kitab ilmu
كِتَابُ العِلْمِ
Bab Keutamaan Ilmu
Bāb Faḍl al-ʿIlm
بَابُ فَضْلِ العِلْمِ
Dan Firman Allah , “Allah pasti meninggikan darjat orang-orang yang beriman dalam kalangan kamu, dan juga orang-orang yang diberi ilmu agama dengan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.” Firman Allah juga, “Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmu saya.”
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا العِلْمَ دَرَجَاتٍ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ} [المجادلة: 11] وَقَوْلِهِ عَزَّ وَجَلَّ: {رَبِّ زِدْنِي عِلْمًا} [طه: 114]
Bab Orang Yang Ditanya Tentang Suatu Ilmu Ketika Sedang Sibuk Berbicara, Dia Menyelesaikan Pembicaraannya Dahulu Kemudian Baru Menjawab Pertanyaan Itu
Bāb Man Suʾila ʿIlmā wa Huwa Mushtaghil fī Ḥadīthi-hi fa-Atamma al-Ḥadīth thumma Ajāba al-Sāʾil
بَابُ مَنْ سُئِلَ عِلْمًا وَهُوَ مُشْتَغِلٌ فِي حَدِيثِهِ، فَأَتَمَّ الحَدِيثَ ثُمَّ أَجَابَ السَّائِلَ
59 – Muhammad bin Sinan menyampaikan kepada kami, katanya Fulayh menyampaikan kepada kami. Dalam sanad lain disebutkan, Ibrahim bin al-Mundzir menyampaikan kepada saya, katanya Muhammad bin Fulayh menyampaikan kepada kami, katanya, ayahku menyampaikan kepadaku, katanya Hilal bin ‘Ali menyampaikan kepadaku, daripada ‘Ata’ bin Yasar, daripada Abu Hurayrah, beliau berkata, “Ketika Nabi ﷺ berada dalam suatu majlis sambil berbicara kepada sekumpulan orang, tiba-tiba ada seorang arab badwi datang lalu bertanya, “Bilakah berlakunya hari kiamat?” Nabi ﷺ tetap meneruskan bicaranya. Sementara itu, ada sebahagian orang yang berkata, “Baginda mendengar soalannya, cuma baginda tidak menyukai soalannya itu.” Ada pula yang mengatakan, “Baginda sebenarnya tidak mendengar soalannya itu.” Setelah Nabi ﷺ menyelesaikan kata-katanya, baginda bertanya, “Dimana orang yang bertanya tentang hari kiamat tadi?” Orang itu menjawab, “Saya, wahai Rasulullah!” Maka Nabi ﷺ bersabda, “Apabila amanah disia-siakan, maka tunggulah terjadinya hari kiamat.” Orang itu bertanya, “Bagaimana amanah itu disia-siakan?” Nabi ﷺ menjawab, “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah terjadinya hari kiamat.”
59 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سِنَانٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا فُلَيْحٌ، ح وحَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ المُنْذِرِ، قَالَ: حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُلَيْحٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ: حَدَّثَنِي هِلاَلُ بْنُ عَلِيٍّ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: بَيْنَمَا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَجْلِسٍ يُحَدِّثُ القَوْمَ، جَاءَهُ أَعْرَابِيٌّ فَقَالَ: مَتَى السَّاعَةُ؟ فَمَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَدِّثُ، فَقَالَ بَعْضُ القَوْمِ: سَمِعَ مَا قَالَ فَكَرِهَ مَا قَالَ. وَقَالَ بَعْضُهُمْ: بَلْ لَمْ يَسْمَعْ، حَتَّى إِذَا قَضَى حَدِيثَهُ قَالَ: «أَيْنَ - أُرَاهُ - السَّائِلُ عَنِ السَّاعَةِ» قَالَ: هَا أَنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «فَإِذَا ضُيِّعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ»، قَالَ: كَيْفَ إِضَاعَتُهَا؟ قَالَ: «إِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ إِلَى غَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ»
Bab Orang Yang Mengangkat Suaranya Berkenaan Ilmu
Bāb Man Rafaʿa Ṣawta-hu bi al-ʿIlm
بَابُ مَنْ رَفَعَ صَوْتَهُ بِالعِلْمِ
60 – Abu al-Nu‘man ‘Arim bin al-Fadhl menyampaikan kepada kami, katanya Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Bisyr, daripada Yusuf bin Mahak, daripada ‘Abdullah bin ‘Amr, beliau berkata, “Dalam suatu perjalanan, Nabi ﷺ pernah tertinggal daripada rombongan kami, sehinggalah baginda menyusul kami semula. Ketika itu, waktu solat sudah hampir habis. Kami pun berwuduk dengan hanya mengusap kaki kami. Maka Nabi ﷺ menyeru dengan suara yang tinggi, “Kemusnahan di dalam neraka menanti pemilik tumit-tumit itu.” Baginda mengatakan begitu dua atau tiga kali.”
