kitab mengenai helah

كِتَابُ الحِيَلِ

Bab Tidak Melakukan Helah, Dan Setiap Orang Dihitung Sesuai Niatnya Dalam Sumpah Dan Selainnya

Bāb fī Tark al-Ḥiyal wa anna li-Kull Imriʾ Mā Nawā fī al-Aymān wa Ghayri-hā

بَابٌ فِي تَرْكِ الحِيَلِ، وَأَنَّ لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فِي الأَيْمَانِ وَغَيْرِهَا

6953 - Abu al-Nu‘man menyampaikan kepada kami, Hammad bin Zayd menyampaikan kepada kami, daripada Yahya bin Sa‘id, daripada Muhammad bin Ibrahim, daripada ‘Alqamah bin Waqqash berkata, saya mendengar ‘Umar bin al-Khatthab  berkhutbah, dia berkata, saya mendengar Nabi ﷺ bersabda, “Wahai manusia, amalan itu hanya bergantung kepada niat, dan setiap orang mendapatkan sesuai yang diniatkan, sesiapa hijrahnya kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya dihitung kerana Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa hijrahnya kerana dunia yang ingin diperolehinya, atau wanita yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya sekadar mendapat apa yang diniatkan.”

6953 - حَدَّثَنَا أَبُو النُّعْمَانِ، حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ، عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عَلْقَمَةَ بْنِ وَقَّاصٍ، قَالَ: سَمِعْتُ عُمَرَ بْنَ الخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، يَخْطُبُ قَالَ: سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: «يَا أَيُّهَا النَّاسُ، إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّةِ، وَإِنَّمَا لِامْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ هَاجَرَ إِلَى دُنْيَا يُصِيبُهَا أَوِ امْرَأَةٍ يَتَزَوَّجُهَا، فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ»

Bab Berkenaan Solat

Bāb fī al-Ṣalāh

بَابٌ فِي الصَّلاَةِ

6954 - Ishaq bin Nashr menyampaikan kepadaku menyampaikan kepada kami Abdurrazaq daripada Ma‘mar daripada Hammam daripada Abu Hurayrah daripada Nabi ﷺ bersabda, “Allah tidak menerima solat salah seorang antara kamu jika berhadas sehingga dia berwuduk.”

6954 - حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ بْنُ نَصْرٍ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، عَنْ مَعْمَرٍ، عَنْ هَمَّامٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، قَالَ: «لاَ يَقْبَلُ اللَّهُ صَلاَةَ أَحَدِكُمْ إِذَا أَحْدَثَ حَتَّى يَتَوَضَّأَ»

Bab Zakat Yang Terhimpun Tidak Boleh Dipisah Dan Yang Dipisah Tidak Boleh Dihimpun

Bāb fī al-Zakāh wa an Lā Yufarraq bayna Mujtamiʿ wa Lā Yujmāʿ bayna Mutafarriq Khashyat al-Ṣadaqah

بَابٌ فِي الزَّكَاةِ وَأَنْ لاَ يُفَرَّقَ بَيْنَ مُجْتَمِعٍ، وَلاَ يُجْمَعَ بَيْنَ مُتَفَرِّقٍ، خَشْيَةَ الصَّدَقَةِ

6955 - Muhammad bin ‘Abdullah Al-Anshariyy menyampaikan kepada kami, ayahku menyampaikan kepada kami, Tsumamah bin ‘Abdullah bin Anas menyampaikan kepada kami bahawa Anas menyampaikan kepadanya, bahawa Abu Bakar menuliskan kepadanya kewajipan zakat sebagaimana Rasulullah ﷺ wajibkan, seseorang tidak boleh memungut pelbagai bahagian (harta) dan tidak membahagikan harta itu kepada beberapa bahagian untuk mengelakkan daripada membayar zakat..

6955 - حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الأَنْصَارِيُّ، حَدَّثَنَا أَبِي، حَدَّثَنَا ثُمَامَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَنَسٍ، أَنَّ أَنَسًا، حَدَّثَهُ: أَنَّ أَبَا بَكْرٍ، كَتَبَ لَهُ فَرِيضَةَ الصَّدَقَةِ الَّتِي فَرَضَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَلاَ يُجْمَعُ بَيْنَ مُتَفَرِّقٍ، وَلاَ يُفَرَّقُ بَيْنَ مُجْتَمِعٍ، خَشْيَةَ الصَّدَقَةِ»

