kitab jual beli salam[122]

كِتَاب السَّلَمِ

122

Jual beli yang penyerahan barangan ditangguhkan

Bab Keharusan Transaksi Salam Pada Setiap Takaran Yang Jelas

Bāb al-Salam fī Kayl Maʿlūm

بَاب السَّلَمِ فِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ

2239 - ‘Amr bin Zurarah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ismail bin ‘Ulayyah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, Ibn Abu Najih mengkhabarkan kepada kami, daripada Abdullah bin Katsir, daripada Abu al-Minhal, daripada Ibn ‘Abbas , beliau berkata, Ketika Rasulullah ﷺ tiba di Madinah, penduduk di sana menjalankan transaksi salam dalam jual beli buah-buah, dalam tempoh setahun, dua tahun atau tiga tahun – Ismail ragu mana satu lafaz yang tepat –. Lalu Nabi ﷺ bersabda, “Sesiapa yang melakukan transaksi salam dalam jual beli kurma, lakukanlah pada takaran yang jelas dan timbangan yang jelas.” Muhammad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ismail mengkhabarkan kepada kami, daripada ibn Abu Najih, dengan riwayat ini, “Pada takaran yang jelas dan timbangan yang jelas.”

2239 - حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ عُلَيَّةَ أَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَثِيرٍ عَنْ أَبِي الْمِنْهَالِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَالنَّاسُ يُسْلِفُونَ فِي الثَّمَرِ الْعَامَ وَالْعَامَيْنِ أَوْ قَالَ عَامَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةً شَكَّ إِسْمَاعِيلُ فَقَالَ مَنْ سَلَّفَ فِي تَمْرٍ فَلْيُسْلِفْ فِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ بِهَذَا فِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ

122

Jual beli yang penyerahan barangan ditangguhkan

Bab Keharusan Transaksi Salam Pada Setiap Timbangan yang Jelas

Bāb al-Salam fī Wazn Maʿlūm

بَاب السَّلَمِ فِي وَزْنٍ مَعْلُومٍ

2240 - Shadaqah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn ‘Uyaynah mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, Ibn Abu Najih mengkhabarkan kepada kami, daripada Abdullah bin Katsir, daripada Abu al-Minhal, daripada Ibn ‘Abbas , beliau berkata, Ketika Nabi ﷺ tiba di Madinah, penduduknya menjalankan transaksi salam dalam jual beli kurma selama dua tahun atau tiga tahun. Maka baginda bersabda, “Sesiapa yang bertransaksi salam dalam mana-mana jual beli, hendaklah dilakukan pada takaran yang jelas dan timbangan yang jelas, dalam tempoh yang jelas.” ‘Ali menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ibn Abu Najih menyampaikan kepada saya, beliau berkata, dengan lafaz, “Maka lakukanlah transaksi salaf pada takaran yang jelas, dalam tempoh yang jelas.”

2240 - حَدَّثَنَا صَدَقَةُ أَخْبَرَنَا ابْنُ عُيَيْنَةَ أَخْبَرَنَا ابْنُ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَثِيرٍ عَنْ أَبِي الْمِنْهَالِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يُسْلِفُونَ بِالتَّمْرِ السَّنَتَيْنِ وَالثَّلَاثَ فَقَالَ مَنْ أَسْلَفَ فِي شَيْءٍ فَفِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ حَدَّثَنَا عَلِيٌّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي نَجِيحٍ وَقَالَ فَليُسْلِفْ فِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ

2241 - Qutaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada ibn Abu Najih, daripada Abdullah bin Katsir, daripada Abu al-Minhaj, beliau berkata, Saya mendengar Ibn ‘Abbas  berkata, Apabila Nabi ﷺ tiba di Madinah, baginda memerintahkan: “Lakukanlah transaksi salam pada takaran yang jelas, timbangan yang jelas, sehingga tempoh yang jelas.”

