kitab berkenaan solat tahajud

كتاب التهجد

Bab Solat Tahajud Pada Waktu Hari

Bāb al-Tahajjud bi al-Layl

بَابُ التَّهَجُّدِ بِاللَّيْلِ

Firman Allah ﷻ, “Dan pada sebahagian daripada waktu malam itu, tinggalkanlah tidur untuk menunaikan solat ketika itu, sebagai solat tambahan bagimu…”

وَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ: {وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ} [الإسراء: 79]

1120 – ‘Ali bin ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya Sulayman bin Abu Muslim menyampaikan kepada kami, daripada Thawus, beliau mendengar Ibn ‘Abbas  berkata, “Nabi ﷺ itu apabila baginda bangun pada malam hari untuk bertahajud, baginda berdoa, “Ya Allah, hanya milik-Mu lah segala pujian. Engkau pentadbir langit dan bumi serta makhluk-makhluk yang berada di antara keduanya. Hanya milik-Mu lah segala pujian. Hanya milik-Mu jugalah kerajaan langit dan bumi serta makhluk-makhluk yang berada di antara keduanya. Hanya milik-Mu lah segala pujian. Engkau cahaya langit dan bumi dan makhuk-makhluk yang berada di antara keduanya. Hanya milik-Mu sahaja segala pujian. Engkau raja langit dan bumi. Segala pujian hanya milik-Mu. Engkau adalah benar, janji-Mu juga benar, bertemu dengan-Mu itu benar, firman-Mu itu benar, syurga itu benar, neraka itu benar, para nabi itu benar, Muhammad ﷺ itu benar dan hari kiamat itu juga benar. Ya Allah, hanya kepada-Mu lah saya berserah. Hanya dengan-Mu lah saya beriman. Hanya kepada-Mu saya bertawakal. Hanya kepada-Mu juga lah saya kembali. Hanya dengan pertolongan-Mu lah saya berperang. Hanya kepada-Mu sahajalah saya serahkan hukuman. Oleh sebab itu, ampunilah dosa saya yang telah lalu dan yang akan datang, dosa yang saya sembunyikan dan saya nyatakan. Engkaulah Yang Maha Mendahulukan dan Yang Maha Mengakhirkan. Tiada tuhan yang berhak diibadahi sebenar-benarnya melainkan Engkau --atau tiada tuhan selain-Mu--.” Sufyan berkata, “‘Abdul Karim Abu Umayyah menambahk, “Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan Allah.” Sufyan berkata, “Sulayman bin Abu Muslim berkata, dia mendengarnya daripada Thawus, daripada Ibn ‘Abbas , daripada Nabi ﷺ.

1120 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ أَبِي مُسْلِمٍ، عَنْ طَاوُسٍ، سَمِعَ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، قَالَ: كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ مِنَ اللَّيْلِ يَتَهَجَّدُ قَالَ: " اللَّهُمَّ لَكَ الحَمْدُ أَنْتَ قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ لَكَ مُلْكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ نُورُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ، وَلَكَ الحَمْدُ أَنْتَ الحَقُّ وَوَعْدُكَ الحَقُّ، وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ، وَقَوْلُكَ حَقٌّ، وَالجَنَّةُ حَقٌّ، وَالنَّارُ حَقٌّ، وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ، وَمُحَمَّدٌ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ، وَالسَّاعَةُ حَقٌّ، اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ، وَبِكَ آمَنْتُ، وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ، وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ، وَبِكَ خَاصَمْتُ، وَإِلَيْكَ حَاكَمْتُ، فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، أَنْتَ المُقَدِّمُ، وَأَنْتَ المُؤَخِّرُ، لاَ إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ - أَوْ: لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ - " قَالَ سُفْيَانُ: وَزَادَ عَبْدُ الكَرِيمِ أَبُو أُمَيَّةَ: «وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ»، قَالَ سُفْيَانُ: قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ أَبِي مُسْلِمٍ: سَمِعَهُ مِنْ طَاوُسٍ، عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Kelebihan Solat Malam

Bāb Faḍl Qiyām al-Layl

بَابُ فَضْلِ قِيَامِ اللَّيْلِ

1121 – ‘Abdullah bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya Hisyam menyampaikan kepada kami, katanya Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami; dalam sanad yang lain, Mahmud menyampaikan kepada saya, katanya ‘Abdul Razzaq menyampaikan kepada kami, katanya Ma‘mar mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada Salim, daripada ayahnya , beliau berkata, “Dahulu ketika hayat Nabi ﷺ, biasanya jika ada seseorang yang bermimpi, dia akan ceritakan mimpinya itu kepada Rasulullah ﷺ. Saya juga berharap agar dapat bermimpi supaya dapat menceritakannya kepada Rasulullah ﷺ.” “Ketika itu, saya masih seorang pemuda belia. Saya selalu tidur di masjid pada zaman Rasulullah ﷺ. Dalam tidur saya itu, saya bermimpi seolah-olah ada dua malaikat memegang saya dan membawa saya ke neraka. Tertanya neraka itu berlereng seperti perigi yang mempunyai dua sisi tiang berpalang[81]. Di dalamnya ada beberapa orang yang kukenal. Saya terus mulai berdoa, “Saya berlindung dengan Allah daripada neraka.” Dia berkata, “Lalu ada malaikat lain pula datang menemuiku dan berkata kepadaku, “Selepas ini, tiada lagi ketakutan kepadamu.”

