kitab haid
كِتَابُ الحَيْض
Dan firman Allah , “Dan mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah, "Ia adalah suatu benda yang kotor". Oleh yang demikian, hendaklah kamu menjauhkan dirimu daripada mereka (jangan bersetubuh dengan mereka) dalam tempoh haid mereka itu. Dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sehinggalah mereka suci. Kemudian, apabila mereka sudah bersuci, maka datangilah mereka mengikut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah menyukai orang-orang yang banyak bertaubat dan orang-orang yang sentiasa mensucikan dirinya.”
وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى: {وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ المَحِيضِ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي المَحِيضِ} [البقرة: 222] إِلَى قَوْلِهِ {وَيُحِبُّ المُتَطَهِّرِينَ} [البقرة: 222]
Bab Bagaimana Permulaan Haid
Bāb Kayfa Kāna Badʾ al-Ḥayḍ
بَابُ كَيْفَ كَانَ بَدْءُ الحَيْضِ
Dan Sabdaan Nabi ﷺ, “Haid itu adalah sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepada anak keturunan Adam yang perempuan.” Sebahagian ulama berpendapat, “Pertama sekali mereka yang mengalami haid adalah Bani Israi’l dan hadis Nabi ﷺ mengenai haid ini lebih banyak rangkumannya.”
وَقَوْلُ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «هَذَا شَيْءٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ» وَقَالَ بَعْضُهُمْ: «كَانَ أَوَّلُ مَا أُرْسِلَ الحَيْضُ عَلَى بَنِي إِسْرَائِيلَ وَحَدِيثُ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلم أَكْثَرُ»
294 – ‘Ali bin ‘Abdullah menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, katanya, “Saya mendengar ‘Abdul Rahman bin al-Qasim berkata, “Saya mendengar al-Qasim berkata, ”Saya mendengar A’isyah berkata, “Kami pernah keluar, hanya bertujuan untuk melaksanakan haji. Namun, tatkala kami sampai di Sarif, saya pun berhaid. Kemudian Rasulullah ﷺ datang menemui saya, ketika itu saya sedang menangis. Baginda bertanya, “Mengapa engkau menangis? Adakah engkau telah datang haid?” Saya menjawab, “Ya.” Lalu, baginda pun bersabda, “Perkara ini merupakan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepada anak perempuan keturunan Adam. Lakukanlah apa-apa sahaja ibadah seperti yang dilakukan oleh orang yang berhaji, cumanya engkau tidak boleh bertawaf di Baitullah.” Rasulullah ﷺ kemudian menyembelih seekor lembu bagi pihak isteri-isterinya.”
294 - حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، قَالَ: سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ القَاسِمِ، قَالَ: سَمِعْتُ القَاسِمَ، يَقُولُ: سَمِعْتُ عَائِشَةَ تَقُولُ: خَرَجْنَا لاَ نَرَى إِلَّا الحَجَّ، فَلَمَّا كُنَّا بِسَرِفَ حِضْتُ، فَدَخَلَ عَلَيَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا أَبْكِي، قَالَ: «مَا لَكِ أَنُفِسْتِ؟». قُلْتُ: نَعَمْ، قَالَ: «إِنَّ هَذَا أَمْرٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ، فَاقْضِي مَا يَقْضِي الحَاجُّ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِي بِالْبَيْتِ» قَالَتْ: وَضَحَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ نِسَائِهِ بِالْبَقَرِ
Bab Orang Haid Yang Mencuci Dan Menyikat Rambut Suaminya
Bāb Ghasl al-Ḥāʾiḍ Raʾs Zawji-hā wa Tarjīli-hi
بَابُ غَسْلِ الحَائِضِ رَأْسَ زَوْجِهَا وَتَرْجِيلِهِ
295 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya Malik menyampaikan kepada kami, daripada Hisyam bin ‘Urwah, daripada ayahnya, daripada ‘A’isyah, beliau bercerita, “Saya selalu menyikat rambut Rasulullah ﷺ dalam keadaan saya berhaid.”
295 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ: حَدَّثَنَا مَالِكٌ، عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «كُنْتُ أُرَجِّلُ رَأْسَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَنَا حَائِضٌ»
296 – Ibrahim bin Musa menyampaikan kepada kami, katanya Hisyam bin Yusuf mengkhabarkan kepada saya, bahawa Ibn Jurayj mengkhabarkan kepada mereka, katanya Hisyam bin ‘Urwah mengkhabarkan kepada saya, daripada ‘Urwah, bahawa beliau pernah ditanya, “Bolehkah perempuan yang sedang berhaid berkhidmat saya, atau perempuan yang berjunub mendekati saya?” ‘Urwah menjawab, “Bagi saya, tidak ada masalah. Mereka semua boleh bekhidmat kepada saya dan sebenarnya tidak ada apa-apa masalah kepada sesiapa pun dalam masalah ini. ‘A’isyah mengkhabarkan kepada saya, bahawa beliau sering menyikat rambut Rasulullah ﷺ dalam keadaan berhaid. Ketika itu, Rasulullah ﷺ sedang beriktikaf di masjid. Lalu baginda pun menghulurkan kepalanya ke arah ‘A’isyah yang sedang berada di dalam biliknya. ‘A’isyah pun menyikat rambut baginda dalam keadaan berhaid.”
