kitab mandi
كِتَابُ الغُسْلِ
Firman Allah , “…dan jika kamu bersetubuh, maka bersucilah dengan sebaik-baiknya; dan jika kamu sakit, atau bermusafir, atau kamu datang daripada tempat buang air, atau kamu menyentuh (menyetubuhi) perempuan, sedangkan kamu tidak mendapatkan air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang bersih; sapulah muka dan kedua belah tangan kamu dengannya. Allah tidak mahu kamu menanggung kesusahan, tetapi Dia mahu membersihkan kamu, dan menyempurnakan nikmat-Nya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.” Dan firman-Nya lagi, “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengerjakan solat dalam keadaan kamu sedang mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui apa yang kamu katakan. Dan tidak boleh juga demikian bagi orang yang dalam keadaan bersetubuh (berhadas besar)-- kecuali kamu melintas sahaja, sehinggalah kamu bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang musafir, kamu datang daripada tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan (bersetubuh), namun kamu tidak dapat menemukan air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan debu tanah yang suci; sapukanlah ke muka dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.”
وَقَوْلِ اللَّهِ تَعَالَى: {وَإِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الغَائِطِ أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ مِنْهُ مَا يُرِيدُ اللَّهُ لِيَجْعَلَ عَلَيْكُمْ مِنْ حَرَجٍ وَلَكِنْ يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمْ وَلِيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكُمْ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ} [المائدة: 6] وَقَوْلِهِ جَلَّ ذِكْرُهُ: {يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لاَ تَقْرَبُوا الصَّلاَةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلَّا عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّى تَغْتَسِلُوا وَإِنْ كُنْتُمْ مَرْضَى أَوْ عَلَى سَفَرٍ أَوْ جَاءَ أَحَدٌ مِنْكُمْ مِنَ الغَائِطِ أَوْ لاَمَسْتُمُ النِّسَاءَ فَلَمْ تَجِدُوا مَاءً فَتَيَمَّمُوا صَعِيدًا طَيِّبًا فَامْسَحُوا بِوُجُوهِكُمْ وَأَيْدِيكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَفُوًّا غَفُورًا} [النساء: 43]
Bab Berwuduk Sebelum Mandi
Bāb al-Wuḍūʾ qabla al-Ghusl
بَابُ الوُضُوءِ قَبْلَ الغُسْلِ
248 – ‘Abdullah bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya Malik mengkhabarkan kepada kami, daripada Hisyam, daripada ayahnya, daripada ‘A’isyah; isteri Nabi ﷺ, bahawa Nabi ﷺ apabila hendak mandi wajib, baginda mula dengan membasuh kedua tangannya, kemudian berwuduk sebagaimana wuduk untuk bersolat. Setelah itu, baginda memasukkan jari-jarinya ke dalam air dan dengan jari-jari tersebut beliau menyela-nyela pangkal rambutnya. Lalu baginda menuangkan tiga kali cedokan air ke atas kepala baginda dengan kedua tangannya. Seterusnya baginda pun meratakan air pada seluruh tubuhnya.
248 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ: أَخْبَرَنَا مَالِكٌ، عَنْ هِشَامٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ عَائِشَةَ، زَوْجِ النَّبِيِّ صلّى الله عليه وسلم " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: كَانَ إِذَا اغْتَسَلَ مِنَ الجَنَابَةِ، بَدَأَ فَغَسَلَ يَدَيْهِ، ثُمَّ يَتَوَضَّأُ كَمَا يَتَوَضَّأُ لِلصَّلاَةِ، ثُمَّ يُدْخِلُ أَصَابِعَهُ فِي المَاءِ، فَيُخَلِّلُ بِهَا أُصُولَ شَعَرِهِ، ثُمَّ يَصُبُّ عَلَى رَأْسِهِ ثَلاَثَ غُرَفٍ بِيَدَيْهِ، ثُمَّ يُفِيضُ المَاءَ عَلَى جِلْدِهِ كُلِّهِ "
249 – Muhammad bin Yusuf menyampaikan kepada kami, katanya Sufyan menyampaikan kepada kami, daripada al-‘A’masy, daripada Salim bin Abu al-Ja‘d, daripada Kuraib, daripada Ibn ‘Abbas, daripada Maimunah, isteri Nabi ﷺ beliau berkata, “Rasulullah ﷺ berwuduk seperti wuduknya untuk solat, cumanya baginda menangguhkan membasuh kakinya sahaja. Kemudian baginda membasuh kemaluannya dan bahagian-bahagian yang terkena kotoran. Setelah itu, Nabi ﷺ menjirus air ke tubuhnya. Setelah mengalihkan kedua-dua kakinya (dari tempat mandi), barulah baginda membasuh kedua kakinya. Demikianlah cara mandi wajib Nabi ﷺ.”