6956 - Qutaybah menyampaikan kepada kami, Isma‘il bin Ja‘far menyampaikan kepada kami, daripada Abu Suhayl, daripada ayahnya, daripada Thalhah bin ‘Ubaydullah: Ada seorang arab badwi menemui Rasulullah ﷺ dengan rambut yang tidak terurus, dia berkata, “Wahai Rasulullah, beritahulah kepadaku solat apakah yang Allah wajibkan ke atasku?” Nabi menjawab, “Solat lima waktu, kecuali jika kamu ingin mengerjakan yang sunnah.” Si arab badwi bertanya lagi: “Beritahulah kepadaku puasa apakah yang Allah wajibkan bagiku?” Nabi menjawab, “Puasa bulan Ramadhan, kecuali jika kamu ingin melaksanakan yang sunnah.” Si arab badWi bertanya: “Beritahulah kepadaku, zakat apakah yang Allah wajibkan ke atasku?” Maka Rasulullah ﷺ memberitahu kepadanya syariat-syariat Islam, dan arab badwi tersebut berkata, “Demi Zat yang memuliakanmu, saya tidak akan melakukan yang sunnah, namun saya juga tidak akan mengurangi sedikitpun yang telah Allah fardhukan atas diriku.” Maka Rasulullah bersabda, “Dia beruntung jika dia jujur atau dengan redaksi - dia masuk syurga jika jujur -. Sebahagian orang berkata bahawa seratus dua puluh unta zakatnya dua hiqqah, dan jika yang punya membelanjakannya secara sengaja, atau menghibahkannya atau mencari helah terhadapnya dengan tujuan untuk tidak berzakat, maka yang demikian dia tidak terkena dosa.

6956 - حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ، عَنْ أَبِي سُهَيْلٍ، عَنْ أَبِيهِ، عَنْ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ: أَنَّ أَعْرَابِيًّا جَاءَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَائِرَ الرَّأْسِ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، أَخْبِرْنِي مَاذَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنَ الصَّلاَةِ؟ فَقَالَ: «الصَّلَوَاتِ الخَمْسَ إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ شَيْئًا» فَقَالَ: أَخْبِرْنِي بِمَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنَ الصِّيَامِ؟ قَالَ: «شَهْرَ رَمَضَانَ إِلَّا أَنْ تَطَوَّعَ شَيْئًا» قَالَ: أَخْبِرْنِي بِمَا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ مِنَ الزَّكَاةِ؟ قَالَ: فَأَخْبَرَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شَرَائِعَ الإِسْلاَمِ. قَالَ: وَالَّذِي أَكْرَمَكَ، لاَ أَتَطَوَّعُ شَيْئًا، وَلاَ أَنْقُصُ مِمَّا فَرَضَ اللَّهُ عَلَيَّ شَيْئًا. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “ أَفْلَحَ إِنْ صَدَقَ، أَوْ: دَخَلَ الجَنَّةَ إِنْ صَدَقَ “ وَقَالَ بَعْضُ النَّاسِ: «فِي عِشْرِينَ وَمِائَةِ بَعِيرٍ حِقَّتَانِ، فَإِنْ أَهْلَكَهَا مُتَعَمِّدًا، أَوْ وَهَبَهَا، أَوِ احْتَالَ فِيهَا فِرَارًا مِنَ الزَّكَاةِ، فَلاَ شَيْءَ عَلَيْهِ»

6957 – Ishaq menyampaikan kepadaku, Abd al-Razzaq menyampaikan keapda kami, Mamar menyampaikan kepada kami, daripada Hammam, daripada Abu Hurayrah  berkata, Rasulullah ﷺ bersabda, “Penyimpanan harta kamu akan menjadi ular yang sangat mengerikan, yang membuatkan pemiliknya melarikan diri namun (ular) tersebut terus mengejarnya dan berkata, “Saya penyimpan harta kamu.” Ia berterusan mencarinya sehingga dia menghulurkan tangannya dan ular itu menelannya.”

6957 - حَدَّثَنِي إِسْحَاقُ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ، حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ، عَنْ هَمَّامٍ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: “ يَكُونُ كَنْزُ أَحَدِكُمْ يَوْمَ القِيَامَةِ شُجَاعًا أَقْرَعَ، يَفِرُّ مِنْهُ صَاحِبُهُ، فَيَطْلُبُهُ وَيَقُولُ: أَنَا كَنْزُكَ، قَالَ: وَاللَّهِ لَنْ يَزَالَ يَطْلُبُهُ، حَتَّى يَبْسُطَ يَدَهُ فَيُلْقِمَهَا فَاهُ “

Sahih al-Bukhari