kitab kezaliman

كِتَابٌ في الْمَظَالِمِ وَالْغَصْبِ

+
+
+
+

Firman Allah, “Dan janganlah engkau (wahai Rasul) menyangka Allah lalai tentang apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). (Dalam pada itu) mereka ternanti-nanti seperti tafsiran Mujahid, atau terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas) ertinya kosong tidak berakal . Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata, “Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruan-Mu (untuk mengesakan-Mu dan mentaati perintah-Mu), dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu”. Dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): “Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian, dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-buKti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana), dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul). Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya).

وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ﴿وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ غَٰفِلًا عَمَّا يَعۡمَلُ ٱلظَّٰلِمُونَۚ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمۡ لِيَوۡمٖ تَشۡخَصُ فِيهِ ٱلۡأَبۡصَٰرُ٤٢ مُهۡطِعِينَ مُقۡنِعِي رُءُوسِهِمۡ رَافِعِي الْمُقْنِعُ وَالْمُقْمِحُ وَاحِدٌ، وَقَالَ مُجَاهِدٌ: ﴿مُهۡطِعِينَ مُدِيمِي النَّظَرِ، وَيُقَالُ: مُسْرِعِينَ ﴿لَا يَرۡتَدُّ إِلَيۡهِمۡ طَرۡفُهُمۡۖ وَأَفۡ‍ِٔدَتُهُمۡ هَوَآءٞ٤٣ يَعْنِي جُوفًا لَا عُقُولَ لَهُمْ ﴿وَأَنذِرِ ٱلنَّاسَ يَوۡمَ يَأۡتِيهِمُ ٱلۡعَذَابُ فَيَقُولُ ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ رَبَّنَآ أَخِّرۡنَآ إِلَىٰٓ أَجَلٖ قَرِيبٖ نُّجِبۡ دَعۡوَتَكَ وَنَتَّبِعِ ٱلرُّسُلَۗ أَوَ لَمۡ تَكُونُوٓاْ أَقۡسَمۡتُم مِّن قَبۡلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٖ٤٤ وَسَكَنتُمۡ فِي مَسَٰكِنِ ٱلَّذِينَ ظَلَمُوٓاْ أَنفُسَهُمۡ وَتَبَيَّنَ لَكُمۡ كَيۡفَ فَعَلۡنَا بِهِمۡ وَضَرَبۡنَا لَكُمُ ٱلۡأَمۡثَالَ٤٥ وَقَدۡ مَكَرُواْ مَكۡرَهُمۡ وَعِندَ ٱللَّهِ مَكۡرُهُمۡ وَإِن كَانَ مَكۡرُهُمۡ لِتَزُولَ مِنۡهُ ٱلۡجِبَالُ٤٦ فَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱللَّهَ مُخۡلِفَ وَعۡدِهِۦ رُسُلَهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَزِيزٞ ذُو ٱنتِقَامٖ٤٧

Bab Membalas Kezaliman

Bāb Qiṣaṣ al-Maẓālim

بَابُ قِصَاصُ المَظَالِمِ

2440 - Ishaq bin Ibrahim menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Mu‘adz bin Hisyam mengkhabarkan kepada kami, beliau berkata, Bapa saya menyampaikan kepada saya, daripada Qatadah, daripada Abu al-Mutawakkil al-Naji, daripada Abu Sa‘id al-Khudri , daripada Rasulullah ﷺ, baginda bersabda: “Apabila orang-orang mukmin telah selamat melewati titian sirat menyeberangi Neraka, mereka akan dihentikan di sebuah jambatan di antara Neraka dan Syurga di mana mereka akan saling membalas terhadap kezaliman yang dilakukan di antara mereka di dunia. Apabila mereka telah disucikan dari segala dosa-dosa mereka, mereka akan dimasukkan ke dalam Syurga. Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam Genggaman-Nya, setiap orang akan lebih mengenali tempat tinggalnya di syurga berbanding dia mengenali tempat tinggalnya di dunia ini.” Yunus bin Muhammad berkata, Syayban menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, beliau berkata, Abu al-Mutawakkil menyampaikan kepada kami.

2440- حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا مُعَاذُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنِي أَبِي عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ النَّاجِيِّ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا خَلَصَ الْمُؤْمِنُونَ مِنْ النَّارِ حُبِسُوا بِقَنْطَرَةٍ بَيْنَ الْجَنَّةِ وَالنَّارِ فَيَتَقَاصُّونَ مَظَالِمَ كَانَتْ بَيْنَهُمْ فِي الدُّنْيَا حَتَّى إِذَا نُقُّوا وَهُذِّبُوا أُذِنَ لَهُمْ بِدُخُولِ الْجَنَّةِ فَوَالَّذِي نَفْسُ مُحَمَّدٍ بِيَدِهِ لَأَحَدُهُمْ بِمَسْكَنِهِ فِي الْجَنَّةِ أَدَلُّ بِمَنْزِلِهِ كَانَ فِي الدُّنْيَا وَقَالَ يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا شَيْبَانُ عَنْ قَتَادَةَ حَدَّثَنَا أَبُو الْمُتَوَكِّلِ

Bab Firman Allah, “Ketahuilah! Laknat Allah buat orang yang zalim.