60 - حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ عَارِمُ بْنُ الفَضْلِ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ، عَنْ أَبِي بِشْرٍ، عَنْ يُوسُفَ بْنِ مَاهَكَ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو، قَالَ: تَخَلَّفَ عَنَّا النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي سَفْرَةٍ سَافَرْنَاهَا فَأَدْرَكَنَا - وَقَدْ أَرْهَقَتْنَا الصَّلاَةُ - وَنَحْنُ نَتَوَضَّأُ، فَجَعَلْنَا نَمْسَحُ عَلَى أَرْجُلِنَا، فَنَادَى بِأَعْلَى صَوْتِهِ: «وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنَ النَّارِ» مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلاَثًا
Bab Ucapan Seorang Ahli Hadis, “Haddathana” dan “Akhbarana” dan “Anba’ana”
Bāb Qawl al-Muḥaddith Ḥaddatha-nā. Wa Akhbara-nā wa Anbaʾa-nā
بَابُ قَوْلِ المُحَدِّثِ: حَدَّثَنَا، وَأَخْبَرَنَا، وَأَنْبَأَنَا
Al-Humaydi berkata kepada kami, “Menurut Ibn ‘Uyaynah, perkataan haddathana, akhbarana, anba’ana dan sami‘tu itu adalah sama. Ibn Mas‘ud berkata, “Rasulullah ﷺ menyampaikan kepada kami, baginda itu adalah orang yang jujur dan dipercayai.” Syaqiq pula berkata daripada ‘Abdullah, “Saya mendengar satu perkataan daripada Nabi ﷺ.” Hudzayfah berkata, “Rasulullah menyampaikan dua hadis kepada kami.”
Abu al-‘Aliyah berkata, daripada Ibn ‘Abbas, daripada Nabi ﷺ, berkenaan hadis yang baginda riwayatkan daripada Rabnya . Anas berkata, daripada Nabi ﷺ, berkenaan hadis yang baginda meriwayatkan daripada Rabmu .”
وَقَالَ لَنَا الحُمَيْدِيُّ: " كَانَ عِنْدَ ابْنِ عُيَيْنَةَ حَدَّثَنَا، وَأَخْبَرَنَا، وَأَنْبَأَنَا، وَسَمِعْتُ وَاحِدًا وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ: حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ الصَّادِقُ المَصْدُوقُ وَقَالَ شَقِيقٌ: عَنْ عَبْدِ اللَّهِ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَةً وَقَالَ حُذَيْفَةُ حَدَّثَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَدِيثَيْنِ وَقَالَ أَبُو العَالِيَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فِيمَا يَرْوِي عَنْ رَبِّهِ وَقَالَ أَنَسٌ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: فِيمَا يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّهِ عَزَّ وَجَلَّ وَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: يَرْوِيهِ عَنْ رَبِّكُمْ عَزَّ وَجَلَّ
61 – Qutaybah menyampaikan kepada kami, katanya Isma‘il bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Dinar, daripada Ibn ‘Umar, beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Di antara pohon-pohon itu, ada pohon yang daunnya tidak berguguran. Demikianlah perumpamaan seorang muslim. Tahukah kamu, pohon apakah itu?”
Para sahabat beranggapan bahawa yang dimaksudkan adalah pohon yang tumbuh di padang pasir. ‘Abdullah berkata, “Saya terlintas bahawa pohon itu adalah pohon kurma, cuma saya malu untuk menyebutnya.” Kemudian para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, pohon apakah itu?” Baginda menjawab, “ia adalah pohon kurma.”
61 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ مِنَ الشَّجَرِ شَجَرَةً لاَ يَسْقُطُ وَرَقُهَا، وَإِنَّهَا مَثَلُ المُسْلِمِ، فَحَدِّثُونِي مَا هِيَ» فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ البَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: وَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ، فَاسْتَحْيَيْتُ، ثُمَّ قَالُوا: حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ: «هِيَ النَّخْلَةُ»
Bab Seorang Imam Melontarkan Soalan Kepada Para Sahabatnya Untuk Menguji Pengetahuan Mereka
Bāb Ṭarḥ al-Imām al-Masʾalah ʿalā Aṣḥābi-hi li-Yakhtabir Mā ʾinda-hum min al-ʿIlm
بَابُ طَرْحِ الإِمَامِ المَسْأَلَةَ عَلَى أَصْحَابِهِ لِيَخْتَبِرَ مَا عِنْدَهُمْ مِنَ العِلْمِ
62 – Khalid bin Makhlad menyampaikan kepada kami, katanya Sulayman menyampaikan kepada kami, ‘Abdullah bin Dinar menyampaikan kepada kami, daripada Ibn ‘Umar, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Di antara pohon-pohon itu, ada pohon yang daunnya tidak berguguran. Demikianlah perumpamaan seorang muslim. Beritahulah kepadaku pohon apakah itu?” Para sahabat beranggapan bahawa yang dimaksudkan itu adalah pohon yang tumbuh di padang pasir. ‘Abdullah berkata, “Saya terlintas bahawa pohon itu adalah pohon kurma.” Kemudian para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, beritahulah kepada kami, pohon apakah itu?” Baginda menjawab, “Pohon kurma.”.”
62 - حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ، حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ دِينَارٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «إِنَّ مِنَ الشَّجَرِ شَجَرَةً لاَ يَسْقُطُ وَرَقُهَا، وَإِنَّهَا مَثَلُ المُسْلِمِ، حَدِّثُونِي مَا هِيَ» قَالَ: فَوَقَعَ النَّاسُ فِي شَجَرِ البَوَادِي قَالَ عَبْدُ اللَّهِ: فَوَقَعَ فِي نَفْسِي أَنَّهَا النَّخْلَةُ ، ثُمَّ قَالُوا: حَدِّثْنَا مَا هِيَ يَا رَسُولَ اللَّهِ، قَالَ: «هِيَ النَّخْلَةُ»