kitab berkenaan haji
كِتَابُ الحَجِّ
Bab Kewajipan dan Kelebihan Mengerjakan Haji
Bāb Wujūb al-Ḥajj wa Faḍli-hi
بَابُ وُجُوبِ الحَجِّ وَفَضْلِهِ
Firman Allah , “Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat Haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) daripada sekalian makhluk.”
الحَجِّ وَفَضْلِهِ {وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ البَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا، وَمَنْ كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ العَالَمِينَ} [آل عمران: 97]
1513 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, Malik mengkhabarkan kepada kami daripada Ibn Syihab, daripada Sulayman bin Yasar, daripada ‘Abdullah bin ‘Abbas , beliau berkata, “Suatu hari, Al-Fadhl pernah dibonceng oleh Rasulullah ﷺ. Lalu ada seorang perempuan datang daripada Khasy’am dan mereka berdua pun saling berpandangan. Nabi ﷺ pun mengalihkan muka al-Fadhl ke arah lain. Perempuan itu berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya Allah memfardukan hamba-hamba-Nya mengerjakan haji. Berkenaan bapa saya, beliau merupakan seorang lelaki tua yang tidak mampu menaiki tunggangan. Adakah saya boleh mengerjakan gaji bagi pihaknya?” Baginda lantas menjawab, “Boleh.” Peristiwa itu berlaku pada haji widak.”
1513 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ الفَضْلُ رَدِيفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَجَاءَتِ امْرَأَةٌ مِنْ خَشْعَمَ، فَجَعَلَ الفَضْلُ يَنْظُرُ إِلَيْهَا وَتَنْظُرُ إِلَيْهِ، وَجَعَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَصْرِفُ وَجْهَ الفَضْلِ إِلَى الشِّقِّ الآخَرِ، فَقَالَتْ: يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ فَرِيضَةَ اللَّهِ عَلَى عِبَادِهِ فِي الحَجِّ أَدْرَكَتْ أَبِي شَيْخًا كَبِيرًا، لاَ يَثْبُتُ عَلَى الرَّاحِلَةِ، أَفَأَحُجُّ عَنْهُ؟ قَالَ: «نَعَمْ»، وَذَلِكَ فِي حَجَّةِ الوَدَاعِ
Bab Firman Allah , “Nescaya Mereka Akan Datang Ke (Rumah Tuhan)-Mu Dengan Berjalan Kaki Dan Dengan Menunggang Pelbagai Jenis Unta Yang Kurus Yang Datangnya Dari Pelbagai Jalan (Dan Ceruk Rantau) Yang Jauh Supaya Mereka Menyaksikan Pelbagai Perkara Yang Mendatangkan Faedah Kepada Mereka.”
Bāb Qawl Allāh Taʿālā Yaʾtūka Rijālā…
بَابُ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {يَأْتُوكَ رِجَالًا وَعَلَى كُلِّ ضَامِرٍ يَأْتِينَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيقٍ لِيَشْهَدُوا مَنَافِعَ لَهُمْ} [الحج: 28]
Perkataan فِجَاجًا : Jalan-Jalan Yang Luas
{فِجَاجًا} [الأنبياء: 31]: الطُّرُقُ الوَاسِعَةُ
1514 – Ahmad bin ‘Isa menyampaikan kepada kami, Ibn Wahb menyampaikan kepada kami daripada Yunus, daripada Ibn Syihab, bahawa Salim bin ‘Abdullah mengkhabarkan kepadanya, bahawa Ibn ‘Umar berkata, “Saya pernah melihat Rasulullah ﷺ menaiki tunggangannya di Dzu al-Hulayfah. Kemudian baginda bertalbiah sehinggalah tunggangan itu berdiri tegak.”
1514 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ عِيسَى، حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ، عَنْ يُونُسَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، أَنَّ سَالِمَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ، أَخْبَرَهُ أَنَّ ابْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: «رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْكَبُ رَاحِلَتَهُ بِذِي الحُلَيْفَةِ، ثُمَّ يُهِلُّ حَتَّى تَسْتَوِيَ بِهِ قَائِمَةً»
1515 – Ibrahim menyampaikan kepada kami, al-Walid mengkhabarkan kepada kami, al-Awza’I menyampaikan kepada kami bahawa beliau mendengar ‘Atha’ menyampaikan daripada Jabir bin ‘Abdullah , bahawa Rasulullah ﷺ bertalbiah ketika tunggangannya berdiri tegak.” Anas dan Ibnu ‘Abbas juga meriwayatkan berkenaan perkara ini.
1515 - حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ، أَخْبَرَنَا الوَلِيدُ، حَدَّثَنَا الأَوْزَاعِيُّ، سَمِعَ عَطَاءً، يُحَدِّثُ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا «أَنَّ إِهْلاَلَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ ذِي الحُلَيْفَةِ حِينَ اسْتَوَتْ بِهِ رَاحِلَتُهُ» رَوَاهُ أَنَسٌ، وَابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ
Bab Mengerjakan Haji Di Atas Tunggangan
Bāb al-Ḥajj ʿalā al-Raḥl
بَابُ الحَجِّ عَلَى الرَّحْلِ
1516 – Aban berkata, Malik bin Dinar menyampaikan kepada kami daripada al-Qasim bin Muhammad, daripada ‘A’isyah , bahawa Rasulullah ﷺ mengutus saudara lelakinya, ‘Abdul Rahman bersama beliau (‘A’isyah). Lalu, ‘Abdul Rahman membawanya berumrah dari Tan’im dan membawanya di atas tunggangan yang kecil. ‘Umar berkata, “Hendaklah kamu memperkemaskan tunggangan ketika mengerjakan haji, kerana itu termasuk salah satu daripada dua jihad.”
1516 - وَقَالَ أَبَانُ: حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ دِينَارٍ، عَنِ القَاسِمِ بْنِ مُحَمَّدٍ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: «أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ مَعَهَا أَخَاهَا عَبْدَ الرَّحْمَنِ، فَأَعْمَرَهَا مِنَ التَّنْعِيمِ، وَحَمَلَهَا عَلَى قَتَبٍ» وَقَالَ عُمَرُ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: «شُدُّوا الرِّحَالَ فِي الحَجِّ فَإِنَّهُ أَحَدُ الجِهَادَيْنِ»
1517 – Muhammad bin Abu Bakr berkata, Yazib bin Zuray’ menyampaikan kepada kami, ‘Azrah bin Tsabit menyampaikan kepada kami, daripada Tsumamah bin ‘Abdullah bin Anas, beliau berkata, “Anas mengerjakan haji dengan menaiki tunggangan dan beliau bukan kedekut.” Beliau juga menceritakan bahawa Rasulullah ﷺ mengerjakan haji dengan menaiki tunggangan yang membawa barang-barang baginda.
1517 – وَقَالَ مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي بَكْرٍ، حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ، حَدَّثَنَا عَزْرَةُ بْنُ ثَابِتٍ، عَنْ ثُمَامَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَنَسٍ، قَالَ: «حَجَّ أَنَسٌ عَلَى رَحْلٍ وَلَمْ يَكُنْ شَحِيحًا» وَحَدَّثَ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَجَّ عَلَى رَحْلٍ وَكَانَتْ زَامِلَتَهُ»