2241 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ ابْنِ أَبِي نَجِيحٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَثِيرٍ عَنْ أَبِي الْمِنْهَالِ قَالَ سَمِعْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ قَدِمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ فِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ وَوَزْنٍ مَعْلُومٍ إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ

2242, 2243 - Abu al-Walid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada ibn Abu al-Mujalid. Dalam sanad lain, Yahya juga menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Waki‘ menyampaikan kepada kami, daripada Syu‘bah, daripada Muhammad bin Abu al-Mujalid. Dalam sanad lain, Hafsh bin ‘Umar menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad atau Abdullah bin Abu al-Mujalid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdullah bin Syaddad bin al-Had dan Abu Burdah berselisih pendapat berkenaan hukum transaksi salam. Lalu mereka mengutuskan saya bertemu dengan ibn Abu Awfa untuk bertanyakan perihal tersebut. Ibn Abu Awfa berkata, “Kami biasa melakukan transaksi salam sejak zaman Rasulullah ﷺ, Abu Bakar dan ‘Umar lagi, dalam jualan gandum, barli, kismis dan kurma.” Saya bertanya kepada ibn Abza juga, beliau menyebutkan hal yang senada.

2242، 2243 - حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ ابْنِ أَبِي الْمُجَالِدِ و حَدَّثَنَا يَحْيَى حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي الْمُجَالِدِ حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ قَالَ أَخْبَرَنِي مُحَمَّدٌ أَوْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي الْمُجَالِدِ قَالَ اخْتَلَفَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ شَدَّادِ بْنِ الْهَادِ وَأَبُو بُرْدَةَ فِي السَّلَفِ فَبَعَثُونِي إِلَى ابْنِ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ إِنَّا كُنَّا نُسْلِفُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ فِي الْحِنْطَةِ وَالشَّعِيرِ وَالزَّبِيبِ وَالتَّمْرِ وَسَأَلْتُ ابْنَ أَبْزَى فَقَالَ مِثْلَ ذَلِكَ

Bab Transaksi Salam dengan Orang yang Tidak Memiliki Apa-apa Lagi

Bāb al-Salam ilā Man Laysa ʿinda-hu al-Aṣl

بَاب السَّلَم إِلَى مَنْ لَيْسَ عِنْدَهُ أَصْلٌ

2244 - Musa bin Ismail menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdul Wahid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Syaybani menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Abu al-Mujalid menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdullah bin Syaddad dan Abu Burdah meminta saya bertanya kepada Abdullah bin Abu Awfa tentang adalah para sahabat Nabi ﷺ melakukan transaksi salam dalam jual beli gandum pada zaman Nabi? Abdullah berkata, “Kami biasa melakukan transaksi salam dengan peniaga dari Syam, membeli gandum, barli dan minyak dengan takaran yang jelas, dalam tempoh yang jelas.” Saya bertanya, “Adakah peniaga tersebut memiliki asal barangan tersebut ketika kalian membayarnya?” Beliau menjawab, “Kami tidak pernah tanya mereka pula.” Kemudian Abdullah bin Syaddad dan Abu Burdah meminta saya bertemu Abdul Rahman bin Abu Abza pula, bertanyakan soalan yang sama. Beliau menjawab, “Para sahabat Nabi ﷺ sudah biasa melakukan transaksi salam sejak zaman Nabi lagi, tidak pula kami tanya mereka adakah mereka memiliki ladang sendiri atau tidak.”

2244 - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ حَدَّثَنَا الشَّيْبَانِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَبِي الْمُجَالِدِ قَالَ بَعَثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ شَدَّادٍ وَأَبُو بُرْدَةَ إِلَى عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي أَوْفَى رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا فَقَالَا سَلْهُ هَلْ كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسْلِفُونَ فِي الْحِنْطَةِ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ كُنَّا نُسْلِفُ نَبِيطَ أَهْلِ الشَّأْمِ فِي الْحِنْطَةِ وَالشَّعِيرِ وَالزَّيْتِ فِي كَيْلٍ مَعْلُومٍ إِلَى أَجَلٍ مَعْلُومٍ قُلْتُ إِلَى مَنْ كَانَ أَصْلُهُ عِنْدَهُ قَالَ مَا كُنَّا نَسْأَلُهُمْ عَنْ ذَلِكَ ثُمَّ بَعَثَانِي إِلَى عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبْزَى فَسَأَلْتُهُ فَقَالَ كَانَ أَصْحَابُ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُسْلِفُونَ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَلَمْ نَسْأَلْهُمْ أَلَهُمْ حَرْثٌ أَمْ لَا

Sahih al-Bukhari