jabir bin Abdullah  berkata, Saya pernah sakit lalu Rasulullah ﷺ dan Abu Bakar menjenguk saya dengan berjalan kaki. Mereka berdua menjenguk saya ketika saya sedang pengsan, maka Rasulullah ﷺ berwuduk, dan sisa wuduknya baginda renjiskan kepada saya sehingga saya sedar. Lalu saya bertanya: “Apa yang patut saya lakukan terhadap harta saya? Apa yang patut saya putuskan terhadap harta saya? Rasulullah ﷺ tidak menjawab sepatah kata pun sehingga turun ayat berkenaan pewarisan.

6723 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ المُنْكَدِرِ، سَمِعَ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، يَقُولُ: “ مَرِضْتُ فَعَادَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو بَكْرٍ، وَهُمَا مَاشِيَانِ، فَأَتَانِي وَقَدْ أُغْمِيَ عَلَيَّ، فَتَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَبَّ عَلَيَّ وَضُوءَهُ فَأَفَقْتُ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، كَيْفَ أَصْنَعُ فِي مَالِي؟ كَيْفَ أَقْضِي فِي مَالِي؟ فَلَمْ يُجِبْنِي بِشَيْءٍ حَتَّى نَزَلَتْ آيَةُ المَوَارِيثِ “

Bab Mengajar Faraid

Bāb Taʿlīm al-Farāʾiḍ

بَابُ تَعْلِيمِ الفَرَائِضِ

Uqbah bin Amir berkata, “Belajarlah sebelum mereka bersangka-sangka” iaitu mereka yang bercakap berdasarkan sangkaan.

وَقَالَ عُقْبَةُ بْنُ عَامِرٍ: «تَعَلَّمُوا قَبْلَ الظَّانِّينَ» يَعْنِي: الَّذِينَ يَتَكَلَّمُونَ بِالظَّنِّ “

6724 - Musa bin Isma‘il menyampaikan kepada kami, Wuhayb menyampaikan kepada kami, Ibn Tawus menyampaikan kepada kami, daripada ayahnya, daripada Abu Hurayrah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Jauhilah prasangka kerana prasangka adalah ucapan yang paling dusta, janganlah kamu mencari-cari kesalahan, janganlah kamu saling mengintip, janganlah kamu saling membenci, janganlah kamu saling membelakangi, dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara.”

6724 - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ، حَدَّثَنَا ابْنُ طَاوُسٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ، فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الحَدِيثِ، وَلاَ تَحَسَّسُوا ، وَلاَ تَجَسَّسُوا، وَلاَ تَبَاغَضُوا، وَلاَ تَدَابَرُوا، وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا»

Bab Sabda Nabi : Kami tidak diwarisi, apa yang kami tinggalkan adalah sedekah

Bāb Qawl al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama Lā Nūrath Mā tarak-nā Ṣadaqah

بَابُ قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لاَ نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ»

6725 - Abdullah bin Muhammad menyampaikan kepada kami, Hisyam menyampaikan kepada kami, Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhriyy, daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah bahawa Fatimah dan ‘Abbas  menemui Abu Bakar untuk mendapatkan warisan keduanya daripada Rasulullah ﷺ, ketika itu keduanya meminta bahagian tanahnya yang berada di Fadak, dan bahagiannya di Khaybar.

6725 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ فَاطِمَةَ وَالعَبَّاسَ عَلَيْهِمَا السَّلاَمُ، أَتَيَا أَبَا بَكْرٍ يَلْتَمِسَانِ مِيرَاثَهُمَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهُمَا حِينَئِذٍ يَطْلُبَانِ أَرْضَيْهِمَا مِنْ فَدَكَ، وَسَهْمَهُمَا مِنْ خَيْبَرَ،

6726 - Abu Bakar menjawab kepada keduanya: “Saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Kami tidak diwarisi dan semua yang kami tinggalkan adalah sedekah, dan keluarga Muhammad hanya makan daripada harta ini.” Abu Bakar menyambung: “Demi Allah, saya tidak pernah meninggalkan sebuah urusan yang saya lihat Rsulullah ﷺ melaksanakannya, melainkan saya juga melaksanakan seperti yang dilaksanakannya.” ‘Urwah berkata, Semenjak itu Fatimah terus menjauhi Abu Bakar dan tidak pernah mengajaknya bercakap sehingga dia meninggal dunia.

6726 - فَقَالَ لَهُمَا أَبُو بَكْرٍ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «لاَ نُورَثُ، مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ، إِنَّمَا يَأْكُلُ آلُ مُحَمَّدٍ مِنْ هَذَا المَالِ» قَالَ أَبُو بَكْرٍ: وَاللَّهِ لاَ أَدَعُ أَمْرًا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَصْنَعُهُ فِيهِ إِلَّا صَنَعْتُهُ، قَالَ: فَهَجَرَتْهُ فَاطِمَةُ، فَلَمْ تُكَلِّمْهُ حَتَّى مَاتَتْ

6727 - Isma‘il bin Abban menyampaikan kepada kami, Ibn al-Mubarak mengkhabarkan kepada kami, daripada Yunus, daripada al-Zuhriyy, daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah bahawa Nabi ﷺ bersabda, “Kami tidak diwarisi dan harta yang kami tinggalkan adalah sedekah.”

6727 - حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَبَانَ، أَخْبَرَنَا ابْنُ المُبَارَكِ، عَنْ يُونُسَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «لاَ نُورَثُ مَا تَرَكْنَا صَدَقَةٌ»

Sahih al-Bukhari