kitab korban
كِتَابُ الأَضَاحِيِّ
Bab Sunnah Berkorban
Bāb Sunnat al-Uḍḥiyyah
بَابُ سُنَّةِ الأُضْحِيَّةِ
Ibn ‘Umar berkata, “Ia merupakan suatu sunnah dan perkara baik (yang mendekatkan diri kepada Allah).
وَقَالَ ابْنُ عُمَرَ: «هِيَ سُنَّةٌ وَمَعْرُوفٌ».
5545 – Muhammad bin Basysyar menyampaikan kepada kami, Ghundar menyampaikan kepada kami, Syu’bah menyampaikan kepada kami, daripada Zubayd al-Iyami, daripada al-Sha’bi, daripada al-Bara’ katanya, “Nabi ﷺ bersabda: “Sesungguhnya perkara yang mula-mula kita lakukan pada hari ini ialah kita bersembahyang. Kemudian kita pulang dan menyembelih. Sesiapa yang melakukan begini sesungguhnya dia telah menepati sunnah kita. Dan sesiapa yang telah menyembelih sebelum sembahyang maka itu adalah daging yang dia sediakan untuk keluarganya. Tidak termasuk dalam ibadah korban sedikit pun”. Lalu Abu Burdah bin Niyar bangun dalam keadaan dia telah melakukan sembelihan. Katanya, “Sesungguhnya aku mempunyai anak kambing”. Baginda bersabda: “Sembelihlah ia dan tidak boleh untuk sesiapa pun sesudah engkau”. Mutharrif meriwayatkan daripada ‘Amir, daripada al-Bara’: “Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sesudah sembahyang maka sempurnalah ibadah korbannya dan dia telah menepati sunnah orang-orang Islam”.
5545 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ، حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ، حَدَّثَنَا شُعْبَةُ، عَنْ زُبَيْدٍ الإِيَامِيِّ، عَنِ الشَّعْبِيِّ، عَنِ البَرَاءِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «إِنَّ أَوَّلَ مَا نَبْدَأُ بِهِ فِي يَوْمِنَا هَذَا أَنْ نُصَلِّيَ، ثُمَّ نَرْجِعَ فَنَنْحَرَ، مَنْ فَعَلَهُ فَقَدْ أَصَابَ سُنَّتَنَا، وَمَنْ ذَبَحَ قَبْلُ، فَإِنَّمَا هُوَ لَحْمٌ قَدَّمَهُ لِأَهْلِهِ، لَيْسَ مِنَ النُّسُكِ فِي شَيْءٍ» فَقَامَ أَبُو بُرْدَةَ بْنُ نِيَارٍ، وَقَدْ ذَبَحَ، فَقَالَ: إِنَّ عِنْدِي جَذَعَةً، فَقَالَ: «اذْبَحْهَا وَلَنْ تَجْزِيَ عَنْ أَحَدٍ بَعْدَكَ» قَالَ مُطَرِّفٌ: عَنْ عَامِرٍ، عَنِ البَرَاءِ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلاَةِ تَمَّ نُسُكُهُ، وَأَصَابَ سُنَّةَ المُسْلِمِينَ».
5546 – Musaddad menyampaikan kepada kami, Isma’il menyampaikan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Muhammad, daripada Anas bin Malik katanya, Nabi ﷺ bersabda: “Sesiapa yang menyembelih sebelum sembahyang maka sebenarnya dia menyembelih untuk dirinya dan sesiapa yang menyembelih selepas sembahyang maka sesungguhnya sempurnalah ibadah korbannya dan dia menepati sunnah orang-orang Islam”.
5546 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنْ مُحَمَّدٍ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «مَنْ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَإِنَّمَا ذَبَحَ لِنَفْسِهِ، وَمَنْ ذَبَحَ بَعْدَ الصَّلاَةِ فَقَدْ تَمَّ نُسُكُهُ، وَأَصَابَ سُنَّةَ المُسْلِمِينَ».
Bab Imam Membahagi-Bahagikan Binatang Korban Kepada Orang Ramai
Bāb Qismat al-Imām al-Aḍāḥī bayna al-Nās
بَابُ قِسْمَةِ الإِمَامِ الأَضَاحِيَّ بَيْنَ النَّاسِ
5547 – Mu’adz bin Fadhalah menyampaikan kepada kami, Hisyam menyampaikan kepada kami, daripada Yahya, daripada Ba’jah al-Juhani, daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhani katanya, “Nabi ﷺ membahagikan di antara para sahabatnya binatang-binatang korban. Maka tinggallah seekor anak kambing untuk ‘Uqbah. Aku berkata, “Wahai Rasulullah! Untuk aku hanya anak kambing? (Adakah boleh aku korban anak kambing?) Baginda bersabda: “Engkau sembelihlah ia”.
5547 – حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ، حَدَّثَنَا هِشَامٌ، عَنْ يَحْيَى، عَنْ بَعْجَةَ الجُهَنِيِّ، عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الجُهَنِيِّ، قَالَ: قَسَمَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَيْنَ أَصْحَابِهِ ضَحَايَا، فَصَارَتْ لِعُقْبَةَ جَذَعَةٌ، فَقُلْتُ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، صَارَتْ لِي جَذَعَةٌ؟ قَالَ: «ضَحِّ بِهَا».
