kitab fitnah

كِتَابُ الفِتَنِ

Bab Berkaitan Dengan Apa Yang Difirmankan Allah Taala: {Dan Jagalah Diri Kamu Daripada Berlakunya Fitnah Yang Bukan Sahaja Akan Menimpa Orang Yang Zalim Di Antara Kamu Secara Khusus (Tetapi Akan Menimpa Kamu Secara Umum)} Dan Yang Berkaitan Dengan Amaran Nabi Tentang Fitnah.

Bāb Mā Jāʾa fī Qawl Allāh Taʿālā wa Ittaqū Fitanatan Lā Tuṣībanna Alladhīna Ẓalamū min-kum Khāṣṣatan wa Mā Kāna al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama Yuḥadhdhir min al-Fitan

بَابُ مَا جَاءَ فِي قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَاتَّقُوا فِتْنَةً لاَ تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً} وَمَا كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَذِّرُ مِنَ الفِتَنِ

7048 - ‘Ali bin ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, Bisyr bin al-Sariyy menyampaikan kepada kami, Nafi‘ bin ‘Umar menyampaikan kepada kami, daripada Ibn Abu Mulaykah berkata, Asma’ berkata daripada Nabi ﷺ: “Saya berada di telagaku menunggu orang yang datang kepadaku, tiba-tiba orang di belakangku ditangkap dan dijauhkan daripadaku sehingga saya berteriak-teriak: “Itu umatku, itu umatku!.” Tiba-tiba ada suara menjawab, “Kamu tidak tahu! Mereka berjalan dengan pelbagai dosa maksiat.” Ibn Abu Mulaykah terus memanjatkan doa: “Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada berpatah ke belakang atau terkena fitnah!.”

7048 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ، حَدَّثَنَا نَافِعُ بْنُ عُمَرَ، عَنِ ابْنِ أَبِي مُلَيْكَةَ، قَالَ: قَالَتْ أَسْمَاءُ: عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: “ أَنَا عَلَى حَوْضِي أَنْتَظِرُ مَنْ يَرِدُ عَلَيَّ، فَيُؤْخَذُ بِنَاسٍ مِنْ دُونِي، فَأَقُولُ: أُمَّتِي، فَيُقَالُ: لاَ تَدْرِي، مَشَوْا عَلَى القَهْقَرَى “ قَالَ ابْنُ أَبِي مُلَيْكَةَ: «اللَّهُمَّ إِنَّا نَعُوذُ بِكَ أَنْ نَرْجِعَ عَلَى أَعْقَابِنَا، أَوْ نُفْتَنَ»

7049 - Musa bin Isma‘il menyampaikan kepada kami, Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami, daripada Mughirah, daripada Abu Wa’il berkata, ‘Abdullah berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Saya merupakan manusia pertama yang menuju ke telaga, lalu diperlihatkan kepadaku beberapa orang antara kamu, hingga jika saya ingin menyambut mereka, tiba-tiba mereka ditangkap dan dijauhkan daripadaku, sehingga saya memanggil: “Wahai Tuhanku, itu sahabatku, wahai Tuhanku, itu sahabatku!.” Allah menjawab, kamu tidak tahu apa yang mereka lakukan setelah ketiadaanmu.”

7049 - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ مُغِيرَةَ، عَنْ أَبِي وَائِلٍ، قَالَ: قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “ أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الحَوْضِ، لَيُرْفَعَنَّ إِلَيَّ رِجَالٌ مِنْكُمْ، حَتَّى إِذَا أَهْوَيْتُ لِأُنَاوِلَهُمْ اخْتُلِجُوا دُونِي، فَأَقُولُ: أَيْ رَبِّ أَصْحَابِي، يَقُولُ: لاَ تَدْرِي مَا أَحْدَثُوا بَعْدَكَ “

7050 & 7051 - Yahya bin Bukayr menyampaikan kepada kami, Ya‘qub bin ‘Abd al-Rahman menyampaikan kepada kami, daripada Abu Hazim berkata, Saya mendengar Sahl bin Sa‘ad berkata, Saya mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Saya manusia pertama antara kamu yang menuju telaga, sesiapa menemuinya, akan minum daripadanya. Sesiapa yang meminum daripadanya, maka tidak akan haus selama-lamanya. Sesungguhnya beberapa orang menemuiku yang saya mengenal mereka dan juga mereka mengenaliku, lalu secara tiba-tiba saya dan mereka dihalang.” Abu Hazim berkata, Dan Nu‘man bin Abu ‘Ayyasy mendengar saya ketika saya sedang menyampaikan kepada mereka hadis ini, lalu dia bertanya kepadaku: “Kamu mendengar daripada Sahl?” Saya menjawab, “Ya.” Dia berkata, “Dan saya bersaksi kepada Abu Sa‘id al-Khudriyy, sesungguhnya saya mendengarnya dengan tambahan redaksi: “Mereka adalah daripada kalangan ummatku” lalu dikatakan: Kamu tidak tahu apa yang mereka ubah setelah ketiadaanmu! Sehingga saya berkata, “Binasalah, celaka bagi sesiapa yang menukar agamanya setelah ketiadaanku.”