1121 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا هِشَامٌ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، ح وَحَدَّثَنِي مَحْمُودٌ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ سَالِمٍ، عَنْ أَبِيهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: كَانَ الرَّجُلُ فِي حَيَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، إِذَا رَأَى رُؤْيَا قَصَّهَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَتَمَنَّيْتُ أَنْ أَرَى رُؤْيَا، فَأَقُصَّهَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَكُنْتُ غُلاَمًا شَابًّا، وَكُنْتُ أَنَامُ فِي المَسْجِدِ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَيْتُ فِي النَّوْمِ كَأَنَّ مَلَكَيْنِ أَخَذَانِي، فَذَهَبَا بِي إِلَى النَّارِ، فَإِذَا هِيَ مَطْوِيَّةٌ كَطَيِّ البِئْرِ وَإِذَا لَهَا قَرْنَانِ وَإِذَا فِيهَا أُنَاسٌ قَدْ عَرَفْتُهُمْ، فَجَعَلْتُ أَقُولُ: أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ النَّارِ، قَالَ: فَلَقِيَنَا مَلَكٌ آخَرُ فَقَالَ لِي: لَمْ تُرَعْ،

81

Dua tiang berpalang yang dimaksudkan ialah tiang yang selalu diletakkan tali yang diikat padanya bekas untuk mengambil air

1122 – Lalu, saya pun menceritakan mimpi itu kepada Hafshah. Dia pula menceritakannya kepada Rasulullah ﷺ. Baginda lalu bersabda, “‘Abdullah adalah sebaik-baik lelaki, kalau dia menunaikan solat malam.” Setelah daripada itu, sedikit sangat beliau tidur pada waktu malam.

1122 - فَقَصَصْتُهَا عَلَى حَفْصَةَ فَقَصَّتْهَا حَفْصَةُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: «نِعْمَ الرَّجُلُ عَبْدُ اللَّهِ، لَوْ كَانَ يُصَلِّي مِنَ اللَّيْلِ» فَكَانَ بَعْدُ لاَ يَنَامُ مِنَ اللَّيْلِ إِلَّا قَلِيلًا

Bab Sujud Yang Lama Ketika Solat Malam

Bāb Ṭūl al-Sujūd fī Qiyām al-Layl

بَابُ طُولِ السُّجُودِ فِي قِيَامِ اللَّيْلِ

1123 – Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘ayb mengkhabarkan kepada kami, daripada al-Zuhri, katanya ‘Urwah mengkhabarkan kepada saya, bahawa ‘A’isyah  mengkhabarkan kepadanya, bahawa Rasulullah ﷺ biasa menunaikan solat malam sebanyak 11 rakaat. Begitulah keadaan solat malam baginda. Dalam solat tersebut, sujud-sujud yang baginda lakukan kadar lamanya adalah seperti seseorang membaca 50 ayat al-Quran, barulah baginda bangun. Baginda juga menunaikan solat dua rakaat sebelum solat Subuh. Kemudian, baginda baring mengiring ke sebelah kanan, sehinggalah muazin datang kepada baginda untuk memberitahu tentang solat (Subuh).”

1123 - حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، قَالَ: أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: أَخْبَرَنِي عُرْوَةُ، أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا، أَخْبَرَتْهُ: «أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً، كَانَتْ تِلْكَ صَلاَتَهُ يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ خَمْسِينَ آيَةً، قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ، وَيَرْكَعُ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ صَلاَةِ الفَجْرِ، ثُمَّ يَضْطَجِعُ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ المُنَادِي لِلصَّلاَةِ»

Bab Orang Yang Sakit Meninggalkan Solat Malam

Bāb Tark al-Qiyām li al-Marīḍ

بَابُ تَرْكِ القِيَامِ لِلْمَرِيضِ

1124 – Abu Nu’aym menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada al-Aswad, beliau berkata, “Saya mendengar Jundab berkata, “Nabi ﷺ pernah menderita sakit. Oleh sebab itu, baginda tidak solat malam selama satu malam atau dua malam.”

1124 - حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ: سَمِعْتُ جُنْدَبًا، يَقُولُ: «اشْتَكَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَقُمْ لَيْلَةً أَوْ لَيْلَتَيْنِ»

Sahih al-Bukhari