Bab Korban Bagi Musafir Dan Para Wanita
Bāb al-Uḍḥiyyah li al-Musāfir wa al-Nisāʾ
بَابُ الأُضْحِيَّةِ لِلْمُسَافِرِ وَالنِّسَاءِ
5548 – Musaddad menyampaikan kepada kami, Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada ‘Abd al-Rahman bin al Qasim, daripada bapanya, daripada ‘Aisyah bahawa Nabi ﷺ masuk menemuinya ketika dia kedatangan haid di Sarif sebelum masuk ke Mekah. Dia sedang menangis. Baginda bertanya: “Kenapa denganmu? Adakah engkau kedatangan haid? Dia menjawab: “Ya”. Baginda berkata, “Sesungguhnya ini adalah satu perkara yang Allah telah tentukan kepada para wanita. Lakukanlah apa yang dilakukan oleh orang yang mengerjakan haji cuma engkau tidak boleh tawaf di Ka’bah”. Apabila kami berada di Mina, aku dibawakan daging lembu. Aku bertanya: “Apa ini? Mereka menjawab: “Rasulullah ﷺ telah mengorbankan lembu bagi pihak isteri-isterinya”.
5548 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ، حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ القَاسِمِ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا: أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَيْهَا، وَحَاضَتْ بِسَرِفَ، قَبْلَ أَنْ تَدْخُلَ مَكَّةَ، وَهِيَ تَبْكِي، فَقَالَ: «مَا لَكِ أَنَفِسْتِ؟» قَالَتْ: نَعَمْ، قَالَ: «إِنَّ هَذَا أَمْرٌ كَتَبَهُ اللَّهُ عَلَى بَنَاتِ آدَمَ، فَاقْضِي مَا يَقْضِي الحَاجُّ، غَيْرَ أَنْ لاَ تَطُوفِي بِالْبَيْتِ» فَلَمَّا كُنَّا بِمِنًى، أُتِيتُ بِلَحْمِ بَقَرٍ، فَقُلْتُ: مَا هَذَا؟ قَالُوا: ضَحَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ أَزْوَاجِهِ بِالْبَقَرِ.
Bab Daging Yang Diingini Pada Hari Nahr (Hari Kesepuluh Zulhijjah)
Bāb Mā Yushtahā min al-Laḥm Yawm al-Naḥr
بَابُ مَا يُشْتَهَى مِنَ اللَّحْمِ يَوْمَ النَّحْرِ
5549 – Shadaqah menyampaikan kepada kami, Ibn ‘Ulayyah mengkhabarkan kepada kami, daripada Ayyub, daripada Ibn Sirin, daripada Anas bin Malik katanya, “Nabi ﷺ bersabda pada hari Nahr: “Sesiapa yang telah menyembelih binatang korbannya sebelum sembahyang maka hendaklah dia mengulanginya (dengan menyembelih binatang yang lain)”. Maka bangunlah seorang lelaki dan berkata, “Wahai Rasulullah! Sesungguhnya ini adalah hari yang mana daging menjadi suatu keinginan. Dan dia menyebutkan tentang jirannya (yang faqir dan memerlukannya). Aku mempunyai seekor anak kambing yang lebih baik daripada dua ekor biri-biri daging. Baginda pun membenarkannya untuk mengorbankan anak kambing itu. Aku tidak tahu samada kebenaran ini terpakai untuk orang selainnya atau tidak. Kemudian Nabi ﷺ menuju kepada dua ekor kibash dan menyembelih kedua-duanya. Orang ramai berdiri untuk mendapatkan (daging) kambing, lalu mereka membahagi-bahagikannya. Atau dia berkata, “Memotongnya kepada beberapa bahagian lalu membahagikannya”.
5549 – حَدَّثَنَا صَدَقَةُ، أَخْبَرَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ، عَنْ أَيُّوبَ، عَنِ ابْنِ سِيرِينَ، عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ النَّحْرِ: «مَنْ كَانَ ذَبَحَ قَبْلَ الصَّلاَةِ فَلْيُعِدْ» فَقَامَ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ هَذَا يَوْمٌ يُشْتَهَى فِيهِ اللَّحْمُ - وَذَكَرَ جِيرَانَهُ - وَعِنْدِي جَذَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ شَاتَيْ لَحْمٍ؟ فَرَخَّصَ لَهُ فِي ذَلِكَ، فَلاَ أَدْرِي بَلَغَتِ الرُّخْصَةُ مَنْ سِوَاهُ أَمْ لاَ، ثُمَّ انْكَفَأَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى كَبْشَيْنِ فَذَبَحَهُمَا، وَقَامَ النَّاسُ إِلَى غُنَيْمَةٍ فَتَوَزَّعُوهَا، أَوْ قَالَ: فَتَجَزَّعُوهَا.