7051 & 7050 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، قَالَ: سَمِعْتُ سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ، يَقُولُ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ: «أَنَا فَرَطُكُمْ عَلَى الحَوْضِ، فَمَنْ وَرَدَهُ شَرِبَ مِنْهُ، وَمَنْ شَرِبَ مِنْهُ لَمْ يَظْمَأْ بَعْدَهُ أَبَدًا، لَيَرِدُ عَلَيَّ أَقْوَامٌ أَعْرِفُهُمْ وَيَعْرِفُونِي، ثُمَّ يُحَالُ بَيْنِي وَبَيْنَهُمْ» قَالَ أَبُو حَازِمٍ: فَسَمِعَنِي النُّعْمَانُ بْنُ أَبِي عَيَّاشٍ، - وَأَنَا أُحَدِّثُهُمْ هَذَا، فَقَالَ: هَكَذَا سَمِعْتَ سَهْلًا، فَقُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: وَأَنَا - أَشْهَدُ عَلَى أَبِي سَعِيدٍ الخُدْرِيِّ، لَسَمِعْتُهُ يَزِيدُ فِيهِ قَالَ: “ إِنَّهُمْ مِنِّي، فَيُقَالُ: إِنَّكَ لاَ تَدْرِي مَا بَدَّلُوا بَعْدَكَ، فَأَقُولُ: سُحْقًا سُحْقًا لِمَنْ بَدَّلَ بَعْدِي “

Bab Sabda Nabi : “Kamu Akan Melihat Perkara-Perkara Yang Kamu Ingkari”

Bāb Qawl al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama sa-Tarawna baʿdī Umūrā Tunkirūna-hā

بَابُ قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «سَتَرَوْنَ بَعْدِي أُمُورًا تُنْكِرُونَهَا»

Abdullah bin Zayd berkata, Nabi ﷺ bersabda, “Bersabarlah sehingga kamu semua menemuiku di telaga”

وَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «اصْبِرُوا حَتَّى تَلْقَوْنِي عَلَى الحَوْضِ»

7052 - Musaddad menyampaikan kepada kami, Yahya bin Sa‘id al-Qattan menyampaikan kepada kami, al-A‘masy menyampaikan kepada kami, Zayd bin Wahab menyampaikan kepada kami, saya mendengar ‘Abdullah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda kepada kami: “Kamu akan menyaksikan sikap-sikap pentingkan diri setelah ketiadaanku, dan perkara-perkara yang kamu ingkari.” Para sahabat bertanya, “Apa yang engkau perintahkan kepada kami Wahai Rasulullah?” Nabi menjawab, “Tunaikanlah hak mereka dan mintalah kepada Allah hakmu!”

7052 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ سَعِيدٍ القَطَّانُ، حَدَّثَنَا الأَعْمَشُ، حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ وَهْبٍ، سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّكُمْ سَتَرَوْنَ بَعْدِي أَثَرَةً وَأُمُورًا تُنْكِرُونَهَا» قَالُوا: فَمَا تَأْمُرُنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أَدُّوا إِلَيْهِمْ حَقَّهُمْ، وَسَلُوا اللَّهَ حَقَّكُمْ»

7053 - Musaddad menyampaikan kepada kami, menyampaikan kepada kami ‘Abd al-Warits, daripada al-Ja‘d, daripada Abu Raja’, daripada Ibn ‘Abbas, daripada Nabi ﷺ bersabda, “Sesiapa yang tidak menyukai tindakan pemimpin, hendaklah dia bersabar kerana sesiapa yang keluar daripada ketaatan kepada pemimpin dengan jarak sejengkal, dia mati dalam keadaan sepertimana matinya orang di zaman jahiliyah.”

7053 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَارِثِ، عَنِ الجَعْدِ، عَنْ أَبِي رَجَاءٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «مَنْ كَرِهَ مِنْ أَمِيرِهِ شَيْئًا فَلْيَصْبِرْ، فَإِنَّهُ مَنْ خَرَجَ مِنَ السُّلْطَانِ شِبْرًا مَاتَ مِيتَةً جَاهِلِيَّةً»

Sahih al-Bukhari