kitab kontrak agrikultur

كِتَاب الْمُزَارَعَةِ

Bab Kelebihan Jika Tanaman Dimakan

Bāb Faḍl al-Zarʿ wa al-Ghars idhā Ukila min-hu

بَاب فَضْلِ الزَّرْعِ وَالْغَرْسِ إِذَا أُكِلَ مِنْهُ

Firman Allah, “Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal.”

وَقَوْلِ اللَّهِ ﴿أَفَرَءَيۡتُم مَّا تَحۡرُثُونَ ٦٣ ءَأَنتُمۡ تَزۡرَعُونَهُۥٓ أَمۡ نَحۡنُ ٱلزَّٰرِعُونَ ٦٤ لَوۡ نَشَآءُ لَجَعَلۡنَٰهُ حُطَٰمٗا فَظَلۡتُمۡ تَفَكَّهُونَ ٦٥

2320 - Qutaybah bin Sa‘id menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami. Dalam sanad yang lain, Abdul Rahman bin al-Mubarak menyampaikan kepada saya, beliau berkata, Abu ‘Awanah menyampaikan kepada kami, daripada Qatadah, daripada Anas bin Malik , beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda: “Tidaklah seorang pun di antara kaum muslimin yang menanam sebatang pohon atau menabur benih, kemudian burung, atau manusia, atau binatang memakannya, melainkan dikira sebagai sedekah untuknya.”

2320 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ ح و حَدَّثَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ الْمُبَارَكِ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَغْرِسُ غَرْسًا أَوْ يَزْرَعُ زَرْعًا فَيَأْكُلُ مِنْهُ طَيْرٌ أَوْ إِنْسَانٌ أَوْ بَهِيمَةٌ إِلَّا كَانَ لَهُ بِهِ صَدَقَةٌ. وَقَالَ لَنَا مُسْلِمٌ: حَدَّثَنَا أَبَانُ حَدَّثَنَا قَتَادَةُ حَدَّثَنَا أَنَسٌ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Bab Ancaman Berlebih-lebihan Dengan Alat Pertanian

Bāb Mā Yuḥdhar min ʿAwāqib al-Ishtigāl bi-Ālat al-Zarʿ aw Mujāwazat al-Ḥadd Alladhī Umira bi-hi

بَاب مَا يُحَذَّرُ مِنْ عَوَاقِبِ الِاشْتِغَالِ بِآلَةِ الزَّرْعِ أَوْ مُجَاوَزَةِ الْحَدِّ الَّذِي أُمِرَ بِهِ

2321 - Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Abdullah bin Salim al-Himshi menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Muhammad bin Ziyad al-Alhani, daripada Abu Umamah al-Bahili , beliau melihat beberapa peralatan pertanian, lalu berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: “Tiada rumah yang dimasuki peralatan ini melainkan Allah akan memasukkan kehinaan ke dalamnya.” Abu Abdullah berkata, Nama Abu Umamah adalah Shudayy bin ‘Ajlan.

2321 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَالِمٍ الْحِمْصِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ زِيَادٍ الأَلْـهَانِيُّ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ قَالَ وَرَأَى سِكَّةً وَشَيْئًا مِنْ آلَةِ الْحَرْثِ فَقَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا يَدْخُلُ هَذَا بَيْتَ قَوْمٍ إِلَّا أَدْخَلَهُ اللَّهُ الذُّلَّ قَالَ أَبُو عَبْد اللَّهِ وَاسْمُ أَبِي أُمَامَةَ صُدَيُّ بْنُ عَجْلَانَ

Bab Membela Anjing Untuk Menjaga Tanaman

Bāb Iqtināʾ al-Kalb li al-Ḥarth

بَاب اقْتِنَاءِ الْكَلْبِ لِلْحَرْثِ

2322 - Mu‘adz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Hisyam menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Abu Katsir, daripada Abu Salamah, daripada Abu Hurayrah , beliau berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Sesiapa memelihara anjing, maka akan dipotong satu qirat dari pahala kebaikannya setiap hari, kecuali jika anjing itu digunakan untuk menjaga ladang atau lembu.” Ibn Sirin dan Abu Shalih meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi, “kecuali digunakan untuk menjaga kambing atau ladang, atau untuk berburu.” Abu Hazim meriwayatkan daripada Abu Hurairah, daripada Nabi ﷺ, “Anjing untuk menjaga ternak atau untuk berburu.”