296 - حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى، قَالَ: أَخْبَرَنَا هِشَامُ بْنُ يُوسُفَ، أَنَّ ابْنَ جُرَيْجٍ، أَخْبَرَهُمْ قَالَ: أَخْبَرَنِي هِشَامُ بْنُ عُرْوَةَ، عَنْ عُرْوَةَ، أَنَّهُ سُئِلَ أَتَخْدُمُنِي الحَائِضُ أَوْ تَدْنُو مِنِّي المَرْأَةُ وَهِيَ جُنُبٌ؟ فَقَالَ عُرْوَةُ: كُلُّ ذَلِكَ عَلَيَّ هَيِّنٌ، وَكُلُّ ذَلِكَ تَخْدُمُنِي وَلَيْسَ عَلَى أَحَدٍ فِي ذَلِكَ بَأْسٌ أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ: «أَنَّهَا كَانَتْ تُرَجِّلُ، تَعْنِي رَأْسَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَهِيَ حَائِضٌ، وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَئِذٍ مُجَاوِرٌ فِي المَسْجِدِ، يُدْنِي لَهَا رَأْسَهُ، وَهِيَ فِي حُجْرَتِهَا، فَتُرَجِّلُهُ وَهِيَ حَائِضٌ»
Bab Seorang Suami Yang Membaca Al-Qur‘an Di Pangkuan Isterinya Yang Sedang Haid
Bāb Qirāʾat al-Rajul fī Ḥajr Imraʾati-hi wa Hiya Ḥāʾiḍ
بَابُ قِرَاءَةِ الرَّجُلِ فِي حَجْرِ امْرَأَتِهِ وَهِيَ حَائِضٌ
Abu Wai’l menghantar pembantu perempuannya yang sedang haid kepada Abu Razin untuk memberikan mashaf kepadanya. Pembantunya itu membawa mashaf tersebut dengan memegang tali pengikat sampulnya.
وَكَانَ أَبُو وَائِلٍ: «يُرْسِلُ خَادِمَهُ وَهِيَ حَائِضٌ إِلَى أَبِي رَزِينٍ، فَتَأْتِيهِ بِالْمُصْحَفِ، فَتُمْسِكُهُ بِعِلاَقَتِهِ»
297 – Abu Nu’aym al-Fadhl bin Dukain menyampaikan kepada kami, dia pernah mendengar Zuhair berkata, daripada Manshur bin Shafiyyah, bahawa ibunya menyampaikan kepadanya bahawa ‘A’isyah pernah menyampaikan kepadanya, “Nabi ﷺ selalu baring di pangkuanku sambil membaca al-Quran, sedangkan ketika itu saya sedang haid.”
297 - حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ الفَضْلُ بْنُ دُكَيْنٍ، سَمِعَ زُهَيْرًا، عَنْ مَنْصُورِ بْنِ صَفِيَّةَ، أَنَّ أُمَّهُ، حَدَّثَتْهُ أَنَّ عَائِشَةَ حَدَّثَتْهَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «كَانَ يَتَّكِئُ فِي حَجْرِي وَأَنَا حَائِضٌ، ثُمَّ يَقْرَأُ القُرْآنَ»
Bab Orang Yang Menyebut Nifas Itu Dengan Haid
Bāb Man Samma al-Nifās Ḥayḍā
بَابُ مَنْ سَمَّى النِّفَاسَ حَيْضًا
298 – Al-Makki bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, katanya Hisyam menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, bahawa Zaynab binti Ummu Salamah menyampaikan kepadanya, bahawa Ummu Salamah menyampaikan kepadanya, beliau berkata, “Ketika saya sedang berbaring bersama Nabi ﷺ dalam satu selimut, tiba-tiba saya pun datang haid. Saya pun segera pergi dan mengambil pakaian haid saya. Lalu Nabi ﷺ bertanya, “Adakah engkau nifas (haid)?” Saya menjawab, “Ya.” Kemudian baginda memanggil saya kembali dan saya pun baring semula di dalam selimut tadi.”
298 - حَدَّثَنَا المَكِّيُّ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا هِشَامٌ، عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، أَنَّ زَيْنَبَ بِنْتَ أُمِّ سَلَمَةَ، حَدَّثَتْهُ أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ حَدَّثَتْهَا قَالَتْ: بَيْنَا أَنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، مُضْطَجِعَةٌ فِي خَمِيصَةٍ، إِذْ حِضْتُ، فَانْسَلَلْتُ، فَأَخَذْتُ ثِيَابَ حِيضَتِي، قَالَ: «أَنُفِسْتِ» قُلْتُ: نَعَمْ، فَدَعَانِي، فَاضْطَجَعْتُ مَعَهُ فِي الخَمِيلَةِ