kitab hukum-hakam

كِتَابُ الأَحْكَامِ

Bab Firman Allah Ta’ala: {Taatlah Kamu Kepada Allah Dan Taatlah Kamu Kepada Rasulullah Dan Kepada “Ulil-Amri” (Orang-Orang Yang Berkuasa) Daripada Kalangan Kamu}

Bāb Qawl Allāh Taʿālā Aṭīʿū Allāha wa Aṭīʿū al-Rasūla wa Ulī al-Amri min-kum

بَابُ قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى { وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَأُولِي الأَمْرِ مِنْكُمْ}

7137 - ‘Abdan menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah mengkhabarkan kepada kami, daripada Yunus, daripada al-Zuhriyy, Abu Salamah bin ‘Abd al-Rahman mengkhabarkan kepada saya bahawa dia mendengar Abu Hurayrah: Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa yang mentaatiku, maka dia telah mentaati Allah. Sesiapa yang melakukan maksiat kepada saya, maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpinku, maka dia telah mentaatiku. Sesiapa yang melakukan maksiat kepada pemimpinku, maka dia telah melakukan maksiat kepadaku.”

7137 - حَدَّثَنَا عَبْدَانُ، أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ، عَنْ يُونُسَ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، أَخْبَرَنِي أَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ، أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «مَنْ أَطَاعَنِي فَقَدْ أَطَاعَ اللَّهَ، وَمَنْ عَصَانِي فَقَدْ عَصَى اللَّهَ، وَمَنْ أَطَاعَ أَمِيرِي فَقَدْ أَطَاعَنِي، وَمَنْ عَصَى أَمِيرِي فَقَدْ عَصَانِي»

7138 - Isma’il menyampaikan kepada kami, Malik menyampaikan kepada saya, daripada ‘Abdullah bin Dinar, daripada ‘Abdullah bin ‘Umar , Rasulullah ﷺ bersabda, “Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta dipertanggungjawabkan ke atas perkara yang dipimpin, penguasa yang memimpin rakyat akan diminta untuk bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, setiap ketua keluarga adalah pemimpin anggota keluarganya dan dia diminta untuk bertanggungjawab atas yang dipimpinnya, dan isteri terhadap keluarga rumah suaminya dan juga anak-anaknya, dan dia akan diminta untuk bertanggungjawab terhadap mereka, dan seorang hamba juga pemimpin terhadap harta tuannya dan akan diminta untuk bertanggungjawab terhadapnya. Ketahuilah, setiap kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dipimpinnya.”

7138 - حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، حَدَّثَنِي مَالِكٌ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا: أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، فَالإِمَامُ الَّذِي عَلَى النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ، وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ، وَالمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى أَهْلِ بَيْتِ زَوْجِهَا، وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ، وَعَبْدُ الرَّجُلِ رَاعٍ عَلَى مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُولٌ عَنْهُ، أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَكُلُّكُمْ مَسْئُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ»

Bab Pemimpin Berasal Daripada Quraisy

Bāb al-Umarāʾ min Quraysh

بَابٌ: الأُمَرَاءُ مِنْ قُرَيْشٍ

7139 - Abu al-Yaman menyampaikan kepada kami, Syu‘ayb mengkhabarkan kepada kami, daripada Al-Zuhriyy berkata, Muhammad bin Jubayr bin Mut'im menyampaikan kepada kami, Mu‘awiyah mendapat khabar ketika itu Jubayr berada di sampingnya ketika dalam rombongan Quraisy. ‘Abdullah bin Amru menyampaikan kepada kami bahawa dirinya akan adanya seorang raja dari qabilah Qahtan. Mu’awiyah lalu murka, dia berdiri dan memanjatkan puji-pujian kepada Allah dengan pujian yang selayaknya, kemudian berkata, Amma Ba’du, sampai berita kepada saya bahawa beberapa orang antara kamu menyampaikan kepada kami perkara yang tidak terdapat dalam kitabullah dan tidak pula berasal daripada Rasulullah ﷺ , mereka itu adalah orang-orang jahil dalam kalangan kamu, jauhilah olehmu angan-angan yang menyesatkan pemiliknya kerana saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Kepemimpinan ini berada dalam kalangan orang Quraisy, tidaklah seseorang memusuhi mereka, selain Allah menelungkupkannya dalam neraka di atas wajahnya, selama mereka menegakkan agama.” Hadis ini disokong oleh Nu’aym, daripada Ibn al-Mubarak, daripada Ma’mar, daripada al-Zuhriyy, daripada Muhammad Ibnu Jubayr.