249 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ، قَالَ: حَدَّثَنَا سُفْيَانُ، عَنِ الأَعْمَشِ، عَنْ سَالِمِ بْنِ أَبِي الجَعْدِ، عَنْ كُرَيْبٍ، عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، عَنْ مَيْمُونَةَ زَوْجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ: «تَوَضَّأَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وُضُوءهُ لِلصَّلاَةِ، غَيْرَ رِجْلَيْهِ، وَغَسَلَ فَرْجَهُ وَمَا أَصَابَهُ مِنَ الأَذَى، ثُمَّ أَفَاضَ عَلَيْهِ المَاءَ، ثُمَّ نَحَّى رِجْلَيْهِ، فَغَسَلَهُمَا، هَذِهِ غُسْلُهُ مِنَ الجَنَابَةِ»
Bab Seorang Suami Mandi Bersama Isterinya
Bāb Ghusl al-Rajul maʿa Imraʾati-hi
بَابُ غُسْلِ الرَّجُلِ مَعَ امْرَأَتِهِ
250 – Adam bin Abu Iyas menyampaikan kepada kami, katanya Ibn Abu Dzi’b menyampaikan kepada kami, daripada al-Zuhri, daripada ‘Urwah, daripada ‘A’isyah, beliau berkata, “Saya mandi bersama Nabi ﷺ daripada satu bekas yang sama, yang disebut sebagai al-faraq.”
250 - حَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ، عَنِ الزُّهْرِيِّ، عَنْ عُرْوَةَ، عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ: «كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ، مِنْ قَدَحٍ يُقَالُ لَهُ الفَرَقُ»
Bab Mandi Menggunakan (Air) Satu Sha‘ Dan Seukurannya
Bāb al-Ghusl bi al-Ṣāʿ wa Naḥwi-hi
بَابُ الغُسْلِ بِالصَّاعِ وَنَحْوِهِ
251 – ‘Abdullah bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya ‘Abdul Shamad menyampaikan kepada saya, katanya Syu‘bah menyampaikan kepada saya, katanya Abu Bakar bin Hafsh menyampaikan kepada saya, katanya, “Saya mendengar Abu Salamah berkata, “Saya dan saudara ‘A’isyah masuk menemui ‘A’isyah di rumahnya. Lantas saudaranya bertanya kepada ‘A’isyah tentang tatacara mandi Nabi ﷺ. Kemudian ‘A’isyah meminta air lebih kurang satu gantang, lalu beliau mandi dan menjirus air di kepalanya. Ketika itu, di antara kami dan beliau ada tirai.” Abu ‘Abdullah berkata, “Yazid bin Harun, Bahz, dan al-Juddi berkata, daripada Syu‘bah katanya, “Kira-kira satu gantang.”
251- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: حَدَّثَنِي عَبْدُ الصَّمَدِ، قَالَ: حَدَّثَنِي شُعْبَةُ، قَالَ: حَدَّثَنِي أَبُو بَكْرِ بْنُ حَفْصٍ، قَالَ: سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ، يَقُولُ: دَخَلْتُ أَنَا وَأَخُو عَائِشَةَ عَلَى عَائِشَةَ، فَسَأَلَهَا أَخُوهَا عَنْ غُسْلِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «فَدَعَتْ بِإِنَاءٍ نَحْوًا مِنْ صَاعٍ، فَاغْتَسَلَتْ، وَأَفَاضَتْ عَلَى رَأْسِهَا، وَبَيْنَنَا وَبَيْنَهَا حِجَابٌ» قَالَ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ: قَالَ يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ، وَبَهْزٌ، وَالجُدِّيُّ، عَنْ شُعْبَةَ، «قَدْرِ صَاعٍ»
252 – ‘Abdullah bin Muhammad menyampaikan kepada kami, katanya Yahya bin Adam menyampaikan kepada kami, katanya Zuhair menyampaikan kepada kami, daripada Abu Ishaq, katanya Abu Ja‘far menyampaikan kepada kami, bahawa dia dan ayahnya pernah ada bersama Jabir bin ‘Abdullah. Ketika itu, terdapat ramai orang di situ. Mereka bertanya kepada Jabir tentang cara mandi. Jabir pun menjawab, “Cukuplah untukmu satu gantang.” Lalu ada seorang lelaki membantah, “Mana cukup untuk saya!” Jabir membalas, “Satu gantang itu cukup untung orang yang lebih lebat rambutnya, dan lebih baik daripadamu (Rasulullah).” Kemudian Jabir memimpin solat kami dengan hanya menggunakan sehelai kain sahaja.”
252 - حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ، قَالَ: حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ، عَنْ أَبِي إِسْحَاقَ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو جَعْفَرٍ، أَنَّهُ كَانَ عِنْدَ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ هُوَ وَأَبُوهُ وَعِنْدَهُ قَوْمٌ فَسَأَلُوهُ عَنِ الغُسْلِ، فَقَالَ: «يَكْفِيكَ صَاعٌ»، فَقَالَ رَجُلٌ: مَا يَكْفِينِي، فَقَالَ جَابِرٌ: «كَانَ يَكْفِي مَنْ هُوَ أَوْفَى مِنْكَ شَعَرًا، وَخَيْرٌ مِنْكَ» ثُمَّ أَمَّنَا فِي ثَوْبٍ