2322 - حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَمْسَكَ كَلْبًا فَإِنَّهُ يَنْقُصُ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيرَاطٌ إِلَّا كَلْبَ حَرْثٍ أَوْ مَاشِيَةٍ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ وَأَبُو صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا كَلْبَ غَنَمٍ أَوْ حَرْثٍ أَوْ صَيْدٍ وَقَالَ أَبُو حَازِمٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلْبَ صَيْدٍ أَوْ مَاشِيَةٍ

2323 - Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Yazid bin Khushayfah, bahawa al-Sa’ib bin Yazid menyampaikan kepadanya, beliau mendengar Sufyan bin Zuhayr, seorang lelaki dari Azd Syanu’ah yang merupakah sahabat Nabi ﷺ, berkata, Saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, “Jika seseorang memelihara anjing yang bukan untuk menjaga ladang mahupun lembu, maka setiap hari akan dipotong satu Qirat dari pahala kebaikannya.” Saya bertanya, “Apakah kamu mendengar sendiri hadis ini dari Rasulullah ?” Beliau berkata, “ Ya, demi Tuhan masjid ini.”

2323 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ يَزِيدَ بْنِ خُصَيْفَةَ أَنَّ السَّائِبَ بْنَ يَزِيدَ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ سُفْيَانَ بْنَ أَبِي زُهَيْرٍ رَجُلًا مِنْ أَزْدِ شَنُوءَةَ وَكَانَ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ اقْتَنَى كَلْبًا لَا يُغْنِي عَنْهُ زَرْعًا وَلَا ضَرْعًا نَقَصَ كُلَّ يَوْمٍ مِنْ عَمَلِهِ قِيرَاطٌ قُلْتُ أَنْتَ سَمِعْتَ هَذَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِي وَرَبِّ هَذَا الْمَسْجِدِ

Bab Menggunakan Lembu untuk Membajak

Bāb Istiʿmāl al-Baqar li al-Ḥirāthah

بَاب اسْتِعْمَالِ الْبَقَرِ لِلْحِرَاثَةِ

2324 - Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Ghundar menyampaikan kepada kami, beliau berkata, Syu‘bah menyampaikan kepada kami, daripada Saad bin Ibrahim, beliau berkata, Saya mendengar Abu Salamah meriwayatkan daripada Abu Hurayrah , daripada Nabi ﷺ, baginda bersabda: “Ketika seorang lelaki menunggang seekor lembu, lembu itu menoleh ke arahnya dan berkata, 'Aku tidak diciptakan untuk tujuan ini (iaitu ditunggang), aku diciptakan untuk membajak.” Nabi ﷺ menambah, “Saya, Abu Bakar dan 'Umar percaya kepada kisah itu.” Nabi ﷺ melanjutkan, “Seekor serigala menangkap seekor kambing, apabila pengembala menangkapnya, serigala itu berkata, “Siapakah yang akan menjaganya pada hari binatang buas, sedangkan tidak ada penggembala baginya selain aku?” Setelah meriwayatkannya, Nabi ﷺ berkata, “Aku, Abu Bakar dan 'Umar juga mempercayainya.” Abu Salamah berkata, Padahal Abu Bakar dan ‘Umar tidak hadir ketika itu.

2324 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ سَعْدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَيْنَمَا رَجُلٌ رَاكِبٌ عَلَى بَقَرَةٍ الْتَفَتَتْ إِلَيْهِ فَقَالَتْ لَمْ أُخْلَقْ لِهَذَا خُلِقْتُ لِلْحِرَاثَةِ قَالَ آمَنْتُ بِهِ أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ وَأَخَذَ الذِّئْبُ شَاةً فَتَبِعَهَا الرَّاعِي فَقَالَ لَهُ الذِّئْبُ مَنْ لَهَا يَوْمَ السَّبُعِ يَوْمَ لَا رَاعِيَ لَهَا غَيْرِي قَالَ آمَنْتُ بِهِ أَنَا وَأَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ قَالَ أَبُو سَلَمَةَ وَمَا هُمَا يَوْمَئِذٍ فِي الْقَوْمِ

Sahih al-Bukhari