kitab iman

كِتَابُ الإِيمَانِ

Bab Sabda Nabi , “Islam Dibina Di Atas Lima Tonggak.

Bāb Qawl al-Nabī Ṣallallāh ʿalayhi wa Sallama Buniya al-Islām ʿalā Khams

بَابُ قَوْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: « بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ »

Iman itu merangkumi ucapan dan perbuatan, ia dapat bertambah dan berkurang.

Firman Allah , “…agar mereka bertambah iman dan keyakinan beserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada...” , “…dan Kami tambahkan petunjuk kepada mereka…” , “Dan Allah akan menambahkan petunjuk bagi orang-orang yang menurut jalan petunjuk..” , “Dan orang-orang yang mengikuti petunjuk (ke jalan yang benar), Allah menambahkan petunjuk kepada mereka, serta memberi mereka (dorongan) untuk mereka bertaqwa.” , “Dan supaya orang-orang yang beriman bertambah imannya…” , “"Siapakah di antara kamu yang imannya bertambah disebabkan oleh surah ini? Adapun orang-orang yang beriman, maka surah itu dapat menambahkan iman mereka…” , “"(Orang munafik berkata) hendaklah kamu gerun kepadanya (kaum musyrikin). Maka berita itu makin menambahkan iman mereka…” , “Dan tentera musuh (yang kamu lihat) itu tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada penambahan iman dan penyerahan diri mereka bulat-bulat kepada Allah.”

Cinta kerana Allah dan benci kerana Allah itu sebahagian daripada iman. ‘Umar bin ‘Abdul Aziz pernah menulis surat kepada ‘Adi bin ‘Adi, “Iman itu memiliki beberapa kewajipan, syariat, batasan, dan perkara-perkara sunah. Orang yang dapat memenuhi kesemua itu, sempurnalah imannya. Sebaliknya, orang yang tidak dapat memenuhinya, bererti imannya tidak sempurna. Jika saya masih hidup, saya akan terus menjelaskannya kepada kamu sehingga kamu mengamalkannya. Jika saya mati, saya pun tidaklah ingin sangat bersama denganmu (di dunia ini).”

Ibrahim berkata, “...akan tetapi, supaya hati saya tenteram...” Mu‘adz bin Jabal berkata, “Duduklah bersama kami sebentar untuk menyegarkan iman kembali.” Ibn Mas‘ud berkata, “Keyakinan adalah tunjang keimanan.” Ibn ‘Umar berkata, “Seorang hamba itu tidak akan capai hakikat takwa sehinggalah dia meninggalkan perkara yang menyesakkan dadanya.” Mengenai ayat, “Allah telah mensyariatkan…” Mujahid menafsirkannya, “Wahai Muhammad, Aku wasiatkan kepadamu dan kepada Nuh satu agama yang sama.” Mengenai dua perkataan di dalam ayat, “…suatu syariat dan jalan agama…” Ibn ‘Abbas menafsirkannya dengan, “Jalan dan cara.”

