kitab kelebihan-kelebihan al-quran
كِتَابُ فَضَائِلِ القُرْآنِ
Bab: Bagaimana Wahyu Diturunkan dan Ayat Pertama Turun
Bāb Kayfa Nuzūl al-Waḥy wa Awwal Mā Nazala
بَابٌ: كَيْفَ نَزَلَ الوَحْيُ، وَأَوَّلُ مَا نَزَلَ
Ibn ‘Abbas berkata, "Yang menjaga". Iaitu Al-Quran membenarkan semua (ajaran) kitab yang sebelumnya.
قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ: المُهَيْمِنُ: الأَمِينُ، القُرْآنُ أَمِينٌ عَلَى كُلِّ كِتَابٍ قَبْلَهُ.
4978, 4979 – ‘Ubaydullah bin Musa menyampaikan kepada kami, daripada Syaiban, daripada Yahya, daripada Abu Salamah, katanya, "‘Aisyah dan Ibn ‘Abbas , mereka berdua berkata, “Nabi ﷺ menetap di Mekah selama sepuluh tahun. Diturunkan kepadanya al-Quran. Dan baginda menetap di Madinah selama sepuluh tahun”.
4978 ,4979 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُوسَى، عَنْ شَيْبَانَ، عَنْ يَحْيَى، عَنْ أَبِي سَلَمَةَ، قَالَ: أَخْبَرَتْنِي عَائِشَةُ، وَابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ، قَالاَ: «لَبِثَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِمَكَّةَ عَشْرَ سِنِينَ، يُنْزَلُ عَلَيْهِ القُرْآنُ وَبِالْمَدِينَةِ عَشْرَ سِنِينَ».
4980 – Musa bin Ismail menyampaikan kepada kami, Mu’tamir menyampaikan kepada kami, katanya, "Aku mendengar bapaku, daripada Abu ‘Utsman, katanya, "Aku diberitahu bahawa Jibril mendatangi Nabi ﷺ dan di sisinya Ummu Salamah. Dia mula berbual. Nabi ﷺ berkata kepada Ummu Salamah. Siapakah dia ini? Atau dengan pertanyaan yang seumpamanya. Ummu Salamah menjawab: “Ini Dihyah”. Setelah dia bangun, Ummu Salamah berkata, “Demi Allah, aku tidak menyangka dia Dihyah melainkan dialah (yang sebenarnya) sehingga aku mendengar ucapan Nabi ﷺ menceritakan berita Jibril atau yang seumpama dengannya. Bapaku (perawi dalam sanad) berkata, Aku berkata kepada Abu ‘Utsman: "Engkau mendengar hadits ini daripada siapa?" Dia menjawab: “Daripada Usamah bin Zayd”.
4980 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبِي، عَنْ أَبِي عُثْمَانَ، قَالَ: أُنْبِئْتُ أَنَّ جِبْرِيلَ، أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعِنْدَهُ أُمُّ سَلَمَةَ، فَجَعَلَ يَتَحَدَّثُ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِأُمِّ سَلَمَةَ: «مَنْ هَذَا؟» أَوْ كَمَا قَالَ، قَالَتْ: هَذَا دِحْيَةُ، فَلَمَّا قَامَ، قَالَتْ: وَاللَّهِ مَا حَسِبْتُهُ إِلَّا إِيَّاهُ، حَتَّى سَمِعْتُ خُطْبَةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُخْبِرُ خَبَرَ جِبْرِيلَ، أَوْ كَمَا قَالَ، قَالَ أَبِي: قُلْتُ لِأَبِي عُثْمَانَ: مِمَّنْ سَمِعْتَ هَذَا؟ قَالَ: مِنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ.
4981 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, al-Layts menyampaikan kepada kami, Sa’id al-Maqburi menyampaikan kepada kami, daripada bapanya, daripada Abu Hurayrah, katanya, "Nabi ﷺ bersabda: “Tiada seorang Nabi pun melainkan dia diberikan sesuatu (wahyu) seumpamanya (mukjizat yang sesuai pada zamannya) yang manusia beriman kepadanya. Dan sebenarnya yang diberikan kepadaku adalah wahyu yang Allah telah wahyukannya kepadaku. Maka aku berharap pengikutku paling ramai pada hari kiamat”.
4981 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ، حَدَّثَنَا سَعِيدٌ المَقْبُرِيُّ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَا مِنَ الأَنْبِيَاءِ نَبِيٌّ إِلَّا أُعْطِيَ مَا مِثْلهُ آمَنَ عَلَيْهِ البَشَرُ، وَإِنَّمَا كَانَ الَّذِي أُوتِيتُ وَحْيًا أَوْحَاهُ اللَّهُ إِلَيَّ، فَأَرْجُو أَنْ أَكُونَ أَكْثَرَهُمْ تَابِعًا يَوْمَ القِيَامَةِ».
4982 – ‘Amr bin Muhammad menyampaikan kepada kami, Ya’qub bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, bapaku menyampaikan kepada kami, daripada Shalih bin Kaisan, daripada Ibn Syihab, katanya, "Anas bin Malik mengkhabarkan kepadaku bahawa Allah menurunkan wahyu kepada Rasul-Nya ﷺ berturut-turut sebelum (tiba) waktu kewafatannya. Sehinggakan (pada waktu) kewafatannya itu lebih banyak turun wahyu berbanding waktu-waktu sebelumnya. Kemudian barulah Rasulullah ﷺ diwafatkan selepas itu”.
4982 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ مُحَمَّدٍ، حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ، حَدَّثَنَا أَبِي، عَنْ صَالِحِ بْنِ كَيْسَانَ، عَنِ ابْنِ شِهَابٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ: «أَنَّ اللَّهَ تَعَالَى تَابَعَ عَلَى رَسُولِهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الوَحْيَ قَبْلَ وَفَاتِهِ، حَتَّى تَوَفَّاهُ أَكْثَرَ مَا كَانَ الوَحْيُ، ثُمَّ تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدُ».
4983 – Abu Nu’aym menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada al-Aswad bin Qays, katanya, "Aku mendengar Jundub berkata, “Nabi ﷺ mengadu sakit. Menyebabkan baginda tidak bangun satu malam atau dua malam. Seorang wanita datang bertemu baginda dan berkata, Wahai Muhammad, tidak aku melihat temanmu melainkan dia telah meninggalkanmu. Lalu Allah menurunkan: "Demi waktu dhuha. Dan malam apabila ia sunyi sepi. Rabbmu tidak meninggalkanmu dan membencimu".
4983 – حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَسْوَدِ بْنِ قَيْسٍ، قَالَ: سَمِعْتُ جُنْدَبًا، يَقُولُ: اشْتَكَى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَلَمْ يَقُمْ لَيْلَةً - أَوْ لَيْلَتَيْنِ - فَأَتَتْهُ امْرَأَةٌ، فَقَالَتْ: يَا مُحَمَّدُ مَا أُرَى شَيْطَانَكَ إِلَّا قَدْ تَرَكَكَ، فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: {وَالضُّحَى وَاللَّيْلِ إِذَا سَجَى مَا وَدَّعَكَ رَبُّكَ وَمَا قَلَى}.