Bāb Qawl Allāh Taʿālā alā Laʿnatu Allāh ʿalā al-Ẓālimīna

بَاب قَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى ﴿أَلَا لَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِينَ ١٨

2441 - Musa bin Ismail menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hammad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Qatadah mengkhabarkan kepada saya, daripada Shafwan bin Muhriz al-Mazini, beliau berkata, Ketika saya berjalan dengan Ibn ‘Umar dan memegang tangannya, seorang lelaki datang di hadapan kami dan bertanya, “Apa yang kamu dengar dari Rasulullah ﷺ tentang al-najwa?” Ibn ‘Umar menjawab: Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Allah akan mendekatkan seorang mukmin kepada-Nya, melindunginya dengan Tabir-Nya lalu bertanya kepadanya: “Adakah benar kamu melakukan dosa ini dan ini?” Dia akan menjawab: “Benar, wahai Tuhan.” Allah akan terus bertanya kepadanya sehingga dia akan mengaku semua dosanya dan akan menyangka bahawa dia telah hancur. Allah akan berfirman: “Aku telah menutup dosa-dosamu di dunia dan Aku mengampuninya untukmu hari ini.” Kemudian dia akan diberikan kitab amal solehnya. Mengenai orang-orang kafir dan munafik, (perbuatan jahat mereka akan didedahkan kepada umum) dan saksi-saksi akan berkata, “Inilah orang-orang yang membuat-buat dusta terhadap Tuhan mereka”. Ketahuilah (sesungguhnya) laknat Allah tertimpa kepada orang-orang yang zalim!”

2441 - حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ قَالَ أَخْبَرَنِي قَتَادَةُ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ مُحْرِزٍ الْمَازِنِيِّ قَالَ بَيْنَمَا أَنَا أَمْشِي مَعَ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا آخِذٌ بِيَدِهِ إِذْ عَرَضَ رَجُلٌ فَقَالَ كَيْفَ سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ فِي النَّجْوَى فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ اللَّهَ يُدْنِي الْمُؤْمِنَ فَيَضَعُ عَلَيْهِ كَنَفَهُ وَيَسْتُرُهُ فَيَقُولُ أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا أَتَعْرِفُ ذَنْبَ كَذَا فَيَقُولُ نَعَمْ أَيْ رَبِّ حَتَّى إِذَا قَرَّرَهُ بِذُنُوبِهِ وَرَأَى فِي نَفْسِهِ أَنَّهُ هَلَكَ قَالَ سَتَرْتُهَا عَلَيْكَ فِي الدُّنْيَا وَأَنَا أَغْفِرُهَا لَكَ الْيَوْمَ فَيُعْطَى كِتَابَ حَسَنَاتِهِ وَأَمَّا الْكَافِرُ وَالْمُنَافِقُونَ فَيَقُولُ الْأَشْهَادُ ﴿هَٰٓؤُلَآءِ ٱلَّذِينَ كَذَبُواْ عَلَىٰ رَبِّهِمۡۚ أَلَا لَعۡنَةُ ٱللَّهِ عَلَى ٱلظَّٰلِمِينَ ١٨ [هود: 18]

Bab Seorang Muslim Tidak Menzalimi dan Menyerahkan Muslim yang Lain Kepada Musuh

Bāb Lā Yaẓlim al-Muslim al-Muslim wa Lā Yuslimu-hu

بَاب لَا يَظْلِمُ الْمُسْلِمُ الْمُسْلِمَ وَلَا يُسْلِمُهُ

2442 - Yahya bin Bukayr menyampaikan kepada kami, beliau berkata, al-Layts menyampaikan kepada kami, daripada ‘Uqayl, daripada ibn Syihab, beliau berkata, Salim mengkhabarkan kepadanya, bahawa Abdullah bin ‘Umar  mengkhabarkan kepadanya, bahawa Rasulullah ﷺ bersabda: “Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain, maka janganlah dia menzaliminya dan tidak boleh menyerahkannya kepada orang yang zalim. Sesiapa memenuhi hajat saudaranya, Allah akan memenuhi hajatnya. Sesiapa yang mengeluarkan saudaranya dari kesusahan, Allah akan mengeluarkannya dari kesusahan di hari kiamat, dan sesiapa yang menyembunyikan aib seorang muslim, nescaya Allah akan menyembunyikan aibnya pada hari kiamat.”

2442 - حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ عُقَيْلٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَنَّ سَالِمًا أَخْبَرَهُ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يُسْلِمُهُ وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيهِ كَانَ اللَّهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَّجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَّجَ اللَّهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرُبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Bab Saudara yang Zalim dan Dizalimi

Bāb Aʿin Akhā-ka Ẓālimā aw Maẓlūmā

بَاب أَعِنْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا

2443 - ‘Utsman bin Abu Syaybah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Husyaym menyampaikan kepada kami, beliau berkata, ‘Ubaydullah bin Abu Bakar bin Anas dan Humayd al-Thawil, beliau mendengar Anas bin Malik , beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Bantulah saudaramu, sama ada dia yang melakukan kezaliman, atau dia yang dizalimi.”

2443 - حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي بَكْرِ بْنِ أَنَسٍ وَحُمَيْدٌ الطَّوِيلُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا

2444 - Musaddad menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Mu‘tamir menyampaikan kepada kami, daripada Humayd, daripada Anas , beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Bantulah saudaramu, sama ada dia yang melakukan kezaliman, atau dia yang dizalimi.” Para sahabat bertanya, “Yang dizalimi, kami tahulah bagaimana membantunya. Tetapi bagaimana mana mahu membantu orang yang melakukan kezaliman?” Baginda menjawab, “Dengan menghalangnya melakukan kezaliman.”

2444 - حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا مُعْتَمِرٌ عَنْ حُمَيْدٍ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْصُرْ أَخَاكَ ظَالِمًا أَوْ مَظْلُومًا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا نَنْصُرُهُ مَظْلُومًا فَكَيْفَ نَنْصُرُهُ ظَالِمًا قَالَ تَأْخُذُ فَوْقَ يَدَيْهِ

Sahih al-Bukhari