وَهُوَ قَوْلٌ وَفِعْلٌ، وَيَزِيدُ وَيَنْقُصُ، قَالَ اللَّهُ تَعَالَى ﴿لِيَزۡدَادُوٓاْ إِيمَٰنٗا مَّعَ إِيمَٰنِهِمۡۗ﴾ [الفتح: 4] ﴿وَزِدۡنَٰهُمۡ هُدٗى﴾ [الكهف: 13] ﴿وَيَزِيدُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ٱهۡتَدَوۡاْ هُدٗىۗ﴾ [مريم: 76] ﴿وَٱلَّذِينَ ٱهۡتَدَوۡاْ زَادَهُمۡ هُدٗى وَءَاتَىٰهُمۡ تَقۡوَىٰهُمۡ﴾ [محمد: 17] وَقَوْلُهُ: ﴿وَيَزۡدَادَ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِيمَٰنٗا﴾ [المدثر: 31] وَقَوْلُهُ: ﴿أَيُّكُمۡ زَادَتۡهُ هَٰذِهِۦٓ إِيمَٰنٗاۚ فَأَمَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ فَزَادَتۡهُمۡ إِيمَٰنٗا﴾ [التوبة: 124] وَقَوْلُهُ جَلَّ ذِكْرُهُ: ﴿فَٱخۡشَوۡهُمۡ فَزَادَهُمۡ إِيمَٰنٗا﴾ [آل عمران: 173] وَقَوْلُهُ تَعَالَى: ﴿وَمَا زَادَهُمۡ إِلَّآ إِيمَٰنٗا وَتَسۡلِيمٗا﴾ [الأحزاب: 22] وَالحُبُّ فِي اللَّهِ وَالبُغْضُ فِي اللَّهِ مِنَ الإِيمَانِ" وَكَتَبَ عُمَرُ بْنُ عَبْدِ العَزِيزِ إِلَى عَدِيِّ بْنِ عَدِيٍّ: إِنَّ لِلْإِيمَانِ فَرَائِضَ، وَشَرَائِعَ، وَحُدُودًا، وَسُنَنًا، فَمَنِ اسْتَكْمَلَهَا اسْتَكْمَلَ الإِيمَانَ، وَمَنْ لَمْ يَسْتَكْمِلْهَا لَمْ يَسْتَكْمِلِ الإِيمَانَ، فَإِنْ أَعِشْ فَسَأُبَيِّنُهَا لَكُمْ حَتَّى تَعْمَلُوا بِهَا، وَإِنْ أَمُتْ فَمَا أَنَا عَلَى صُحْبَتِكُمْ بِحَرِيصٍ وَقَالَ إِبْرَاهِيمُ: وَلَكِنْ لِيَطْمَئِنَّ قَلْبِي وَقَالَ مُعَاذُ بْنُ جَبَلٍ: اجْلِسْ بِنَا نُؤْمِنْ سَاعَةً وَقَالَ ابْنُ مَسْعُودٍ: اليَقِينُ الإِيمَانُ كُلُّهُ وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ: لاَ يَبْلُغُ العَبْدُ حَقِيقَةَ التَّقْوَى حَتَّى يَدَعَ مَا حَاكَ فِي الصَّدْرِ وَقَالَ مُجَاهِدٌ: شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ أَوْصَيْنَاكَ يَا مُحَمَّدُ وَإِيَّاهُ دِينًا وَاحِدًا وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: شِرْعَةً وَمِنْهَاجًا سَبِيلًا وَسُنَّةً

Bab Doa Kamu Adalah Iman Kamu

Bāb Duʿāʾukum Īmānu-kum

باب دُعَاؤُكُمْ إِيمَانُكُمْ

8 – ‘Ubaydullah bin Musa menyampaikan kepada kami, katanya Hanzhalah bin Abu Sufyan mengkhabarkan kepada kami, katanya, daripada Ikrimah bin Khalid, daripada Ibn ‘Umar , beliau berkata, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda, “Islam dibina di atas lima paksi, iaitu persaksian bahawa tiada tuhan (yang berhak diibadahi sebenar-benarnya) selain Allah dan Muhammad itu ialah utusan Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji, dan berpuasa pada bulan Ramadhan.”

8 - حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى، قَالَ: أَخْبَرَنَا حَنْظَلَةُ بْنُ أَبِي سُفْيَانَ، عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ خَالِدٍ، عَنِ ابْنِ عُمَرَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ " بُنِيَ الإِسْلاَمُ عَلَى خَمْسٍ: شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللَّهِ، وَإِقَامِ الصَّلاَةِ، وَإِيتَاءِ الزَّكَاةِ، وَالحَجِّ، وَصَوْمِ رَمَضَانَ "

Bab Perkara-Perkara Yang Berkaitan Dengan Iman

Bāb Umūr al-Īmān

بَابُ أُمُورِ الإِيمَانِ

Firman Allah , “Kebajikan itu bukanlah kamu menghadapkan mukamu ke arah timur dan barat, akan tetapi kebajikan itu adalah iman seseorang kepada Allah, hari akhirat, para malaikat, kitab-kitab dan sekalian Nabi; mendermakan hartanya kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, orang musafir juga kepada orang-orang yang meminta; memerdekakan hamba-hamba; mendirikan solat serta mengeluarkan zakat dan menyempurnakan janji apabila membuat perjanjian; bersabar ketika kesempitan, derita dan ketika perang. Mereka itulah orang-orang yang benar (terhadap iman mereka); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.” , “Sungguh, berjayalah orang-orang yang beriman.”