7139 - حَدَّثَنَا أَبُو اليَمَانِ، أَخْبَرَنَا شُعَيْبٌ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، قَالَ: كَانَ مُحَمَّدُ بْنُ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ، يُحَدِّثُ: أَنَّهُ بَلَغَ مُعَاوِيَةَ، وَهُوَ عِنْدَهُ فِي وَفْدٍ مِنْ قُرَيْشٍ: أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عَمْرٍو، يُحَدِّثُ: أَنَّهُ سَيَكُونُ مَلِكٌ مِنْ قَحْطَانَ، فَغَضِبَ، فَقَامَ فَأَثْنَى عَلَى اللَّهِ بِمَا هُوَ أَهْلُهُ، ثُمَّ قَالَ: أَمَّا بَعْدُ، فَإِنَّهُ بَلَغَنِي أَنَّ رِجَالًا مِنْكُمْ يُحَدِّثُونَ أَحَادِيثَ لَيْسَتْ فِي كِتَابِ اللَّهِ، وَلاَ تُوثَرُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، وَأُولَئِكَ جُهَّالُكُمْ، فَإِيَّاكُمْ وَالأَمَانِيَّ الَّتِي تُضِلُّ أَهْلَهَا، فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «إِنَّ هَذَا الأَمْرَ فِي قُرَيْشٍ، لاَ يُعَادِيهِمْ أَحَدٌ إِلَّا كَبَّهُ اللَّهُ فِي النَّارِ عَلَى وَجْهِهِ، مَا أَقَامُوا الدِّينَ» تَابَعَهُ نُعَيْمٌ، عَنْ ابْنِ المُبَارَكِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرٍ

7140 - Ahmad bin Yunus menyampaikan kepada kami, ‘Ashim bin Muhammad menyampaikan kepada kami, saya mendengar ayahku berkata, Ibnu ‘Umar berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Urusan kepemimpinan ini akan kekal berada di Quraisy, sekalipun mereka hanya tinggal dua orang.”

7140 - حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ، حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ مُحَمَّدٍ، سَمِعْتُ أَبِي، يَقُولُ: قَالَ ابْنُ عُمَرَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «لاَ يَزَالُ هَذَا الأَمْرُ فِي قُرَيْشٍ مَا بَقِيَ مِنْهُمُ اثْنَانِ»

Bab Pahala Buat Mereka Yang Memutuskan Dengan Bijak (Hikmah)

Bāb Ajr Man Qaḍā bi al-Ḥikmah

بَابُ أَجْرِ مَنْ قَضَى بِالحِكْمَةِ

Firman Allah Ta’ala: {Dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah  , maka mereka itulah orang-orang yang fasik.}

لِقَوْلِهِ تَعَالَى: {وَمَنْ لَمْ يَحْكُمْ بِمَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأُولَئِكَ هُمُ الفَاسِقُونَ}

7141 - Syihab bin ‘Abbad menyampaikan kepada kami, Ibrahim bin Humayd menyampaikan kepada kami, daripada Isma’il, daripada Qays daripada ‘Abdullah berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Tidak diperbolehkan berhasad kecuali dalam dua perkara, seseorang yang Allah memberinya harta, lalu dia belanjakan untuk perkara yang benar, dan seseorang yang Allah beri hikmah, kemudian dia gunakan untuk memutuskan hukum dan mengajarkannya.”

7141 - حَدَّثَنَا شِهَابُ بْنُ عَبَّادٍ، حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ حُمَيْدٍ، عَنْ إِسْمَاعِيلَ، عَنْ قَيْسٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “ لاَ حَسَدَ إِلَّا فِي اثْنَتَيْنِ: رَجُلٌ آتَاهُ اللَّهُ مَالًا، فَسَلَّطَهُ عَلَى هَلَكَتِهِ فِي الحَقِّ، وَآخَرُ آتَاهُ اللَّهُ حِكْمَةً فَهُوَ يَقْضِي بِهَا وَيُعَلِّمُهَا “

Sahih al-Bukhari