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: ﴿۞ لَّيۡسَ ٱلۡبِرَّ أَن تُوَلُّواْ وُجُوهَكُمۡ قِبَلَ ٱلۡمَشۡرِقِ وَٱلۡمَغۡرِبِ وَلَٰكِنَّ ٱلۡبِرَّ مَنۡ ءَامَنَ بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأٓخِرِ وَٱلۡمَلَٰٓئِكَةِ وَٱلۡكِتَٰبِ وَٱلنَّبِيِّـۧنَ وَءَاتَى ٱلۡمَالَ عَلَىٰ حُبِّهِۦ ذَوِي ٱلۡقُرۡبَىٰ وَٱلۡيَتَٰمَىٰ وَٱلۡمَسَٰكِينَ وَٱبۡنَ ٱلسَّبِيلِ وَٱلسَّآئِلِينَ وَفِي ٱلرِّقَابِ وَأَقَامَ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَى ٱلزَّكَوٰةَ وَٱلۡمُوفُونَ بِعَهۡدِهِمۡ إِذَا عَٰهَدُواْۖ وَٱلصَّٰبِرِينَ فِي ٱلۡبَأۡسَآءِ وَٱلضَّرَّآءِ وَحِينَ ٱلۡبَأۡسِۗ أُوْلَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْۖ وَأُوْلَٰٓئِكَ هُمُ﴾ [البقرة: 177] {قَدْ أَفْلَحَ المُؤْمِنُونَ} [المؤمنون: الآيَةَ 1]

9 – ‘Abdullah bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya Abu ‘Amir al-‘Aqadi menyampaikan kepada kami, katanya Sulayman bin Bilal menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Dinar, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurayrah, daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Iman itu memiliki lebih daripada 60 cabang, dan malu pula merupakan sebahagian daripada iman.”

9 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ العَقَدِيُّ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ بِلاَلٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ «الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً، وَالحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ»

Bab Seorang Muslim Yang Sejati Itu Adalah Orang Muslim Yang Lain Selamat Daripada Lidah Dan Tangannya

Bāb al-Muslim Man Salima al-Muslimūn min Lisānihi wa Yadi-hi

بَابٌ: المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ

10 – Adam bin Abu Iyas menyampaikan kepada kami, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abdullah bin Abu al-Safar dan Isma‘il, daripada al-Sya‘bi, daripada ‘Abdullah bin ‘Amr , daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda, “Seorang muslim yang sejati itu adalah orang muslim yang lain selamat daripada lidah dan tangannya. Orang yang berhijrah itu pula adalah orang yang meninggalkan segala perkara yang dilarang oleh Allah.”

Abu ‘Abdullah berkata bahawa Abu Mu‘awiyah berkata, Daud telah menyampaikan kepada kami daripada ‘Amir. Kata beliau, saya mendengar daripada ‘Abdullah bin ‘Amr, daripada Nabi ﷺ.

Selain itu, ‘Abd al-‘A’la berkata, daripada Daud, daripada ‘Amir, daripada ‘Abdullah, daripada Nabi ﷺ.

10 - حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي السَّفَرِ، وَإِسْمَاعِيلَ عَنِ الشَّعْبِيِّ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: «المُسْلِمُ مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ وَيَدِهِ، وَالمُهَاجِرُ مَنْ هَجَرَ مَا نَهَى اللَّهُ عَنْهُ» قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ: وَقَالَ أَبُو مُعَاوِيَةَ، حَدَّثَنَا دَاوُدُ، عَنْ عَامِرٍ، قَالَ: سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ يَعْنِي ابْنَ عَمْرٍو، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ عَبْدُ الأَعْلَى، عَنْ دَاوُدَ، عَنْ عَامِرٍ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Orang Islam Yang Manakah Paling Utama?

Bāb Ayy al-Islām Afḍal

بَابٌ: أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ؟

11 – Sa‘id bin Yahya bin Sa‘id al-Qurasyi menyampaikan kepada kami, katanya, ayahku menyampaikan kepada kami, katanya Abu Burdah bin ‘Abdullah bin Abu Burdah menyampaikan kepada kami, daripada Abu Burdah, daripada Abu Musa , beliau berkata bahawa para sahabat pernah bertanya, “Wahai Rasulullah, orang Islam yang manakah paling utama?” Baginda menjawab, “Sesiapa yang membuat muslim lain berasa selamat daripada lidah dan tangannya.”

11 - حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ القُرَشِيُّ ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبِي، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو بُرْدَةَ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي بُرْدَةَ، عَنْ أَبِي مُوسَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَيُّ الإِسْلاَمِ أَفْضَلُ؟ قَالَ: «مَنْ سَلِمَ المُسْلِمُونَ مِنْ لِسَانِهِ، وَيَدِهِ»

Sahih al-Bukhari